Wednesday, September 09, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PELAYARAN PULANG DARI PULAU SERASAN KE SINTETE MENAIKI KAPAL SABUK NUSANTARA 30



PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PELAYARAN PULANG DARI PULAU SERASAN KE SINTETE MENAIKI KAPAL SABUK NUSANTARA 30

Akhirnya sampai juga masa untuk kami pulang ke Malaysia setelah beberapa minggu di Pulau Serasan.Walaupun hati berat untuk meningalkan Pulau yang permai ini namun saya harus pulang.

Menjelang selepas tengahari,kapal Sabuk Nusantara 30 yang akan membawa kami belayar telah pun berada di pelabuhan Tanjung Setelong menunggu untuk keberangkatan ke Sintete.



Hari ini hari ytang sangat cerah dan mentari memancar terik.Tetapi hati saya redup melihat wajah  - wajah ahli - ahli keluarga yang turut sama - sama berkumpul di pelabuhan menghantar kami pulang menaiki kapal.






DUNIA YANG KECIL... semasa di Pelabuhan Tanjung Setelong saya sempat menemui beberapa orang saudara saya dari Malaysia yang turut bersama kami menaiki kapal Sabuk Nusantara 30 pad hari ini untuk sama - sama pulang dari Pulau Serasan.

Yang pakai cermin mata itu,namanya Lucyana Zahir saudara yang tak berapa jauh dari Serasan dan merupakan sahabat lama yang tidak ditemui.Seorang Chekgu....Masih single dan mingle.....





Langit Jernih di Pulau Serasan ini akan sentiasa tersemat di dalam kalbu menjadi azimat untuk kukembali menziarah dan pulang ke sini...






Sedikit sebanyak keadaan di Kapal Saqbuk Nusantara yang sedang menerima kehadiran penumpang yang akan bersama - sama belayar ke Sintete pada petang ini.





Sebelum memasuki Kapal,saya ambil dulu gambar - gambar keluarga Serasan dan Malaysia.Terlihat keceriaan dan sedikit wajah yang menampak kerinduan pada pertemuan yang akan datang.








 Antara orang - orang kanan dan orang kuat yang saya takkan lupakan...Aba,Bang Is,Along Fier dan Bro Lefi...


Setelah semuanya barang - barang dah pun dipunggah dan di siapkan dan bilik tempat kami bermalam di kapal pun dah siapkan.... masanya untuk memasuki kapal memandangkan masa untuk pelayaran pun semakin menghampiri...



Sementara itu saya nak kongsikan beberapa pemandangan yang akan saya rindukan selepas pulang meninggalkan Pulau Serasan bermula pada petang ini.Saya percaya ramai yang akan turut terpesona dengan keindahan pemandangan nya yang indah.
















Sebelum saya berangkat pulang saya abadikan gambar kenangan untuk semua saudara saya yang di Pulau Serasan.
 



Cek Na..


Long Fir,Aba dan Deki..


Selfie dengan Pengantin baru kita... kak Eritha dan Bang Suparni....



Bergambar dengan Cikgu Deki... yang merangkap bodyguard saya yang setia menjadi pemandu saya sepangjang berada di Serasan..


Cek Na yang dikasihi

Abang Is.... Orang Kanan Saya

Saudara Lefi.. penyanyi kita...


Sebelum detik keberangkatan..inilah wajah - wajah saudara kami yang berkumpumpul di Kapal untuk mengucapakan selamat Jalan kepada kami pada hari itu..







Hon Kapal pun telah dibunyikan menandakan masanya untuk beragkat dan belayar tidak lama lagi..perasaan sekali lagi terusik melihat wajah - wajah ahlli keluarga Di Serasan pada hari itu.

Setiap waktu yang diluangkan di manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga di Serasan sepanjang berada di sana.Kini Masanya untuk berangkat pulang.
 



 














SELAMAT JALAN....

tiba masanya untuk kami berangkat pulang semua..

sampai kita jumpa lagi...

Setelah beberapa minit..Kapal Sabuk Nusantara 30 meninggalkan Pelabuhan Tanjung Setelung,Pulau Serasan menuju ke laut untuk menandakan bermulanya pelayaran kami ke Sintete.






















Selang dalam beberapa minit kami meninggalkan Pelabuhan Pulau Serasan,kapal kami sekarang berada di Lautan dan belayar dengan Kelajuan pelayarannya.... 7 Knot/Jam......... adduuhhh... aircond rosak.. panas......

Semestinya pelayaran di Lautan yang sangat mengasyikkan...





Sementara belayar dilautan sempatlah mencuba photography bersama dengan Kakak - kakak Saudara saya,Kak Dessy dan kak Roha.





Semakin jauh Pulau Serasan di tinggalkan .Saya Terfikir bilakah akan masanya saya akan kembali menziarahi Pulau Serasan lagi... Terbayang dan bermain di fikiran saya tentang segala - gala yang saya lalui dan lakukan bersama dengan saudara - saudara dan ahli keluarga di Pulau Serasan.

Namun,Aku pasti akan kembali lagi... aku akan pulang..

















SELAMAT TINGGAL PULAU SERASAN,

SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: