5 VARIASI PENYEDIAAN KOPI YANG PALING NIKMAT DI SELURUH DUNIA
Kopi merupakan salah satu minuman yang paling populer pada masa sekarang.Terdapat pelbagai jenis kopi yang terdapat di pasaran ataupun yang disediakan oleh Cafe - cafe yang menyediakan hidangan kopi dari pelbagai jenis kopi.Kita biasa melihat penyediaan kopi dengan menggunakan air panas dengan serbuk kopi serta ditambahkan dengan pelbagai bahan - bahan yang lain termasuk serbuk kayu manis,serbuk koko dan pelbagai jenis bahan tambahan yang lain untuk mewujudkan keunikan rasa tertentu dan mungkin ianya menjadi "Trademark " bagi sesetengah penguasaha kopi sebagai produk cafe yang unik.
BACA JUGA : MASYAALLAH,KEMERDUAN SUARA DIAN SASTROWARDOYO MENGAJI AL-QURAN YANG MENYENTUH KALBU
BACA JUGA : MASYAALLAH,KEMERDUAN SUARA DIAN SASTROWARDOYO MENGAJI AL-QURAN YANG MENYENTUH KALBU
Kopi semakin hari kian berkembang di serata dunia dan pemasar kopi juga semakin rancak berusaha menghasilkan kopi yang terbaik untuk dijual kepada penggemar minuman kopi ini.Sekiranya anda seorang yang puas mengembara di seluruh dunia anda akan menemui pelbagai versi penyediaan dari kopi yang disebut dengan nama - nama tertentu di beberapa tempat dan inilah yang akan saya kongsikan kepada para pembaca pada kali ini.
1. IRISH COFFEE
Kopi ini sering dikategorikan sebagai koktail berbanding dipanggil kopi.Ianya terdiri dari campuran kopi hitam ( Black Coffee ) dengan Whiskey dengan sukatan 2 : 1 ( 2 bahagian kopi dan 1 bahagian Whiskey ). Kemudian ianya di tambahkan dengan krim dan gula perang diatasnya. Irish Coffee ini juga biasanya diperhiaskan dengan meletakkan whipping cream dan serbuk kayu manis di atasnya. Resepi pembuatan Irish Coffee ini dimulakan oleh Joseph Sheridan yang merupakan seorang ketua masakan di Irish ketika zamannya dan kerana itu ianya dipanggil Irish Coffee.Oleh kerana ianya sering dikategorikan sebagai Koktail,Irish Coffee selalunya disajikan menggunakan gelas koktail dan bukannya cawan biasa.
2. COFFEE CREME BRULEE
Resepi Coffee Creme Brulee mula diperkenalkan oleh Chef terkenal Amerika Syarikat , Chef Ramsay . Resepi ini menjadi sangat popular dan pernah juga perkenalkan oleh Martha Stewart dalam rancangan beliau.Coffee Creme Brulee ini terdiri dari Kopi pekat dan hitam dengan krim dengan kadar nisbah 4 : 1 ( kemudian diadun dan dipukul sehingga cukup kental dan pekat .Dengan tambahan kuning telur dan vanila dan kemudian dipanaskan menggunakan blowtorch hingga menjadi kerak pada permukaan cawan kopi menghasilkan penampilan yang sangat cantik dan rasa yang sangat lazat.
3. CAFE BOMBON
Cafe Bombon mula dipopularkan di Valencia, Sepanyol, sebelum ianya menjadi terkenal dan merebak secara beransur-ansur ke seluruh dunia. Ia
mungkin telah dicipta semula dan diubahsuai untuk memenuhi selera
Eropah kebanyakan tempat di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Cara penyediaan yang sama untuk kopi yang dipanggil "Kopi Susu Panas" (Malaysia / Indonesia )
atau "Kafe Ron" (Thailand) telah pun wujud selama beberapa dekad dan sangat popular di "kopitiam" di Malaysia dan Indonesia .
Walaubagaimanapun, Resepi asal menggunakan espresso dihidangkan dengan susu
pekat manis dalam nisbah 1: 1 manakala versi Asia menggunakan serbuk
kopi dan susu pekat manis pada nisbah yang sama. untuk penyediaan Cafe Bombon, susu pekat ditambah
perlahan-lahan tenggelam di bawah kopi dan mewujudkan 2 lapisan warna yang berbeza walaupun lapisan ini lazimnya dikacau
bersama sebelum kopi diminum. Beberapa tempat yang menyediakan Espresso turut menyediakan paket susu pekat untuk menjadikan ia Cafe Bombon.
4. COFFEE RISTRETTO
Caffee Ristretto juga dikenali sebagai "Corto " dari perkataan Itali yang bermaksud " Pendek " . Ristretto mempunyai kepekatan yang lebih kental bandingkan dengan Espresso kerana ianya dibuat pada tekanan yang lebih tinggi dari Espresso dan lebih cepat.Ini menjelaskankan maksud perkataan Ristretto dalam bahasa Itali yang bermaksud terhad.Bahkan Volume kopi yang dihasilkan pun lebih sedikit dari Espresso.Secara Asasnya Ristretto adalah Kopi Espresso dengan air yang kurang.Oleh kerana pencairan kurang dengan air , Ristretto menghasilkan kepekatan yang lebih tinggi dengan Caffein.
5. CAFEE LATTE
Cafee Latte bermula dan berasal dari Italy.Selepas tersebar ke serata Eropah ianya turut disediakan dengan nama yang lain seperti Cafe Au Lait di Perancis dan Cafe Con Leche di Sepanyol serta Galao di Portugal.Cafee Latte
Cafee Latte terdiri dari Kopi Espresso dan susu yang telah distimkan ataupun dipukul sehingga separa kembang sebelum dituang ke dalam secawan Espresso.Lazimnya bagi pengusaha Cafe akan membuat sedikit gubahan seni yang tertentu di permukaan kopi semasa menyediakan cafee Latte.Ianya juga terdapat dalam beberapa motif kreatif yang tertentu mengikut kreativiti si pembuat kopi.
Cafe Latte juga boleh dijadikan pilihan untuk peminum kopi yang meninginkan selera kopi yang kurang pekat.Sukatan nisbah antara krim dengan Espresso yang digunakan ialah 2 Nisbah 1 yang merujuk kepada 2 bahagian Krim 1 bahagian Espresso.
Selain itu tedapat banyak variasi Cafee Latte yang lain mengikut citarasa masing - masing.Seperti Skinny Latte yang sering digemari oleh mereka yang menginginkan Krim Rendah Kalori dan Mocha Latte yang menginginkan essense Mocha pada Latte mereka.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment