Showing posts with label Plaza Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Plaza Merdeka. Show all posts

22 April 2019

UCTS CHARITY RUN KUCHING 2019 AT MERDEKA PLAZA, KUCHING, SARAWAK.

 
UCTS CHARITY RUN KUCHING 2019 AT MERDEKA PLAZA, KUCHING, SARAWAK.

Satu lagi program larian yang sertai pada tahun ini. UCTS Charity Run Kuching 2019 telah berlansung pada malam 20 April 2019 yang lepas. Program Larian ini telah berjaya mengumpulkan ramai penyertaan dari pelbagai peringkat lapisan umur dan masyarakat.

Program dimulai pada sekitar jam 7.00 malam di Merdeka Plaza dimulai dengan program senaman ringan memanaskan badan. Program ini juga diserikan dengan kehadiran Datuk Khairudin dan Datuk Kelvin Sim.

Flag OFF atau pelepasan peserta larian disempurkan pada jam 7.15 malam. Peserta larian berlari sejauh 5 KM untuk larian ini dan perserta yang berjaya menghabiskan larian sejauh 5 Km tersebut dalam kurang dari 2 jam akan menerima medal atau pingat dari penganjur.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur larian untuk program yang sangat bermanfaat ini dan diharap akan banyak lagi penganjuran yang sebegini akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.







































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

13 December 2016

POCO - POCO ( VERSI IBAN ) BY SONIA DI KARNIVAL USAHAWAN MIKRO KEBAJIKAN SARAWAK 2016


POCO - POCO ( VERSI IBAN ) BY SONIA DI KARNIVAL USAHAWAN MIKRO KEBAJIKAN SARAWAK 2016

Saksikan persembahan adik Sonia yang menghiburkan di Karnival Usahawan Mikro Kebajikan Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka Kuching Sarawak.Persembahan menghiburkan adik Sonia ini turut mendapat  reaksi dan sambutan dari pengunjung yang turut memeriahkan persembahan dengan turut serta bersama sama berpoco - poco.

Poco - poco (Versi Iban ) ini turut dibantu oleh Buskers Emell yang mengiringi muzik nyanyian adik Sonia.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

06 June 2016

#9 TODAY IS AZLAN RUMADI - OUTING DENGAN PARENTS SEBELUM PULANG KAMPUNG DIHUJUNG BULAN MEI 2016


#9 TODAY IS AZLAN RUMADI - 
OUTING DENGAN PARENT SEBELUM PULANG KAMPUNG DIHUJUNG BULAN MEI 2016

Kebetulan minggu lepas saya bercuti bagi menguruskan beberapa urusan dan alang - alang saya langsungkan cuti ke hujung minggu. Hari Gawai Dayak juga dirayakan oleh seluruh masyarakat Iban Seluruh Sarawak 1 Jun 2016 hari Rabu yang mana dirayakan setiap tahun.Selain itu Bulan Ramdhan juga bakal bermula kurang seminggu dari Hari Gawai Dayak di rayakan.


Oleh itu,pada cuti kali ini perancangan pulang ke Kampung pun diaturkan kerana semesti suasa menjelang bulan Ramadhan akan lebih meriah dan best di Kampung.Urusan saya pun dah pun diselesaikan, sebelum pulang ke kampung saya dan parents sempatlah outing di Bandar Kuching sebelum pulang ke Kampung.Selain itu beli - beli sedikit apa yang ingin dibawa pulang ke kampung.

Saya ? seperti biasa saya dengan kamera saya.Jalan - jalan ambik gambar.

gambar ? tak banyak sikit je.. hehehehe......

Sambil - sambil jalan , inilah sedikit gambar yang saya sempat Shoot.. walaupun bukanlah hasil yang profesional tapi sekurangnya gambar ini membawakan kepada pada pembaca tentang perkongsian saya yang sederhana ini.

Hari - hari anda pula bagaimana ?

Apa pun,Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh Masyarakat yang merayakan perayaan ini.gayu Gerai Gerai Nyamai,Senang Lantang.

Ooohhh haaaaaa.....





 
 
 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my