Friday, September 18, 2015

KONSERT PATRIOT 2015 AKIM & MAJISTRET DI DATARAN MERDEKA KUCHING,SARAWAK

 

KONSERT PATRIOT AKIM  & MAJISTRET DI DATARAN MERDEKA KUCHING,SARAWAK .

16 September 2015 telah berlangsung Konsert Patriot Akim & Majistet di Dataran Merdeka Kuching,Sarawak bersempena ambang Sambutan Hari Malaysia tahun 2015.Konsert yang berlangsung meriah di dataran Merdeka Kuching Sarawak dihadiri oleh ramai penonton yang berjumlah kira - kira 5,000 orang yang ingin melihat Akim & The Masjistret dan beberapa artis jemputan mempersembahkan nyanyian dan menghiburkan pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka Kuching pada malam itu.

Konsert Patriot 2015 ini ditaja oleh Pengeluar Minuman Ringan dan makanan ringan yang terkenal Iaitu Yeo Hap Seng (Yeo's ) dengan gabungan Harian Metro.


 Selain itu kehadiran artis pelbagai kaum seperti Alinda Alphonse,Kumpulann ala K-Pop Precious dan The Family Man yang merupakan artis tempatan negeri Sarawak turut memeriahkan konsert malam itu dengan persembahan yang menghiburkan dan menceriakan suasana konsert dengan persembahan yang mencuit hati.

Pada Konsert Patriot pada malam itu juga diadakan cabutan bertuah bagi pengunjung yang terpilih untuk memenangi hadiah - hadiah menarik yang disediakan oleh penganjur konsert iaitu Yeo Hap Seng ( Yeos ) serta Harian Metro .





























 The Family Man memberikan persembahan rap yang bertenaga pada malam itu dengan mendendangkan lagu - lagu dari genre rap yang sangat menarik.3 buah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah #TokBokNya ,Distrix Tigabelas yang merupakan lagu tema kepada Ultra Negeri Sarawak yang merupakan penyokong setia pasukan Bola sepak Negeri Sarawak serta sebuah lagu baru iaitu lagu Petrajaya yang diambil bersempena nama salah satu zon yang terdapat di Bandaraya Kuching Sarawak.
































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






No comments: