Ultras ialah kumpulan penyokong bola sepak fanatik yang berorganisasi, terkenal dengan sokongan vokal berterusan, koreografi (tifo), dan dedikasi tinggi. Istilah ini berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "di luar kebiasaan", bermula di Itali pada 1960-an/70-an. Mereka berbeza daripada penyokong biasa kerana menetap di tribun khusus (Curva) dan sering menggunakan bahan piroteknik.
Ultras sering kali mempunyai struktur organisasi yang kuat dan ideologi yang jelas dalam menyokong pasukan mereka
Asal Usul Perkataan
- Perkataan ini berasal daripada bahasa Itali iaitu oltre, yang bermaksud "berlebih-lebihan" atau "melampaui batasan".
- Budaya ini bermula di Itali pada tahun 1960-an sebelum merebak ke seluruh dunia.
Ciri-Ciri Utama Ultras
- Menyokong 90 Minit: Berdiri dan menyanyikan lagu atau sorakan (chant) tanpa henti dari awal hingga akhir perlawanan.
- Kawasan Khas (Curva): Menempatkan diri di bahagian lengkongan atau zon tertentu di dalam stadium.
- Kreativiti Visual: Menghasilkan persembahan visual yang menarik seperti sepanduk besar dan tifo.
- Berdisiplin: Bergerak secara berpasukan di bawah arahan seorang ketua (capo) untuk memastikan sorakan seirama.
Perbezaan Ultras dan Hooligan
- Ultras: Menumpukan sepenuh perhatian kepada sorongan seni vokal, koreografi, dan semangat setia kepada pasukan.
- Hooligan: Cenderung kepada taksub melampau yang sering melibatkan pergaduhan fizikal dan rusuhan di stadium.
Curva (Curve): Lengkungan di stadium, biasanya di belakang gawang, yang menjadi tempat suci/markas ultras untuk menyokong pasukan.
Capo (Dirigen): Pemimpin atau konduktor kumpulan ultras yang berdiri menghadap penonton (membelakangi padang) untuk memimpin nyanyian/yel-yel selama 90 minit.
Tifo: Paparan koreografi gergasi, bendera, mosaik, atau sepanduk yang diatur oleh ultras di stadium untuk menunjukkan sokongan dan identiti.
Flare/Suar & Pyrotechnics: Bahan api yang dinyalakan untuk mencipta suasana dramatik dan membakar semangat, sering digunakan oleh ultras.
Chants/Nyanyian: Yel-yel vokal berirama yang dinyanyikan tanpa henti sepanjang perlawanan.
Casuals: Sub-budaya penyokong (biasanya di UK) yang berpakaian kasual (bukan jersi pasukan) untuk mengelak pengesanan polis dan kamera, sering dikaitkan dengan hooliganisme.
Hooligans/Firms: Kumpulan penyokong yang fokus utamanya adalah pertempuran atau pergaduhan dengan penyokong lawan, berbeza dengan ultras yang fokus utamanya menyokong pasukan, walaupun kedua-duanya boleh bertindih.
Away Days: Perjalanan yang diatur oleh kumpulan ultras untuk menyokong pasukan mereka di stadium lawan.
Scarves & Colours / mafla : Syal dan warna pasukan yang dipakai untuk menunjukkan kesetiaan mutlak.
Corteo : Satu perarakan atau pergerakan beramai-ramai oleh sekumpulan penyokong dari satu tempat berkumpul (seperti dataran bandar atau lokasi strategik) menuju ke stadium
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments:
Post a Comment