BAZAAR RAMADHAN 2016 : BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK
Bazaar Ramadhan Bandar Baru Samariang merupakan destinasi atau lokasi kedua bazaar Ramadhan saya untuk tahun 2016 ini.Bazaar Bandar baru Samariang memilih tapak perniagaan Benteng Bandar baru sebagai tapak pada tahun ini kerana ianya merupakan tapak yang agak startegik melalui pengalaman dan pencapaian pada tahun - tahun yang lepas.
Beberapa orang ramai yang ditemui menyatakan bahawa tahun ini menyaksikan lebih ramai pengunjung dan penjual berbanding tahun lepas.Ini kerana ramai yang telah mengetahui lokasi Bazaar Ramadhan ini selain dari usaha promosi yang dilakukan pihak penganjur yang turut menyumbang kepada pertambahan bilangan pengunjung ini.
BACA JUGA : KEPELBAGAIAN JUADAH DI BAZAAR RAMADHAN 2015 BANDAR BARU SAMARIANG KUCHING,SARAWAK
Saya sendiri sempat mengunjungi Bazaar Ramadhan Bandar baru pada petang hari ke 2 Ramadhan yang lepas dan ternyata tahun ini menunjukkan peningkatan bilangan pengunjung yang datang.Selain itu terdapat pelbagai juadah - juadah yang menarik dan pastinya menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.
Antara yangn menu atau juadah yang menarik perhatian di sini adalah panggang - panggang ayam dan ikan,aneka lauk pauk,kuih muih dan banyak lagi.
Video dan gambar - gambar berikut merupakan paparan yang saya sempat rakamkan sepanjang kunjungan saya ke Bazaar Ramadhan bandar Baru Samariang Kuching.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment