Showing posts with label Today Is October. Show all posts
Showing posts with label Today Is October. Show all posts

30 October 2018

SERVIS PENGHAWA DINGIN ( AIRCOND ) RUMAH ANDA DENGAN CARA YANG MUDAH INI


SERVIS PENGHAWA DINGIN ( AIRCOND ) RUMAH ANDA DENGAN CARA YANG MUDAH INI

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa anda boleh membuat servis aircond rumah anda sendiri dengan hanya menggunakan remote control sahaja. Bukan sahaja menjimatkan kos malah ianya juga amat membantu bagi memastikan aircond atau penghawa dingin anda berfungsi dengan baik dan memanjangkan jangkahayat penggunaka penghawa dingin anda.

Cara - cara untuk setuk servis pengawa dingin dan aircond dengan menggunakan remote control adalah seperti berikut

Selepas penggunaan aircond atau penghawa dingin anda pada waktu malam, Jangan matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .

1.Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”,

2. Tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.

3. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.

4. Kemudian barulah matikan aircond.

5. Tetapkan semula ke mode " Cool " kembali semasa penggunaan yang seterusnya.


Mengapa tetapkan ke Mode " Fan " ?

Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan).


Selamat mencuba.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




14 October 2015

#6 TODAY IS AZLAN RUMADI - 1 MUHARRAM 1437


 #6 TODAY IS AZLAN RUMADI - 1 MUHARRAM 1437

Setiap Kenangan adalah sangat berharga dan setiap gambar itu juga ada kisahnya yang tertentu disamping menyimpan suatu kenangan dan ingatan pada sesuatu kejadian dan peristiwa yang berlaku ataupun coretan aktiviti kita pada pasa gambar itu diambil dan bagi sesiapa yang berkenaan dengan gambar tersebut semestinya gambar yang diambil itu akan menceritakan segalanya...


 PULANG KE KAMPUNG DENGAN VAN

Kepulangan ke Kampung Pusa dengan menaiki Van Cu Kalong.Seawal pagi menimati kenyamanan dingin pagi walaupun diselubungi jerebu putih pada pagi itu.




 B U N G A  P A G A R


MEE GORENG DI KOTA SAMARAHAN



 KAMPUNG PUSA BETONG SARAWAK -  MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI DENGAN PASANGANNYA YANG DIMERIAHKAN DENGAN PALUAN HADRAH.

esok pulang ke Kuching.







 MASKOT SEBUAH KEDAI DI KUCHING CENTRAL KUCHING.



 MENIKMATI NASIK AYAM PENYET DENGAN SATAY DI KEDAI MAKAN NASIK ARUK DENGAN SEORANG SAHABAT TERBAIK YANG BANYAK MENGAJARKU PENGERTIAN HIDUP.


MEDAN RAYA,MASJA PETRAJAYA KUCHING YANBG DISELUBUNGI JEREBU.



 SIAPA YANG PUNYA MJOTOSIKAL INI ???? LAWA SEHHH..








 SUATU KETIKA KUCHING DISELUBUNGI JEREBU


 MERKA PLAZA ,KUCHING SARAWAK...


 LALA DI ANNUARA BBQ STEAMBOAT


 BITE OF MC'D AND MPRNING COFFEE


H A Z E D  D A Y


 THE SPRING SHOPPING MALL KUCHINH,SARAWAK



 GRAFITI ARTS ON THE WEEKEND AT KUBAH RIA KUCHING SARAWAK



 



 SUMMER SHOPPING MALL,KOTA SAMARAHAN,SARAWAK.


 NASI AYAM SPECIAL..



 MENUNGGU DATIN.....HEHEHE




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






03 October 2015

#4 TODAY IS AZLAN RUMADI - 03.10.2015


 #4 TODAY IS AZLAN RUMADI - 03.10.2015

Sudah hampir seminggu blog saya ini "krik krik" dek suatu peristiwa pada hari raya aidiladha yang lalu.Apa peristiwa itu ? nanti saya kongsikan.Cuma kali ini ingin nak bersantai santai berehat sedikit.Pagi ini bangun - bangun je sempatlah membelek beberapa gambar yang saya susun pada angin yang lalu, namun tidak sempat nak dipostkan untuk dikongsikan kepada semua..

Sebelum pada Hari Raya Aidiladha 2015 yang lepas saya sempatlah merayau rayau sedikit ke kawasan di Bandaraya Kuching,Sarawak.


CHAN THUNG  COMPANY DAN MEDAN PELITA " ALA-CARTE"

Mesti ramai yang cam tempat ini. kan ? tempat buat cop nama,cop syarikat, tag nama dan pelbagai lagi . Lagi satu kawasan area di sekitar tempat ini dahulunya tempat popular di hujung minggu bagi beli dan remaja yang selalu lepak dan berjumpa dengan kawan - kawan di Medan Pelita atau "Ala-Carte" bagi sebutan sesetengah belia remaja yang selalu berkunjung ke sini.


 Kini,Setelah bertahun ramai yang telah berubah di kawasan ini.Medan Pelita yang dahulunya sesak dengan belia remaja yang berkumpul di hujung minggu kini sunyi apabila lokasi itu telah di ubah suai menjadi tempat komersial dengan wajah yang terbaru.Namun Kenangan dan memori bagi mereka yang melalui zaman - zaman di sini tetap di ingat - ingat dan sekali sekala menjadi bualan dengan rakan - rakan.

Sungguhpun begitu,orang ramai tetap berkunjung ke sini kerana di tingkat teratas bangunan medan pelita terdapat satu panggung wayang yang tetap menjadi dan tumpuan untuk menonton filem yang terbaru di tayangkan dipawagam.


 THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK.

 Setiap kali berkunjung ke The Spring Shoipping Mall ini memberikan perasaan yang baru kepada saya dan begitu pada yang seterusnya... mesti ada sahaja yang baru yang akan kita jumpa di sini.Terppulanglah jika ada pihak yang berpandangan lain dari saya.


 JALUR GEMILANG dibina dengan kepingan - kepingan batu marble yang berbentuk LOVE ini adalah salah satu daya tarikan yang terdapat di sini bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada Bulan Ogos 2015 yang lepas.


 Sambutan Perayaan Kuih Bulan yang dirayakan oleh Masyarakat Tiong Hua Seluruh Malaysia menyaksikan ramai gerai - gerai kecil yang dibina oleh mereka yang terlibat dalam mempromosikan produk Kuih Bulan keluaran masing - masing dan secara tidak langsung memeriahkan perayaan Kuih bulan yang dirayakan oleh Masyarakat Tiong Hua.

Apa yang menarik bagi saya kali terdapat gerai yang mendemonstrasikan cara - cara pembikinan Kuih Bulan ini yang amat jarang sekali di lihat.Kerana saya sendiri pun belum pernah melihat secara dekat proses pembuatan kuih bulnb tersebut.


 Terdapat bermacam - macam lagi baranagan dan makanan yang lain yang dijual di gerai - gerai kecil ini.terdapat Manisan,Lantern untuk diapung atau diterbangkan dan bermacam lagi perkara lain.





M E R I A H


 Lagi satu.....
 IRON MAN pun ada...... 
biru lagi tu....



JALAN CARPENTER KUCHING,SARAWAK

Banyak yang berubah di Jalan Carpenter Kuching ini dari dahulu dan sekarang walaupun lanskapnya tidak banyak yang berubah...

Orang yang sama namun gaya dan fesyen yang bebeza.
 Jalan carpenter ini yang menempatkan banyak kedai - kedai yang menyediakan pelbagai jualan dan perkhidmatan yang sebahagiannya didiami oleh mesyarakat Cina.Terdapat banyak keunikan yang terdapat di sini.Jalan Carpenter iuni merupakan antara lokasi di Kuching yang paling tua di Kuching.



 Menariknya Jalan Carpenter ini adalah terdapat struktur bangunan - bangunan pasarnya yang mengekalkan infrastuktur rekaan lama dan asal bangunan dari mula - mula kawasan ini dibangunkan.Saya menganggap dan mengagak usia bangunan ini mencececah puluhan tahun.Kawasan yang menempatkan tempat tinggal dan pasar bagi masyarakat cina ini tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan kerana di sini terdapat juga tempat - tempat menginapan yang sering menjadi pilihan para pelancong yang berkunjung di Kuching Sarawak selain dari tempat penginapan mewah seperti di hotel 5 bintang dan yang berkelas sepertinya.








 TUA PEK KONG DI JALAN CARPENTER,KUCHING,SARAWAK

Tidak dinafikan saya sangat tertarik dengan kesenian yang terdapat pada Tokong Cina ini selain dari tokong cina yang lain di pelbagai tempat.Kehalusan seni pada ukiran-ukiran yang menghiasi bangunannya sangat menarik dan halus dengan pelbagai motif yang mencerminkan kepercayaan kaum Cina yang kebanyakkanya menganuti agama Buddha di Jalan Carpenter ini.


 Saya berharap kesenian ini mampu dikekalkan untuk masa yang lama lagi kerana kesenian lama yang bertemakan tradisional dan keagamaan ini menyimpan suatu nilai yang harus dihargai oleh semua pihak kerana dalam kesenian ini terkandungnya identiti,keaslian,keaguangan terdapat pelbagai nilai - nilai yang harus dipelihara untuk dihayati generasi akan datang.






AZLAN RUMADI
www.azlannrumadi.blogspot.my