Monday, June 13, 2016

BAZAAR RAMADHAN 2016 : STUTONG, KUCHING, SARAWAK


BAZAAR RAMADHAN 2016 : STUTONG, KUCHING, SARAWAK

Bazaar Ramadhan Stutong merupakan lokasi pencarian juadah berbuka puasa saya yang seterusnya.Ianya juga merupakan antara bazaar yang terbesar yang saya pernah pergi setakat 2016.Bazaar ini juga merupakan bazaar yang sangat harmoni dan secara langsung bazaar yang sangat mencerminkan masyarakat majmuk di seluruh Kuching.Rata - rata pengunjung yang datang memeriahkan bazaar ini untuk membeli juadah di sini terdiri dari pelbagai kaum.

 BACA JUGA : BAZAAR RAMADHAN 2016 : BANDAR BARU SAMARIANG, KUCHING,SARAWAK
Terdapat pelbagai juadah dengan banyak pilihan kepada pengunjung yang dijual di sini.Kuih muih ada,Panggang - panggang ada, bubur - bubur ada, ais kacang ada dan banyak lagi aneka pilihan juadah yang akan membuatkan anda rambang mata sepanjang berjalan - jalan dalam bazaar ini.

Saya sempat berkunjung dan berjalan - jalan di sepanjang bazaar bagi melihat juadah yang dijual di sini pada hujung minggu yang lepas dan ...WOW ! besar dan ramai nya orang... dan meriah dengan gaya - gaya tersendiri dari penjual untuk mempromosi jualan masing masing.dan kita juga akan dapat melihat pelbagai kreativiti dari para penjual untuk menarik perhatian pelanggan atau pengunjung.

Selain itu juga terdapat pelbagai tawaran - tawaran yang menarik yang dibuat disepanjang bazaar.

Video dan foto - foto yang berikutnya adalah hasil kunjungan saya pada hujung minggu yang lepas yang memaparkan tentang suasana bazaar dan beberapa juadah yang terdapat dan terjual di sini.

Kepada yang belum pernah berkunjung ke Bazaar Ramadhan Stutong bolehlah berkunjung ke sini sebelum habis bulan Ramadhan ni ok.habis Ramadhan dah tak ada dah. : )
















































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: