Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

28 January 2025

KELEBIHAN MEMINUM SEGELAS AIR SELEPAS BANGUN TIDUR


KELEBIHAN MEMINUM SEGELAS AIR SELEPAS BANGUN TIDUR


 Meminum segelas air selepas bangun tidur mempunyai banyak kelebihan yang baik untuk kesihatan, antaranya:


1. Menghidrasi tubuh: Setelah tidur sepanjang malam, tubuh kita mengalami dehidrasi ringan kerana tidak ada pengambilan air. Meminum air pada waktu pagi membantu menghidratkan semula tubuh dan memastikan organ-organ berfungsi dengan baik.


2. Meningkatkan metabolisme: Air yang diminum pada waktu pagi boleh merangsang metabolisme dan meningkatkan kadar pembakaran kalori, membantu dalam proses penurunan berat badan.


3. Membantu pencernaan: Minum air selepas bangun tidur membantu membersihkan sistem pencernaan dan mengaktifkan usus, memudahkan proses pencernaan makanan sepanjang hari.


4. Membuang toksin: Semasa tidur, tubuh melakukan proses pembaikan dan membuang toksin. Air pagi dapat membantu proses detoksifikasi dan membuang sisa toksik melalui air kencing.


5. Meningkatkan kecergasan kulit: Air membantu menyuburkan kulit dan memberikan kelembapan semulajadi. Meminum air selepas bangun tidur membantu kulit tampil lebih segar dan sihat.


6. Mengurangkan keletihan: Dehidrasi ringan boleh menyebabkan rasa letih dan lesu. Meminum air membantu menghilangkan rasa keletihan dan memberi tenaga untuk memulakan hari.


7. Meningkatkan fungsi otak: Air memainkan peranan penting dalam fungsi otak, termasuk ingatan dan kepekatan. Memulakan hari dengan air membantu memastikan otak kita berfungsi dengan baik sepanjang hari.


8. Mencegah sakit kepala: Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Meminum segelas air selepas bangun tidur dapat membantu mencegah atau mengurangkan risiko sakit kepala yang disebabkan oleh dehidrasi.


Dengan mengambil air yang cukup setiap pagi, ia dapat memberikan manfaat yang besar untuk kesihatan jangka panjang. Pastikan untuk memulakan hari dengan segelas air agar tubuh lebih bertenaga dan sihat! 💧😊


SUMBER

FB Badrul Rahman

14 January 2025

PETUA BADAN LETIH DAN PENAT


 PETUA BADAN LETIH DAN PENAT


cuba petua ini.


Bahan:

Daun serai wangi seikat

Limau purut

Daun pandan

Daun lengkuas

Daun inai.


Rebus kesemua bahan sampai naik wangi.Campurkan dengan sebaldi air sejuk dan mandi air tersebut.


Insyaallah hilang segala penat dan letih.Badan pon jadi harum.


Rumah pon bau harum.Tenang gitu.


Kredit: Noor Azira Hasan

16 November 2024

10,000 LANGKAH PROGRAM KEMBARA MADANI AFIAT NEGERI SARAWAK 2024


16 November 2024  Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak, telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas.

Program yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut sama -sama turun padang bersama dengan orang ramai untuk menjayakan program pada hari tersebut.

 10,000 Langkah Program Kembara Afiat Madani peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriahnya apabila perkarangan Stadium Negeri Sarawak apabila lokasi berlangsungnya program seawal pagi telah dibanjiri ribuan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang melibatkan diri di dalam program yang disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Saya turut telibat bersama - sama di dalam program ini dan menyaksikan banyak segmen dan program sampingan telah susun atur oleh pihak penganjur kepada pengunjung seperti pameran dan booth - booth berkenaan dengan kesihatan dan juga informasi yang turut disertai oleh banyak agensi kesihatan yang lain. Antaranya adalah pemeriksaan percuma, game - game digital, informasi berkenaan dengan penjagana kesihatan, kuiz, sudut kreatif, hasil kraf tangan dan pelbagai macam lagi yang turut terlibat.

Apa yang paling menarik adalah pemberian cendera hati dan juga pemplet edaran kepada orang ramai mengenai penjagaan diri dan kesihatan.

Saya juga sempat mengambil tawaran Vaksin HPV Gardasil 4. Mengikut informasi yang saya faham vaksin ini dalah amat penting dalam mengurangkan risiko Kanser Rahim bagi perempuan dan Kanser Prostat bagi lelaki.

Secara keseluruhan saya sangat berpuashati dengan susun atur program yang dianjurkan dengan meriah ini. Selain itu saya juga berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan dalam menggalakan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dapat terlibat dan merasakan manfaat - manfaat dari segmen - segman program yang disediakan oleh pihak penganjur.

Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. ! 





























AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my

 

 

27 November 2020

TURUN BERAT BADAN DENGAN AIR RENDAMAN ASAM GELUGUR


Kalau nak turun 5kg amalkan ini...

1. Malam sebelum tidur
2. Asam gelugur sekeping
3. Masukkan ke dalam segelas air suam
4. Tutup gelas
5. Bangun pagi, minum air rendaman ini sebelum pergi mandi

**Amalan ini boleh menurunkan berat badan, kempiskan perut, turunkan darah tinggi, diabetes, Kolesterol. 
**Sangat baik untuk dicuba.

Sumber : Page FB Pesan Bonda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali ini saya saja nak kongsikan satu petua yang saya jumpa di dalam Page FB Pesan Bonda baru - baru ini... saya pun baru nak cuba dan nak tengok sendiri hasilnya.

Apa pun perlu fokus dengan menjaga pemakanan dengan menyeimbangkan pengambilan makanan dalam menyokong usaha dalam menurunkan berat badan.

Semoga petua yang saya kongsikan ini dapat dimanfaat dan berguna untuk sesiapa yang sudi mencuba hasilnya.

Selamat mencuba.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


BACA JUGA 

06 February 2020

RESEPI LUTUT POWER



RESEPI LUTUT POWER

Mesti ramai yang tertanya - tanya apa itu resepi lutut power ni ? Bukan nak buat segmen masak ke apa. Kali ini  nak share resepi untuk kesihatan yang dikongsikan oleh saudari Habibah Badar Bajrai yang mana boleh membantu mengurang atau mengatasi masalah mereka yang sellau menghidap sakit lutut.


RESEPI LUTUT POWER


BAHAN - BAHAN

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air


CARA MEMBUATNYA

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. 

**Minum time suam, 2 kali sehari. 
**Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
**Apple tu boleh kunyah jek. 
**Sapa rajin, nak blend pun boleh. 
Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. 



CATATAN

** Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation.
 ** Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. 
** Kulit epal tidak perlu dikupas atau buang Hanya perlu cuci bersih dan rebus terus sekali ngan kulit kerana khasiat kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. 
**Pesakit yang ada masalah darah rendah tidak disarankan meminum air ini. 
Bimbang nanti darah jadi terlalu rendah lak



Kredit : 
Habibah Badar Bajrai

12 March 2018

PENTINGNYA KESEDARAN TENTANG SUKATAN GULA DALAM MAKANAN-MAKANAN KOMERSIAL MASA KINI.

PENTINGNYA KESEDARAN TENTANG SUKATAN GULA DALAM MAKANAN-MAKANAN KOMERSIAL MASA KINI.

Gula sememangnya manis dan menyedapkan rasa dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari lebih lebih lagi dalam makanan komersial yang banyak dijual di pasaran,kedai runcit dan di mana sahaja pada masa sekarang.

Namun ramai dari kita yang tidak menyedari bahawa kandungan gula yang berlebihan dalam makanan yang kita ambil sekiranya tidak dikawal dengan bijak dan betul boleh mendatangkan masalah kesihatan malah boleh mengancam nya kita sehingga menyebab kesihatan.

Kebanyakan dari kita sekarang lebih mementingkan keenakan dan kelazatan makanan tanpa ada kesedaran untuk mengetahui kandungan dalam makanan yang kita kunyah dan makan.Kita juga sering mengabaikan diet pemakanan yang seimbang seperti mana yang dicadangkan dalam piramid makanan.

Selain itu, ramai yang tidak tahu jumlah penggunaan gula dalam makanan harian kita sehingga ramai yang terjerumus dalam masalah kesihatan yang serius.

Jadi,dalam perkongsian kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk bersama sama memikirkan kembali dalam pengambilan makanan harian kita bermula dengan mengetahui serba sedikit tentang sukatan gula dalam makanan makanan komersial yang selalu kita ambil pada setiap hari.

Mungkin ramai yang akan terkejut dengan gambar gambar yang terpapar yang mana menunjukkan jumlah penggunaan gula mengikut produk produk yang banyak terjual yang ternyata sebahagian besarnya melebihi saranan pengambilan yang sepatutnya atau pun dengan kata lain melebihi dari keperluan tubuh badan.

Memang tidak dinafikan gula juga penting sebagai sumber karbohidrat yang memberikan tubuh badan kita tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.Namun begitu pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan karbohidrat yang lebih akan disimpan menjadi lemak dan kolestrol dalam tubuh badan dan ini akan menjadi punca masalah kesihatan seperti serangan jantung,kencing manis dan darah tinggi.

Jika dilihat dalam setiap gambar gambar kebanyakan makanan tersebut hanyalah berasaskan gula semata mata dan tidak hairan sekiranya pengambilan berterusan akan menyebabkan masalah kenaikan berat badan dan obesiti.

Amatlah penting dalam mengawal pengambilan gula dalam kehidupan seharian dan mengambil dalam sukatan yang tertentu.Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu selain menggerakkan kesedaran dalam pengambilan makanan kita dalam seharian.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my