Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

16 April 2021

TIPS MENGENAL CODE 4 ANGKA MODEL SELUAR ATAU JACKET KELUARAN LEVI'S

 TIPS MENGENAL CODE 4 ANGKA MODEL SELUAR ATAU JACKET KELUARAN LEVI'S

Saya percaya ramai dari kalangan kita yang meminati pemakaian pakaian jean sama ada seluar ataupun jacket terutamanya jenama LEVI'S. Jadi pada kali ini saya nak kongsikan salah satu informasi mengenai " Tips mengenal sebahagian nombor code 4 angka selepas code model Seluar atau jaket keluaran LEVI’S "

Sebagai contoh bacaan tulisan No. Code 501-0000, 4 angka (0000) selepas code model (501) selalunya digunakan untuk mengenal warna,keadaan kain sama ada shrink to fit, sanforized, zipper, button dan lain - lain lagi.

Sebahagain daripada kod - kod tersebut menjelaskan tentang perkara berikut.

1) No. code : 0000.

Seluar atau jaket levis jenis shrink to fit (STF) selepas cuci akan mengecut/mengecil dlm 8% ke 10%, bergantung kepada cara basuhan. kebiasaannya code  pada jeans levis 501(button).

2) No. code : 0117

Seluar atau jaket levis jenis shrink to fit tapi saiz atau panjangnya luar biasa, contoh saiz 79 atau panjang 38 inseam kebiasaannya code pada levis 501(button).

3) No. code : 0115

Seluar atau jaket levis jenis pre-shrunk, beli ikut saiz sebenar anda, kebiasaannya code pade levis 501(button).

4) No. code : 0216

Seluar atau jaket levis jenis sanforized, warna asal tapi kecut sedikit dlm1%-5% selepas basuhan, selalunya levis zipper.

5) No. code : 0217

Seluar atau jaket levis jenis pre-shrunk, beli ikut saiz sebenar, warna lebih gelap birunya dari code 0216, selalunya levis zipper.

6) No. code : 5900

Seluar atau jaket levis shrink to fit buatan usa untuk pasaran jepun. Biasanya wash tagnya ada tulisan Jepun (panduan pembasuhan), ada juga tulis Levis California bla bla bla (kain dari USA, untuk pasaran Jepun, biasanya kainnya lebih lembut sedikit dari kain USA untuk pasaran USA)

7) No. code 0913

Seluar atau jaket levis jenis stone washed atau basuhan industri bagi menampakkan karektor dan larekan tertentu yang membentuk design tertentu. 

8) No. code 0113

Seluar atau jaket levis jenis berwarna biru pudar.

9) No. code 0658

Seluar atau jaket levis jeans warna hitam kebiasaan pada levis 501(button)

10) No. code 0660

Seluar atau jaket levis jeans warna hitam pekat(super black) kebiasaan pada levis 501(button)

11) No. code 0657

Seluar atau jaket Levi's jeans warna kelabu kebiasaannya pada levis 501(button)

12) No. code 0651

Seluar Levi's jeans warna putih kebiasaannya pada levis 501

 Dan banyak lagi dan ini cumalah sebahagian nombor code yang dihasilkan. Tak semua produk keluaran Levis ada coding sebegini kerana ada juga sebahagian produk yang tidak mempunyai kod terutama - terutama model - model baru keluaran jenama Levi's.

Semoga info dan perkongsian ini berguna.











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


11 June 2018

FESYEN PAKAIAN YANG BERGAYA DAN MENARIK UNTUK KANAK - KANAK LELAKI


FESYEN PAKAIAN YANG BERGAYA DAN MENARIK UNTUK KANAK - KANAK LELAKI

Fesyen pakaian pada masa sekarang bukan sahaja meliputi kepada golongan dewasa sahaja malah fesyen pakaian untuk kanak - kanak juga turut menjadi sesuatu yang popular di kalangan penggemar fesyen.

 Ibu bapa yang mementingkan penggayaan fesyen untuk anak anak mereka semestinya menginginkan supaya anak - anak mereka nampak kemas dan menarik serta comel dan yang paling penting ialah ianya fesyen yang dikenakan kepada anak - anak mereka haruslah yang terkini atau mengikut trend semasa.

Kali ini saya kongsikan beberapa peragaan pakaian untuk kanak - kanak lelaki yang paling terkini dan mengikut trend semasa.Semesti fesyen - fesyen pakaian kanak - kanak lelaki yang diperagakan adalah menarik dan sangat bergaya dan ianya boleh dijadikan idea dan inspirasi untuk menyesuainkan pemakaian anak - anak anda agar lebih cantik dan comel serta macho.

Selain itu dengan mengenakan pakaian yang menarik dan bergaya kepada mereka turut memberikan satu rasa kepuasan kepada para ibu bapa ketika melihat anak - anak ini bergaya menjadi tarikan orang ramai di mana mana sahaja.Itulah yang dinamakan cahaya mata dan anugerah dari Tuan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan inspirasi dan idea kepada anda semua tentang cara bagaimana menyesuaikan fesyen pakaian yang bergaya dan menarik untuk kanak - kanak lelaki anda.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my











 



 
















27 June 2016

TUTORIAL ATAU CARA - CARA PEMAKAIAN TUDUNG SHAWL KEKNIS


TUTORIAL ATAU CARA - CARA PEMAKAIAN TUDUNG SHAWL KEKNIS

Sepertinya pada tahun 2016 ini,Shawl Keknis merupakan antara Shawl yang menjadi pilihan bagi kebanyakan pemakaian tudung di kalangan wanita - wanita. Pemakaian Shawl Keknis kini mula mendapat hati dikalangan wanita kerana mungkin pemakaiannya yang mudah dan selesa dan tambahan pula ianya senang untuk dipasang atau disiapkan dalam masa yang sangat singkat.
Saya juga mendapati ramai wanita yang sedang mencari maklumat berkenaan dengan tudung atau shawl Keknis lebih - lebih lagi menjelang perayaan Aidilfitri yang akan datang dalam kurang dari 2 minggu lagi.Ini juga secara tidak langsung menjadikan tudung atau Shawl Keknis andalah antara Carian yang tertinggi di internet pada musim ini.


Kerana itu saya juga turut membuat sedikit tinjauan dan pencarian untuk mengetahui sedikit maklumat mengenai tudung Keknis ini dan saya telah menjumpai beberapa tutorial pemakaian Tudung atau Shawl Keknis dari laman youtube dan video - video ini juga yang saya ingin kongsikan kepada pembaca semua.Walaupun saya ni lelaki, namun saya berniat berkongsikan video ini sebagai garis panduan atau rujukan kepada wanita yang sedang membaca post ini untuk rujukan pemakaian tudung atau Shawl Keknis agar kelihatan menarik dan berseri di Hari Raya Aidilfitri nanti.

Apa yang lebih penting ianya adalah pemakaian yang menutup aurat seperti mana yang dianjurkan oleh Agama Islam.InshaAllah dengan perkongsian ini mampu menggalakkan lebih ramai wanita - wanita kita menutup aurat dengan memakai hijab atau tudung tidak mengira apa jua jenis serta secara tidak langsung menggalakkan industri pembuatan tudung dan pakaian muslimah dan muslimin yang selainnya.






















Saya berharap video - video yang saya kongsikan ini dapat membantu bagi yang ingin mengetahui tuorial - tutorial pemakaian tudung atau shawl Keknis .

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


23 June 2016

KOLEKSI FESYEN PAKAIAN RAYA UNTUK KANAK - KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN TAHUN 2016

  

KOLEKSI FESYEN PAKAIAN RAYA UNTUK KANAK - KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN TAHUN 2016

Menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri ramai yang akan ditukar baru atau diperbaharui dari cat rumah, langsir, perabot - perabot dan banyak lagi.Namun apa yang paling diutamakan pada masa kini adalah pakaian baru untuk menyambut hari raya.Setiap tahun ramai pereka - pereka ataupengeluar mahupun penjual memperkenalkan fesyen - fesyen pakaian yang terbaru setiap tahun.Pelbagai pilihan yang dikeluarkan setiap tahun untuk dijadikan pakaian yang paling menarik dan berseri di pagi raya nanti.Tidak kurang yang mencari pakaian dengan menggunakan tema warna atau corak pada pakaian yang akan digunakan.Kebiasaannya kesamaan warna ini adalah bertujuan untuk foto keluarga agar foto keluarga akan diambil nanti kelihatan sedondon dan menarik lagi cantik.

Tidak mengira tua dan muda akan berpakaian serba baru dipagi raya.Namun begitu ,golongan yang paling gembira menyambut bulan Syawal adalah golongan kanak - kanak.Semestinya Ibu dan Ayah kanak - kanak akan mencarikan pakaian yang terbaik untuk anak - anak mereka.Malah ada dikalangan ibu ayah yang sanggup berkorbankan banyak perbelanjaan demi melihat anak - anak mereka adalah kanak - kanak yang paling cantik dan paling berseri di pagi raya ini.


Saya sempat menyelam ke seluruh carian internet dengan Google bagi melihat koleksi pakaian - pakaian raya yang sedang hangat terjual dipasaran dan tidak kurang yang diperkenalkan oleh pereka - pereka khas pakaian raya kanak - kanak.Terdapat pelbagai jenis pakaian raya yang terdapat di internet seperti kebaya, baju kurung, pelbagai jenis baju melayu dan jubah - jubah dan tidak kurang yang menggunakan konsep pakaian muslimah kepada kanak - kanak.

Memasuki pertengahan bulan Ramadhan 2016 ramai penjual, pengedar dan pereka pakaian mula mempromosikan pelbagai jenis pakaian raya bagi kanak - kanak dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik.Untuk makluman juga, koleksi pakaian raya kanak - kanak yang saya kongsikan pada kali ini saya himpunkan dari beberapa laman sesawang yang menjual pakaian raya kanak - kanak pada masa terkini.Mudahan ianya dapat membantu dalam pemilihan pakaian raya kanak - kanak pada tahun ini.










  



















 





































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my