Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

15 March 2017

PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR


Memancing merupakan salah satu kegiatan yang sangat memberi kepuasan terutama nagi mereka yang bergiat secara aktif dalam aktiviti ini.Namun begitu, adalah penting juga untuk mempelajari  teknik - teknik asas memancing.Salah satunya adalah Trolling.
Pengail Tegar berkongsikan beberapa panduan dan tips asas teknik trolling yang mana telah diterbitkan dalam salah satu segmen dalam  Majalah "UMPAN"

 PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR

TROLLING merupakan satu teknik memancing dengan cara menunda gewang dibelakang sampat bot,kapal dan sebagainya.Trolling di laut,muara dan sungai mempunyai perbezaan yang ketara dan memerlukan peralatan dan yang sesuai.Di sinis aya kongsikan beberapa tips untuk troling di muara atau sungai kecil.

STRUKTUR SUNGAI

Sebelum melakukan teknik trolling , kita perlu mengenalpasti struktur sungai terlebih dahulu.Ianya kuruang sesuai sekiranya struktur sungai terdapat banyak bangkar kayu mati.Trolling dilakukan berhampiran reba atau kawasan tanah runtuh tau berhampiran dengan susur tebing.Ini kerana lazimnya ikan - ikan gemar bermain di dasar kawasan tersebut untuk mencari makanan atau menghendam mangsa.

GEWANG

Gewang yang paling sesuai digunakan untuk teknik ini adalah selaman 3 meter hingga 5 meter bergantung pada paras air sungai tersebut.Tidak kisahlah jenis atau jenama gewang apa yang ingin digunakan.Selain gewang selaman dalam,gewang selaman cetek atau Minnow juga boleh digunakan  meskipin peratuasan strike lazimnya berpihak kepada gewang selaman dalam.

JORAN

Untuk keselesaan trolling di muara sungai memadai joran aksi sederhana ( Medium Heavy ).Disarankan joran kekuatan 6-12 lb , 6-16lb , 8-17 lb, 8-20lb, atau 10-20lb . Panjang Joran pula sebaiknya 6 hingga 7 kaki panjang.

TALI DAN PERAMBUT

tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus atau kasar.Jika terlalu halus , ia akan mudah putus jika tersangkut atau disentap oleh ikan bersaiz besar. Jika terlalu kasar pula ia akan menghasilkan getaran dan bunyi semasa ditunda. Ia akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak nipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 lb - 30 lb sahaja atau diameter tali 0.18 mm - 0.28 meter.

JARAK

Berkaitan dengan jarak,terdapat dua perkara yang perlu diketahui semasa trolling.Pertama adalah adalah jarak antara bot dengan tebing dan kedua adalah jarak antara bot dengan gewang.Semasa Trolling, jarak yang paling sesuai dengan bot adalah antara 5 - 10 meter. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam kita gunakan akan sampai ke sasaran. Jika terlalu jauh ke tengah sungai , gewang tidak akan sampai ke dasar,

Jarak yang kedua perlu dipertimbangkan adalah jarak antar bot dengan gewang yang kita tunda di belakang bot. Kebiasaannya jarak paling sesuai adalah antara 30-50 meter. Amat sesuai jika menggunakan tali yang berwarna - warni kerana lebih senang buat ukuran ( 10 meter setiap warna ).

KELAJUAN

Tip inia dalah antara yang terpenting perlu diketahui jika melakukan teknik trolling. Semasa Trolling pastikan bot dalam kelajuan paling minima. Kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengejar gewang tersebut. Jika bot dalam keadaan laju, kebanyakan ikan tidak mahu mengejar ataupun tidak dapat mengejar gewang tersebut.

PENYELAMAT GEWANG

Jangan Lupa ! Amat penting untuik kita membawa alat ini. Ini Kerana , semasa trolling peluang untuk gewang tersangkut pada batu dan kayu di dasar sungai adalah tinggi.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


26 December 2016

PASAR TANI DAN PASAR BASAH KAMPUNG BUNTAL DI SANTUBONG, KUCHING,SARAWAK - MEI 2016


PASAR TANI DAN PASAR BASAH KAMPUNG BUNTAL DI SANTUBONG, KUCHING,SARAWAK - MEI 2016


 AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.my


13 December 2016

MENARIK DI JONG CROCODILE FARM SIBURAN KUCHING SARAWAK - SEPTEMBER 2016


MENARIK DI JONG CROCODILE FARM SIBURAN KUCHING SARAWAK - SEPTEMBER 2016

September 2016 yang lepas saya sempat berkunjunbg ke salah satu tempat yang saya sudah lama tidak kunjungi yang  mana merupakan antara lokasi tarikan pengunjung dan pelancong yang datang dan ingin menyaksikan pelbagai jenis haiwan terutama satu haiwan yang menjadi identiti terkenal di Sarawak iaitu BUAYA di Jong Crocodile Farm yang terletak di Siburan Kuching Sarawak.
Jong Crocodile Farm meupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang sangat menaik untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang digeruni dan juga yang merupakan trademark negeri Sarawak terutama pasukan bola sepak Negeri Sarawak yang mendapat gelaran Ngap Sayot.

Video yang saya sediakan pada kali ini merupakan kunjungan saya pada September 2016 yang lepas.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

07 September 2016

DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014







VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014


VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014

Damai Central Kuching Sarawak merupakan salah satu tarikan destinasi untuk bersantai bagi menikmati pemandangan tepi laut yangs angat mendamaikan di Kuching Sarawak.Pemandangan indah pantainya yang menghampar luas memberikan sesuatu pemandangan yang sangat mendamai dan menenangkan bagi berehat dan bersantai terutama hujung minggu selepas kesibukan bekerja sepanjang minggu.
Apa yang menariknya di Damai Cental Kuching ini adalah terdapat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan terdapat juga kemudahan kemudahan untuk beriadah bersama keluarga,rakan -rakan atau untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk menganjur atau mengadakan aktiviti di kawasan ini.Selain itu juga lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat tempat peranginan seperti resort juga menjadikan ianya suatu lokasi yang sangat ideal untuk menghabiskan hujung minggu atau percutian anda.


Berdekatan dengan Damai Central Kuching ini adalah beberapa resor - resort atau hotel - hotel yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan pakej - pakej menarik untuk para pengunjung.Antaranta adalah Damai Beach Resort,Damai Puri Spa & Hotel,Penginapan Kem Permai,Rain Forest, VCentury Santubong Hotel dan beberapa lagi lokasi menarik yang lain.

Di Damai Central sendiri juga terdapat Escobar,Seven E ( 7E) dan juga tempat - tempat yang menyediakan makanan halal kepada pengunjung.Di Damai Central Kuching juga turut menjadi penganjuran konsert - konsert dan banyak lagi events - events terutama Music Festival Rain Forest yang menjadi acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai bentuk lapisan masyarakat dari seluruh dunia.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



15 June 2016

5 VARIASI PENYEDIAAN KOPI YANG PALING NIKMAT DI SELURUH DUNIA


5 VARIASI PENYEDIAAN KOPI YANG PALING NIKMAT DI SELURUH DUNIA

Kopi merupakan salah satu minuman yang paling populer pada masa sekarang.Terdapat pelbagai jenis kopi yang terdapat di pasaran ataupun yang disediakan oleh Cafe - cafe yang menyediakan hidangan kopi dari pelbagai jenis kopi.Kita biasa melihat penyediaan kopi dengan menggunakan air panas dengan serbuk kopi serta ditambahkan dengan pelbagai bahan - bahan yang lain termasuk serbuk kayu manis,serbuk koko dan pelbagai jenis bahan tambahan yang lain untuk mewujudkan keunikan rasa tertentu dan mungkin ianya menjadi "Trademark " bagi sesetengah penguasaha kopi sebagai produk cafe yang unik.

BACA JUGA :  MASYAALLAH,KEMERDUAN SUARA DIAN SASTROWARDOYO MENGAJI AL-QURAN YANG MENYENTUH KALBU
Kopi semakin hari kian berkembang di serata dunia dan pemasar kopi juga semakin rancak berusaha menghasilkan kopi yang terbaik untuk dijual kepada penggemar minuman kopi ini.Sekiranya anda seorang yang puas mengembara di seluruh dunia anda akan menemui pelbagai versi penyediaan dari kopi yang disebut dengan nama - nama tertentu di beberapa tempat dan inilah yang akan saya kongsikan kepada para pembaca pada kali ini.




1. IRISH COFFEE

Kopi ini sering dikategorikan sebagai koktail berbanding dipanggil kopi.Ianya terdiri dari campuran kopi hitam ( Black Coffee ) dengan Whiskey dengan sukatan 2 : 1 ( 2 bahagian kopi dan 1 bahagian Whiskey ). Kemudian ianya di tambahkan dengan krim dan gula perang diatasnya. Irish Coffee ini juga biasanya diperhiaskan dengan meletakkan whipping cream dan serbuk kayu manis di atasnya. Resepi pembuatan Irish Coffee ini dimulakan oleh  Joseph Sheridan yang merupakan seorang ketua masakan di Irish ketika zamannya dan kerana itu ianya dipanggil Irish Coffee.Oleh kerana ianya sering dikategorikan sebagai Koktail,Irish Coffee selalunya disajikan menggunakan gelas koktail dan bukannya cawan biasa.



2. COFFEE CREME BRULEE

Resepi  Coffee Creme Brulee mula diperkenalkan oleh Chef terkenal Amerika Syarikat , Chef Ramsay . Resepi ini menjadi sangat popular dan pernah juga perkenalkan oleh Martha Stewart dalam rancangan beliau.Coffee Creme Brulee ini terdiri dari Kopi pekat dan hitam dengan krim dengan kadar nisbah 4 : 1 ( kemudian diadun  dan dipukul sehingga cukup kental dan pekat .Dengan tambahan kuning telur dan vanila dan kemudian dipanaskan menggunakan blowtorch hingga menjadi kerak pada permukaan cawan kopi menghasilkan penampilan yang sangat cantik dan rasa yang sangat lazat.  



3. CAFE BOMBON

Cafe Bombon mula dipopularkan di Valencia, Sepanyol, sebelum ianya menjadi terkenal dan merebak secara beransur-ansur ke seluruh dunia. Ia mungkin telah dicipta semula dan diubahsuai untuk memenuhi selera Eropah kebanyakan tempat di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Cara penyediaan yang sama untuk kopi yang dipanggil "Kopi Susu Panas" (Malaysia / Indonesia ) atau "Kafe Ron" (Thailand) telah pun wujud selama beberapa dekad dan sangat popular di "kopitiam" di Malaysia dan Indonesia .

Walaubagaimanapun, Resepi asal menggunakan espresso dihidangkan dengan susu pekat manis dalam nisbah 1: 1 manakala versi Asia menggunakan serbuk kopi dan susu pekat manis pada nisbah yang sama. untuk penyediaan Cafe Bombon, susu pekat ditambah perlahan-lahan tenggelam di bawah kopi dan mewujudkan 2 lapisan warna yang berbeza walaupun lapisan ini lazimnya dikacau bersama sebelum kopi diminum. Beberapa tempat yang menyediakan Espresso turut menyediakan paket susu pekat untuk menjadikan ia Cafe Bombon.
  


4.  COFFEE RISTRETTO

Caffee Ristretto juga dikenali sebagai "Corto " dari perkataan Itali  yang bermaksud " Pendek " . Ristretto mempunyai kepekatan yang lebih kental bandingkan dengan Espresso kerana ianya dibuat pada tekanan  yang lebih tinggi dari Espresso dan lebih cepat.Ini menjelaskankan maksud perkataan Ristretto dalam bahasa Itali yang bermaksud terhad.Bahkan Volume kopi yang dihasilkan pun lebih sedikit dari Espresso.Secara Asasnya Ristretto adalah Kopi Espresso dengan air yang kurang.Oleh kerana pencairan kurang dengan air , Ristretto menghasilkan kepekatan yang lebih tinggi dengan Caffein.


5. CAFEE LATTE

Cafee Latte bermula dan berasal dari Italy.Selepas tersebar ke serata Eropah ianya turut disediakan dengan nama yang lain seperti Cafe Au Lait di Perancis dan Cafe Con Leche di Sepanyol serta Galao di Portugal.Cafee Latte 

Cafee Latte terdiri dari Kopi Espresso dan susu yang telah distimkan ataupun dipukul sehingga separa kembang sebelum dituang ke dalam secawan Espresso.Lazimnya bagi pengusaha Cafe akan membuat sedikit gubahan seni yang tertentu di permukaan kopi semasa menyediakan cafee Latte.Ianya juga terdapat dalam beberapa motif kreatif yang tertentu mengikut kreativiti si pembuat kopi.

Cafe Latte juga boleh dijadikan pilihan untuk peminum kopi yang meninginkan selera kopi yang kurang pekat.Sukatan nisbah antara krim dengan Espresso yang digunakan ialah 2 Nisbah 1 yang merujuk kepada 2 bahagian Krim 1 bahagian Espresso.

Selain itu tedapat banyak variasi Cafee Latte yang lain mengikut citarasa masing - masing.Seperti Skinny Latte yang sering digemari oleh mereka yang menginginkan Krim Rendah Kalori dan Mocha Latte yang menginginkan essense Mocha pada Latte mereka.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






29 May 2016

APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG DI BULAN MEI 2016


APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL, SANTUBONG , KUCHING DI BULAN MEI 2016

Kampung Buntal merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Santubong, Kuching Sarawak.Menarik nya di sini terdapat pelbagai yang jualan di market yang menghimpunkan pelbagai jualan terutama ikan - ikan hasil dari aktiviti penduduk tempatan, kemudian terdapat juga hasil laut yang lain seperti kepah, ambal , kerang,ketam dan sebagainya.
Hasil - hasil pertanian juga terdapat di market di sini yang menjual pelbagai hasil seperti sayuran ubi,terung dan banyak lagi hasil pertanian yang lain seperti buah - buahan yang turut ditawarkan di market Kampung Buntal ini.

Selain dari itu, terdapat juga jualan kuih muih yang pastinya menaik selera anda untuk mencuba samaada kuih tradisional atau kuih muih yang moden semuanya terdapat di sini.Antara yang menjadi pilihan saya kat sini adalah kuih keria dan kuihj penyaram.Memang enak dan sedap.Selain itu banyaklagi aneka kuih muih yan terdapat di sini.Selain dari kuih muih terdapat juga jualan botok - botok yang sangat sedap yang dibuat sendiri oleh penduduk di sini.


Selain dari jualan apa yang menarik di Kampung Buntal adalah "Buntal Bay" yang baru sahaja di rasmikan untuk dijadikan kawasan bersantai -santai menikmati pemandangan tepi laut yang menenangkan.Selain itu juga anda dapat menikmati makanan - makanan dan minuman - minuman yang dijual di gerai - gerai yang dibuka di sepanjang Buntal Bay ini.Kawasan menjadi tumpuan para pengunjung yang menginginkan suatu pemandangan yang santai dan relaks untuk menikmati hujung minggu sambil berehat.

Bukan sahaja penduduk tempatan dari Sarawak malahan pelancong asing serta pengunjung dari Semenanjung turut tidak melepaskan peluang untuk bersiar - siar di sepanjang Buntal Bay untuk melihat pemandamngan tepi laut yang luas terbentang.

Saya kongsikan gambar - gambar seterusnya yang saya sempat ambil sepanjang kunjungan saya pada hujung minggu ini ke Kampung Buntal.Adalah sesuatu yang sangat melegakan menghabiskan hujung minggu bersiar - siar menghayati pemandangan indah alam semulajadi yang turut mendekatkan kita kepada Kemahabesaran Yang Maha Menciupta.





















































BUNTAL BAY DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG,SARAWAK.













































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my