Thursday, July 05, 2018

#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


Setiap pemilik rumah yang baru disiapkan pastinya akan memikirkan pelbagai rekaan dan hiasan yang akan dimasukkan atau disusun di dalam rumah itu nanti supaya ianya nampak menarik dan seperti yang diinginkan serta mengikut citarasa. Selain itu faktor ruang dan saiz rumah juga mempengaruhi hiasan - hiasan dalam yang akan dimasukkan dan ditempatkan di dalam kediaman supaya dalam rumah akan nampak sesuai dan cantik.

Kali ini hiasan dalam rumah yang ringkas namun akan menampakkan ruang dalam rumah yang lebih luas dan ini disesuaikan dengan pemilihan warna - warna yang cerah dan lembut untuk menampakkan suatu kediaman yang amat menenangkan.Selain itu, ianya turut di sesuaikan dengan pemilihan perabot - perabot yang berasaskan kayu.

Pemilihan ruang dalam yang mudah,ringkas dan luas ini dan digabungkan dengan pemilihan unsur perabot kayu akan memberikan suatu suasana semula jadi yang amat selesa dan menenangkan.

semoga menjadi inspirasi untuk semua.












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Tuesday, July 03, 2018

NOW IS FUTURE, MASA SEKARANG ADALAH UNTUK MASA MENDATANG


NOW IS FUTURE, 
MASA SEKARANG ADALAH UNTUK MASA MENDATANG

Apa yang kita jalani dan amalkan hari ini
akan memberikan apa yang ada pada kehidupan kita
pada masa yang akan datang kelak.

Cintai,Sayangi dan kasihi
diri kita
dengan perihal perihal terbaik yang sebaik mungkin.

Persiapkan dan lengkapi diri kita
dengan ilmu dan pengetahuan kehidupan secukupnya
sebanyak mungkin.

Mudahan berjaya di dunia dan sempurna di akhirat kelak.

Amin.

#DoaDanHarapan.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

PERSEMBAHAN TERBAIK DARI BAHAGIAN GST BERSEMPENA DENGAN MALAM GAWAI RAYA 2018, JKDM SARAWAK DI WISMA KASTAM, KUCHING,SARAWAK.


PERSEMBAHAN TERBAIK DARI BAHAGIAN GST BERSEMPENA DENGAN MALAM GAWAI RAYA 2018, JKDM SARAWAK DI WISMA KASTAM, KUCHING,SARAWAK.

29 Jun 2018 yang lepas telah berlangsung Majlis Malam Gawai Raya 2018 di Wisma Kastam Kuching ,Sarawak. Majlis Gawai Raya 2018 pada malam itu dimeriahkan dengan persembahan - persembahan menarik dari Bahagian  - Bahagian yang terlibat di dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak.Persembahan ini jua dipertandingkan dan turut menyediakan hadiah - hadiah yang menarik untuk dibawa pulang oleh para pemenang yang dipilih oleh juri - juri tertentu yang dilantik pada malam itu.

Persembahanpada malam itu dimenangi oleh Bahagiang GST yang memberikan persembahan yang penuh bergaya dan bersahaja dengan mempersembahan persembahan Drama Muzikal yang bertemakan Gawai Raya.Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan pada malam itu. 

One Word. VOGUE !



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my