Monday, September 14, 2015

#9 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - WONDERFUL BOOK ARTS


WONDERFUL BOOK ARTS 

Buku adalah suatu benda yang di mana kita boleh mendapatkan segala - galanya berkenaan pengetahuan,ilmu idea,ilham dan pelbagai lagi informasi dan perkara yang kita ingin ketahui berkenaan dengan bermacam persoalan - persoalan yang memerlukan jawapan.Semuanya kita boleh dapati dari satu benda yang dipanggil BUKU.
Namun berbeza sedikit dengan apa saya temui baru - baru ini di satu group facebook di mana buku itu sendiri dijadikan kesenian yang sangat unik dengan menampakkan hasil seni yang sungguh hebat.Ianya dihasilkan dengan satu bentuk susunan buku dan sedikit sentuhan lukisan pada permukaan buku - buku yang di susun tadi  menghasilkan hasil seni yang sangat hebat.Setiap lukisan tersebut bermotifkan wajah - wajah manusia yangs aya percaya cuba menyampaikan maksud dan mesej yang tertentu.

Penggiat seni selalu menganggap adalah satu kepuasan apabila ilham dan idea yang mereka perolehi mampu diterjemahkan atau di zahirkan melalui hasil seni yang tertentu dengan menyampaikan maksud atau mesej yang tertentu yang menjadikan pelbagai tafsiran dan perspektif bagi mereka yang melihat hasil seni itu.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: