Monday, December 14, 2015

NASIB ORANG LELAKI APABILA SHOPPING DENGAN ISTERI/GIRLFRIEND


NASIB ORANG LELAKI APABILA SHOPPING DENGAN ISTERI/GIRLFRIEND 

Kepada lelaki terimalah hakikat bahawa kita ini ditakdirkan untuk hidup dengan kaum hawa yang kebanyakkannya ada sifat memilih.Paling pailing sikit pun mesti ada terutamanya bila ianya mengenai perihal SHOPPING ! atau membeli belah.

Walaupun tajuk ini bukanlah merujuk kepada kesemua kaum hawa tetapi kebanyakkannya saya menemui persamaan yang sering berlaku.Saya sering memerhati keadaan ini setiap kali saya memasuki tempat membeli belah di Shopping mall pasti akan ada sesetengah lelaki akan duduk di sudut - sudut tertentu menunggu isteri ataupun girlfriend( teman wanita ) atau pun kakak ataupun adik perempuan ataupun sesiapa sahaja.

Pelbagai karenah dan aksi yang akan kita dapat lihat dan percayalah,lelaki - lelaki yang sanggup menunggu berjam - jam untuk menunggu teman mereka adalah lelaki yang setia.Ehem... walaupun kadang - kadang tu.. meleter jugak.. tapi meleter taklah memanjang..kan ?

Apa yang lebih dari menunggu kita akan menemui mereka yang sempat melelapkan mata.maknannya ?

"Sayang,dah siap beli nanti ,gerakkan kan kita k"...

z z z z z z z z z z zz z

Kebiasaannya lelaki yang tertidur semasa membeli belah ini mesti lelaki yang dah selalu dan memahami karenah pasangan kalau berada di Shopping Mall.Tidur.. tidur jugak.. tetapi ke mana kau pergi akan ku jejaki jua...selalu dalam lirik lagu.

Kepada yang lain ? anda macam mana ? ada yang nak kongsi ?

 













AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: