Thursday, September 10, 2015

PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SAYA,KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK PADA 05.09.2015



PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SAYA,KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK PADA 05.09.2015

Kampung saya tidaklah sebesar bandar - bandar yang mempunyai segala - galanya namun kampung saya tetap istimewa dihati dan jiwa saya.Bertahun mencari rezeki di bandar dan dirantau orang,apabila hendak pulang ke kampung keterujaan nya hanya Allah yang tahu betapa hati bergelora dan gembira hendak pulang ke kampung.

Pada 05.09.2015 yang lepas saya sempat pulang untuk menjemput ibu saya dari kampung untuk bersama - sama di pulang ke Kuching pada keesokan harinya.Perjalanan saya pada kali ini menumpang salah sorang penambang Van yang kami panggil Cu Kalong.Perjalanan dari Kuching ke Kampung Pusa mengambil masa kira - kira 4 Jam untuk sampai.

Perjalanan kami kali ini melalui jalan persisir sungai dan laut dan akan melalui beberapa feri sebelum sampai ke Kampung saya.

Perjalanan kami bermula seawal kira - kira jam 7.00 pagi,Van menjemput saya dari rumah kemudian meninggalkan bandar Kuching menuju ke Kota Samarahan yang merupakan laluan yang akan kami lalui pada hari ini.





Ketika ini kami memasuki Kawasan Asajaya.Kami sekarang sedang dalam perjalan menuju ke Sungai Buluh..Di sana kami akan menaiki Feri untuk menyeberang sungai.


FERI SUNGAI BULUH

Feri ini adalah feri pertama yang akan dilalui selepas melalui kawasan Asajaya dan terletak di Kota Samarahan.Sekiranya kita menggunakan laluan  Muara Tuang feri ini adalah feri yang kedua kerana di Muara Tuang terdapat sebuah lagi feri yang akan dilalui untuk menyeberang Sungai.

Kemungkinan pada masa yang akan datang,feri ini tidak lagi digunakan memandangkan terdapat sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan dan sekiranya jambatan itu siap nanti,perkhidmatan feri ini tidak lagi digunakan kerana pengguna laluan ini akan mula menyeberang sungai dengan menaiki jambatan yang telah dibina.










FERI SEBUYAU - TRISO

Selepas melalui feri Sungai Buluh perjalanan akan melalui sebuah lagi Feri iaitu Feri Sebuyau - Triso untuk menyeberangi Muara Sungai Batang Lupar.Untuk pengetahuan,Sungai Batang Lupar Sri Aman merupakan salah satu tempat lagenda yang terkenal di seluruh Sarawak.Iaitu Lagenda Bujang Senang.Bujang Senang merupakan satu nama gelaran yang diberikan kepada seekor buaya yang dipercayai Sumpahan seorang manusia yang menjelma menjadi Buaya yang Sangat besar dan ganas.Kemahsyuran Lagenda Buaya Bujang Senang ini menjadi cerita turun temurun yang sangat terkenal sehingga menjadi sebutan di serata negeri.Malah pasukan bola sepak Sarawak juga menggunakan gelaran " Squad bujang Senang " dan juga gelaran lainnnya iaitu "NGAP SAYOT " yang bersempena dengan lagenda bujang senang di batang Lupar ini.

Tarikan lain di Sungai Batang Lupar adalah kejadian 'BENAK " atau bahasa saintifiknya TIDAL BORE yang merupakan kejadian air pasang mengejut.Malah bandar Sri Aman turut mengadakan Pesta Benak bersempena dengan kejadian ini dan dimasukkan dalam kalendar tahunan negeri Sarawak yang sangat terkenal.









Perjalanan menyebarang dari Sebuyau ke Triso mengambil masa kira - kira 45 minit bergantung keadaan laut pada ketika itu.
























Motor ni saya jumpa semasa menaiki feri dari sebuyau ke Triso..Nice Accessories..















Kuari batu ini menandakan telah sampai di Triso.. standby...



FERI SUNGAI RIMBAS/ SARIBAS

Setelah melalui Triso perjalanan di teruskan pula Ke Tanjung Lilin.

Perjalanan ke Tanjung Lilin akan membawa anda melalui beberapa Kampung iaitu,Maludam,Semarang,Spinang dan Beladin kemudian barulah anda akan sampai ke Tanjung Lilin untuk menaiki feri yang terakhir sebelum sampai di Kampung Pusa,Betong Sarawak.



Dari jauh sudah kelihatan Kampung Pusa di Muara Sungai Saribas.








Di feri Tanjung Lilin ini terdapat dua buah feri yang memudahkan kereta diangkut dalam sesuatu masa dalam masa yang lebih cepat.



Akhirnya sampai juga ke Kampung Pusa.yabedabedu !






WELCOME HOME FOR MYSELF

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: