Monday, May 06, 2019

HIKING KE KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DI GUNUNG MATANG, KUCHING, SARAWAK. - 05.05.2019


HIKING KE KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DI GUNUNG MATANG, KUCHING, SARAWAK. - 05.05.2019

Mula - mula tak terfikir saya untuk memilih lokasi ini untuk aktiviti hujung minggu saya pada minggu ini tadi, 05.05.2019 sehingga saya ternampak satu post facebook oleh salah seorang rakan sekerja saya. Lagi pun saya tak pernah lagi mengunjungi tempat ini jadi, saya pergi menjelajah ke tempat baru ini.

Perjalanan mencari lokasi ini setelah keberangkatan saya pada seawal pagi ke Matang, Kuching amat menarik kerana saya terpaksa berpusing di sekitar kawasan itu. Ini kerana papan tanda ke Kuil ini tidak berapa nampak daari jalan besar sehingga saya terpaksa bertanya dengan penduduk disekitar kawasan tersebut.

Untuk makluman pendakian ke Kuil Maha Sri Mariaman adalah perjalanan pendakian sepanjang 3000 meter atau 3 KM dan laluan ini sedikit ringan berbanding pendakian saya di  Gunung Serapi Kubah Natinal Park. Keadaan pendakian ini amatlah sesuai kepada mereka yang baru memulakan minat dalam hiking.


Pendakian mengambil masa kira - kira sejam lebih. Sepanjang perjalanan sambil berjalan dan mendaki sememangnya ianya pengalaman yang amat menenangkan dengan melihat flora dan fauna serta udara segar di dalam kawasan hutan yang terpelihara. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk diabadikan sepanjang perjalanan tersebut.

Sepanjang perjalanan anda akan menemui 2 kuil sebelum anda sampai ke kuil yang ketiga atau kuil Utama iaitu Kuil Sri Maha Mariamman. Sebelum masuki kawasan kuil yang bermula dari tangga dan pintu gerbang kuil adalalah diingatkan untuk pelawat untuk membuka kasut atau sebarang alas kaki atau lebih baik berkaki ayam sebelum memasuki kawasan kuil . Ini adalah untuk menghormati kawasan ibadah yang bersih.

Kedatangan ke Kuil Sri Maha Mariamman disambut oleh seorang Sami yang sedang menjalan kan upacara sembahyang di kuil tersebut. Terima kasih kepada layanan mesra dari Sami yang sempatr berkonsikan informasi tentang Kuil Tersebut.

Setelah selesai mengambil gambar dan berehat sebentar . Saya memulakan perjalanan turun dari Gunung Matang. 








  








 




























 











 






















  




 

















 







 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my











No comments: