Friday, May 17, 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PUZZLE RESTAURANT DI PULLMAN HOTEL KUCHING, SARAWAK. 15.05.2019


MAJLIS BERBUKA PUASA DI PUZZLE RESTAURANT DI PULLMAN HOTEL KUCHING, SARAWAK. 15.05.2019

Late Post.. giteww..

Alhamdulillah. pada Rabu yang lepas, 15.05.2019 telah Majlis berlangsung berbuka puasa dengan rakan sekerja.Bos Belanja. Terima kasih dan semoga Allah merahmati dan memberkati dan memurahkan rezeki selalu. Amim.

Venue berbuka adalah di Puzzle Restaurant di Pullman Hotel Kuching Sarawak. Rasanya ini adalah adalah kali kedua ke Puzzle Restaurant dan pertama kali berbuka puasa di Sini. Secara keseluruhannya.... yesss... memang berpuas hati sangat sangat. Banyak pilihan hidangan dan juadah yang terdapat di Puzzle Restaurant ini yang terdiri dari pelbagai jenis masakan.

Antara salah satu yang menjadi pilihan utama saya.. sudah tentulah... kambing golek.... perghh... memang juicy dengan kuah lada hitam nya....dan juga itik Masak Pak Lo.....sedapp...Selain itu terdapat aneka kuih, puding dan pelbagai pencuci mulut. Selain itu, terdapat pelbagai ulam ulaman dan lain lain.

Apa punm,sekali lagi diucapkan bebanyak terima kasih buat tuan yang belanja untuk Majlis Berbuka Puasa di Puzzle Resturant Pullman Hotel ini. Unforgettable.





















 












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Wednesday, May 08, 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH DI KEDIAMAN RASMI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK


MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH DI KEDIAMAN RASMI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK

Alhamduillah. tahun 2019 pada tahun ini menjadi jemputan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat, Berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih di Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Majlis yang bermula seawal jam 6.15 petang dimulai dengan Majlis berbuka puasa pada jam 6.44 petang. Kemudian diteruskan dengan Solat Berjemaah Mahgrib. Kemudian di teruskan dengan makan malam sebelum diteruskan dengan solat berjemaah Isyak dan Tarawih.

Majlis pada malam tadi turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan serta ketua - ketua jabatan dan pegawai pelbagai bahagian dari kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri. Majlis ini merupakan salah satu pengisian program di Bulan Ramadhan yang diadakan setiap tahun di kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak selalu. Amin
























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my