Wednesday, December 09, 2015

GAYA POTONGAN RAMBUT YANG TERKINI UNTUK LELAKI PADA TAHUN 2015

GAYA POTONGAN RAMBUT YANG TERKINI UNTUK LELAKI PADA TAHUN 2015

Sebelum ini saya pernah juga membuat post mengenai fesyen dan trend gaya potongan rambut pada post Trend Dan Gaya Potongan Rambut Terkini Untuk Lelaki Bagi tahun 2015 . Kali ini sekali lagi saya ingin berkongsikan beberapa lagi gaya potongan rambut yang menjari trend dikalangan lelaki pada tahun 2015.Anda sebutkan sahaja,potongan rambut dan gaya rambut seperti mana yang anda inginkan? barber atau tukang gunting di mana - mana sahaja sedang mempersiapkan diri mereka untuk memenuhi permintaan kamu memgikut gaya potongan yang anda inginkan.

Pemerhatian dan pandangan saya menyatakan pada tahun 2015 ini memilih gaya rambut undercut dengan sikat rapi untuk rambut di bahagian tengah menjadi trend yang hangat dan mendapat sambutan dikalangan lelaki dan ini juga ditambahkan dengan imej bermisai dan berjanggut yang menampakkan gaya dan fesyen yang semakin menjadi ikutan golongan lelaki pada masa kini terutama golongan belia.

gaya rambut yang disikat rapi menampakkan kekemasan dari segi personaliti dan penampilan yang boleh dikatakan macho berbanding kita melihat beberapa tahun kebelakangan yang lepas di mana gaya rambut jenis "Messy" lebih mendapat perhatian.

Perubahan trend dan cita rasa pada tahun 2015 ini lebih memilih imej yang lebih kemas dan elegan serta menampakkan ciri - ciri maskulin lelaki yang membuatkan para wanita dan gadis cair dan terpikat.. ye ke?

Kepada golongan lelaki yang ingin mencuba gaya rambut yang terkini lelaki sehingga tahun 2015 anda bolehlah menyemak beberapa gaya rambut yang saya kongsikan di sini serat dalam beberapa post yang lepas untuk dijadikan inspirasi menjadikan penampilan anda lebih berkeyakinan dan machi serta maskulin.
 
































































































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: