PROFILE RINGKAS BLOGGER
AZLAN BIN RUMADI
20 November 1986 di Klinik Desa Pusa,Bahagian Betong Sarawak
berasal dari Kampung Hilir Pusa di Bahagian Betong Sarawak.
20 November 1986 di Klinik Desa Pusa,Bahagian Betong Sarawak
berasal dari Kampung Hilir Pusa di Bahagian Betong Sarawak.
PENDIDIKAN
TADIKA / TABIKA KEMAS
KAMPUNG HILIR PUSA
SK PUSA
Darjah : 1 Jebat, 2 Jebat, 3 Prihatin, 4 Murni, 5 Murni
SMK PUSA
Tingkatan : 1 Amanah, 2 Amanah, 3 Amanah
SMK(BM)SARATOK
4 G *Aliran Sains
*selepas 3 bulan berpindah balik ke SMK PUSA atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.
SMK PUSA
4 Amanah * Aliran sastera
5 Amanah * Aliran Sastera
SMK (BM) SARATOK
Tingkatan 6
* Selepas 2 minggu mengambil keputusan menyambut tawaran belajar di Kolej Twintech Sarawak Campus
TWINTECH COLLEGE, SARAWAK CAMPUS.
kerjasama UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( UTM )
Diploma in Computer Science ( Information Technology )
PENGENALAN
Minat dan keinginan yang mendalam untuk menceburi bidang penulisan blog dan journalist melalui blogging telah membawa saya ke satu bidang yang benar - benar memberikan kepuasan kepada diri saya walaupun saya hanya seorang blogger separuh masa setakat ini.Namun bukanlah penghalang saya untuk memajukan dan mengembangkan diri saya dalam bidang ini.
IMPIAN KEPADA REALITI
Minat mengatasi segalanya.
Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa diri saya meminati bidang penulisan ini sehingga saya akhirnya secara tidak langsung menyedari bahawa saya amat tertarik dalam penulisan walaupun saya bukanlah seorang yang berkemahiran dengan baik dalam bidang penulisan.
Bermula dengan penulisan diari,jurnal dan lukisan zaman sekolah.
Minat yang saya tidak sedari ini sebenarnya bermula dari sekolah rendah lagi.apa bila saya seorang yang sebenarnya suka menulis diari dan melukis .Saya selalu menulis catatan harian saya dari tahun ke sekian tahun dalam beberapa buah buku diari mula mengembangkan minat saya dalamSeni.
Pembelajaran itu sampai bila - bila
.Apa yang saya pandang,saya dengar,saya hidu dan saya rasa merupakan pelajaran saya yang sentiasa berjalanan setiap masa dan apa yang saya pandang,dengar, hidu dan rasa itu jugalah yang akan saya kongsikan seadanya saya.
Kesenian itu abstak dan tiada batas.
Sebuah perkongsian saya melihat sebagai satu bentuk kesenian yang abstak dan abadi.Saya bukanlah seorang yang
berkemahiran dalam seni namun saya akui pendidikan seni merupakan bidang
yang saya minati.Mahupun kesusasteraan,lukisan dan sebagainya.Pendapat
saya mengatakan kesenian itu abstak dan tiada batas.Kesenian itu
mempunyai seribu satu tafsiran yang tersendiri. Kesenian yang paling
agung adalah kewujudan diri kita sendiri dengan jalan liku kehidupan
yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Tertinggi dan Suci.
Impian melangkah menjadi sebuah realiti.
bermula tahun 2007 , Saya menulis dan menulis dan berkongsi dalam kurang dan lebihnya diri saya dan seadanya saya.
TERIMA KASIH SEGALA - GALANYA
Apa
yang penting bagi saya adalah penyampaian yang ikhlas,tulus dan
kesungguhan dalam berkongsikan serta meluahkan idea - idea dan
pemikiran untuk menjadi sebuah wadah yang menjadi bacaan,renungan dan
pemikiran para pembaca.
Syukur kepada Allah swt,Terima kasih kepada restu dan doa kedua ibu ayah dan saudara mara dan rakan taulan.Penghargaan untuk sebuah pengajaran dalam perjalanan hidup ini.
Mudahan pembaca mendapat manfaat melalui perkongsian saya di dalam blog ini.
Semoga Allah memberkati dan merahmati semua.
Syukur kepada Allah swt,Terima kasih kepada restu dan doa kedua ibu ayah dan saudara mara dan rakan taulan.Penghargaan untuk sebuah pengajaran dalam perjalanan hidup ini.
Mudahan pembaca mendapat manfaat melalui perkongsian saya di dalam blog ini.
Semoga Allah memberkati dan merahmati semua.
AZLAN BIN RUMADI
0 comments:
Post a Comment