Thursday, December 17, 2015

KETUA MENTERI SARAWAK,TAN SRI ADENAN HAJI SATEM MENGUMUMKAN SARAWAK NEGERI BEBAS TOL MULAI TAHUN 2016


KETUA MENTERI SARAWAK,TAN SRI ADENAN HAJI SATEM MENGUMUMKAN SARAWAK NEGERI BEBAS TOL MULAI TAHUN 2016
Semalam secara rasmi Ketua Menteri Negeri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr ) Adenan Bin Haji Satem mengumumkan dalam laman facebook beliau mengumumkan secara rasmi bahawa mulai tengah malam  31st December 2015 tiada lagi bayaran Tol di Jambatan Tun Salahudin dan ini menjadikan Negeri Sarawak negeri bebas tol tahun hadapan bermula pada tengah malam 31st Disember ketika ambang tahun baru.


Status yang dimuat naik beliau pada 16 Disember 2015 itu turut disambut baik oleh rakyat sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada perjuangan beliau dalam membela nasib rakyat di Negeri Sarawak.Ternyata pemansuhan tol ini memberikan gambaran jelas komitmen kerajaan negeri dalam menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat Sarawak

Sambil itu terdapat sesetengah pihak yang memberi komen pada status itu  menyuarakan beberapa permasalahan yang mungkin boleh dipertimbangan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk perhatian lanjut.

Pemansuhan menyeluruh bayaran Tol di Negeri Sarawak turut menterjemahkan salah satu akur janji kerajaan yang sekian lama dinantikan oleh rakyat Sarawak yang akan sedikit sebanyak membantu meringankan bebas kos sara hidup bagi rakyat yang setiap hari berulang alik menggunakan laluan tol tersebut.

Rakyat yang rata - rata menyambut baik pemansuhan tol ini menyifatkan ianya merupakan hadiah tahun baru yang sangat bermakna dan menjadi sejarah untuk seluruh Rakyat Sarawak memandangkan tarikh bermula pemansuhan tol tersebut adalah malam tahun baru.

Sebelum ini , Pentadbiran  Tan Sri Adenan juga telah memansuhkan tol di Jambatan Sungai Lanang yang menghubungkan jalan ke Sibu yang juga bermula berkuatkuasa pada tahun ini .

Pada masa yang sama, pemansuhan tol ini juga disifatkan sebagai salah satu langkah terbaik yang harus di contohi oleh pentadbiran kerajaan di Semenanjung Malaysia dalam langkah - langkah meringankan beban rakyat yang semestinya mengharapkan satu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang terbaik dari kepimpinan tertinggi kerajaan negeri yang dilantik.

Seluruh Rakyat Sarawak semestinya mengharap dan menjangkakan akan lebih banyak usaha - usaha dan langkah - langkah yang akan disusun dan umumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak selepas ini demi menuju sebuah Negeri Sarawak yang makmur,maju dan bersatu padu dalam apa jua langkah memajukan Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Semoga Allah merahmati dan memberkati Negeri Sarawak.


TANAH TUMPAH DARAHKU,IBU PERTIWIKU

AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.my







No comments: