Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

02 June 2021

HUJAN KATA DI KUCHING, HUJAN RASA DI BANDUNG #MALINDO

 


HUJAN KATA DI KUCHING, 
HUJAN RASA DI BANDUNG 
#MALINDO

I
Tidakkah hujan, Lebih Riang Malam ini..
Mereka bermain berkawan bergembira..
Menarik udara menjadi sejuk
Membawa hati seseorang pada mimpinya..

II
Hujan itu penglipur lara,
Mencoret ceritera dari sebuah rasa.
Dipersimpangan duka lara dan juga damai bahagia,
Juga ingatan termanis atau juga
Tragis sebuah tangis,
Bercampur dalam benak.
Getar memecah menyelubungi.
Kesendirianku menggenggam doa terindah
Yang kutitip buat Tuhan
Demi esok yang tetap ku harapkan berhujankan
Damai yang kusyukuri.

III
Malam ini,
Ingin lagiku ulangi 
mendengarkan instrumental alam
yang membuatku tidak ingin kembali.
Di antara ada doa yang di Aamiin kan..
Tidak berharap lebih,
Tidak bermimpi tinggi,
Hanya ingin membuka cerita
Dari setiap denting mu.
Hujan,
Kini kembali membawa cerita lama
Dari teman baru.

IV
Kedinginan menjarah kalbu,
Hujan punya bicara,
Diri ini punya rasa,
Kukira tinta kata juga punya jalannya,
Menari seiring
Nada
Cinta
Jiwa
Puja,
Rencana,
dan 
Seadanya.

AH !
Ini rayu menderu rindu
Yang dulu adalah lapangan syahduku.
Teman Baru mengingatkan aku
Pada buku disuatu masa dahulu,
Dalam Hujan mengutus memori buta
menyuluh kenangan.
Asyik ?
Mana mungkin kata dan jiwa mudah dipisahkan masa.
Belajar dari doa yang dari rasa.
Melontarkan kata yang yakin dipercaya 
tetap ada di sisi Yang Maha Punya Segala.

V
Biarkan hujan malam ini mencorat cerita dan rasa,
Dari dua tanah terpisah samudera.
Sementara baris - baris karya coretan bersama
Menyimpan nyawa dan harga.

** Terima kasih buat Sahabat Pena dari bandung, Nadya yang sudi berkolaborasi untuk Puisi ini. Semoga jadi kenang-kenangan yang seadanya.

Tanggal 20 Mei 2021
Kuching-Bandung
#DaerahTiadaBernama
#Nadya

18 September 2015

KONSERT PATRIOT 2015 AKIM & MAJISTRET DI DATARAN MERDEKA KUCHING,SARAWAK

 

KONSERT PATRIOT AKIM  & MAJISTRET DI DATARAN MERDEKA KUCHING,SARAWAK .

16 September 2015 telah berlangsung Konsert Patriot Akim & Majistet di Dataran Merdeka Kuching,Sarawak bersempena ambang Sambutan Hari Malaysia tahun 2015.Konsert yang berlangsung meriah di dataran Merdeka Kuching Sarawak dihadiri oleh ramai penonton yang berjumlah kira - kira 5,000 orang yang ingin melihat Akim & The Masjistret dan beberapa artis jemputan mempersembahkan nyanyian dan menghiburkan pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka Kuching pada malam itu.

Konsert Patriot 2015 ini ditaja oleh Pengeluar Minuman Ringan dan makanan ringan yang terkenal Iaitu Yeo Hap Seng (Yeo's ) dengan gabungan Harian Metro.


 Selain itu kehadiran artis pelbagai kaum seperti Alinda Alphonse,Kumpulann ala K-Pop Precious dan The Family Man yang merupakan artis tempatan negeri Sarawak turut memeriahkan konsert malam itu dengan persembahan yang menghiburkan dan menceriakan suasana konsert dengan persembahan yang mencuit hati.

Pada Konsert Patriot pada malam itu juga diadakan cabutan bertuah bagi pengunjung yang terpilih untuk memenangi hadiah - hadiah menarik yang disediakan oleh penganjur konsert iaitu Yeo Hap Seng ( Yeos ) serta Harian Metro .





























 The Family Man memberikan persembahan rap yang bertenaga pada malam itu dengan mendendangkan lagu - lagu dari genre rap yang sangat menarik.3 buah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah #TokBokNya ,Distrix Tigabelas yang merupakan lagu tema kepada Ultra Negeri Sarawak yang merupakan penyokong setia pasukan Bola sepak Negeri Sarawak serta sebuah lagu baru iaitu lagu Petrajaya yang diambil bersempena nama salah satu zon yang terdapat di Bandaraya Kuching Sarawak.
































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my