Monday, September 14, 2015

#3 TODAY IS AZLAN RUMADI - 14.09.2015

 

#3 TODAY IS AZLAN RUMADI - 14.09.2015

Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sejak kebelakangan ini memandangkan keadaan yang berjerebu dan tahap udara yang tidak begitu mengizinkan.Keadaan jerebu sekarang memang banyak membataskan aktiviti - aktiviti.Sungguhpun begitu masih dapat keluar ke beberapa lokasi terutama pada hujung minggu.

#3 Today Is Azlan Rumadi kali ini mengongsikan beberapa tempat dan lokasi serta penemuan menarik saya ..amazing discovery macam tu di beberapa lokasi semasa saya berjalan - jalan di beberapa tempat.Ini termasuk juga semasa pulang ke Kampung halaman saya pada 5 - 6 September 2015 yang lepas.


Selamat pagi Samariang,Kuching Sarawak.....gambar ini diambil sebelum keadaan berjerebu itu hari.....Keadan langit pagi yang masih cerah dan jelas..

Ohh ya... pada pagi itu saya tengah menungg Van untuk pulang Ke Kampung Pusa,Betong,Sarawak.Van Cu Kalong.


Caption ? Simetri.... ye kerr....


Mungkin ramai yang tidak faham.. apa yang kena mengena dengan tiang lampu... namun apa yang saya boleh sebut satu... PERSPEKTIF !


UP CLOSE SI BUNGA BESI....


MEE GORENG DI KOTA SAMARAHAN.

Pada pagi semasa menumpang van untuk pulang ke Kampung Halaman saya ,Kampung Pusa sempat bersarapan di Kota Sarapan menikmati Mee Goreng ini.Sedap ! memang sedap pun kalau pagi hari perut lapar dan belum bersarapan lagi...


CU KALONG

Selama bertahun..... mereka meraih rezeki dengan menghubungkan penduduk dari kampung kami ke Kuching Sarawak.Inilah rezeki dan periuk nasi mereka saban hari dengan membawa penumpang ke Kuching.Rasanya dah lama semenjak kali terakhir saya menaiki van ini..terkenang juga masa dulu......KLMJ gitu....

Selamat sampai ke destinasi.


KUMPULAN HADRAH HIDAYAH DI KAMPUNG TENGAH PUSA.

Semasa pulang kampung yang lepas,saya sempat menghadiri Majlis berlulut untuk di Majlis Perkahwinan Jameri dan Sae'bah yang berlangsung di Kampung Tengah Pusa.Kumpulan Hadrah yang menamakan Kumpulan mereka Kumpulan Hidayah melantunkan marbahan dengan paluan hadrah serta doa - doa munajat buat pasangan pengantin.

Gambar ini diambil sehari sebelum saya balik ke Kuching,Sarawak.


Boulevard Shopping Mall,Kuching,Sarawak. Salah satu Shopping Mall yang menjadi tumpuan untuk membeli pelbagai barangan di sini.Port yang baik punya bagi belia - belia anak muda.


Pemandangan Malam di satu sudut dari Boulevard Shopping Mall Kuching,Sarawak.Maaf gambar yang kurang jelas kerana teknologi yang saya ada belum sampai ke tahap yang terbaik. : )


Colourful of M A L A Y S I A dari Boulevard Shopping Mall Kuching,Sarawak .


Its Fashion.. Its Patriotic.... Kesunyian.... gaya....dan 3 budak pantai... what else ?


So Cute ! dari Kuching Central,Kuching,Sarawak.


Terima Kasih kepada kawan yang sudi belanja Satey....


Nasi Ayam Penyet Time !


Jerebu Penyelubungi Medan Raya atau Masja di Kuching Sarawak.Pemandangan indah yang samar - samar dek penangan Jerebu.. Jerebu oh Jerebu...


KAWASAKI Z1000... ye ker?? tak sure... model apa.. apa pun memang melambai mata saya untuk memerhatinya lebih lama... nak nak warna hitam lagi tu.. salah satu warna kesukaan saya...


Pandangan enjin.....



Pandangan sisi bahagian belakang dengan ekzos SCORPION...


Speedometer.....


Pandangan sisi Bahagian depan. dan tayar....... depan.......


Perjalanan di Merdeka Plaza di suatu hari jerebu yang mengabur...


Jerebu.... semoga engkau cepat surut...


Pandangan ke Waterfront dari Belakang India Street,Kuching Sarawak.


Pemandangan dari Belakang Merdeka Plaza  yang agak mengabur kerana Jerebu..semuanya kerana Jerebu....kerana J E R E B U.


L A L A di Annuar Stemboat...perut masa ini dah 75 % full.... namun Lala ini nampaknya melambai saya untuk menikmatinya.. mula mula 6 selepas itu 6 selepas itu.... hehehehehe...


Memanaskan Badan di MacDonald Batu Kawa,Kuching Sarawak bersama dengan kazen saya Syabeli Johri..masa ni member bersedia nak pergi Casting memburu Toman......Apa pun kopinya memang sedap.... tertanya.. Macdonal ni pakai kopi jenama apa ek ? Kaw ooooooo.......


MASK ON ! SPEC ON ! JEREBU ON.. tahap kebersihan udara yang tidak mengizinkan....


THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING SARAWAK.


Hujung Minggu di The Spring Shopping Mall,Kuching,Sarawak.. ramainya orang.....




Hujung minggu yang lepas saya ke Medan Niaga Satok,Kuching,Sarawak.Namun secara tidak sengaja saya terlihat satu lukisan grafiti di dinding di bawah Jambatan Satok ini.Nice Work... memang cantik apa yang mereka hasilkan. Terapat beberapa lukisan grafiti yang menarik perhatian saya.


meow ! "ANok Jak "


Lukisan ini sebenarnya seekor Kucing yang menggunakan topi tradisional Masyarakat orang ulu di Negeri Sarawak.


COLORED FINGAZ PRODUCTION..... nampak x ?


YEZZA... yang ini antara yang terbaik di sini yang pernah saya paling suka...kerjanya cukup halus dan berseni dengan wajah dan ekspresi perempuan itu... Tajuk nya ???

apa pun respek buat brother - broher yang menghasilkan lukisan ini..



Hari yang kelam di Kubah Ria,Satok,Kuching,Sarawak.Hari yang redup dan kelam dari bawah jambatan Satok.


Pada malam sabtu 12 September yang lepas sempat ke Summer Mall ,Kota Samarahan,Sarawak.Pada malam itu berlangsungnya konsert aktif yang menghimpunkan persembahan artis - artis yang popular dari tanah air.Ramai yang.

Perut pun lapar,maka kami ke warung Nusantara yang terletak berhadapan dengan Summer Mall Kota Samarahan.Meja agak penuh sehingga kami mencari meja dan Makan Nasi Ayam Penyet..... yang ini sedap... saya bagi markah 8/10 untuk ayam penyet ini.Nasi Ayam Penyet ini ada kelainan dalam rasa dan penyediaan nya.. termasuk supnya..... memang sedaplah./. rasa nak cuba lagi...


Tuuuu diaaaa...... Nasi Ayam Penyet dari Warung Nusantara, Kota Samarahan....


Summer Mall,Kota Samarahan.....lorong lorong yang menjual pelbagai barangan Muslimah... jemputlah datang ke Summer Mall sekiranya anda ingin melihat pelbagai pilihan pakaian Muslimah di sini.


MASK ON ! di Summer Mall Kota Samarahan Sarawak...






#3
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: