Showing posts with label The Comedies. Show all posts
Showing posts with label The Comedies. Show all posts

23 September 2015

AKSI EMOJI GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI



AKSI MENIRU EMOJIS GADIS DARI CHINA INI MENDAPAT 11,000 REPOST WEIBO DALAM MASA 2 HARI

Akaun Weibo @Muyalan,menjadi tumpuan netizen pada baru - baru dan tersebar menjadi viral apabila beliau memuat naik aksi yang lucu dan mencuit hati.Beliau yang memuatnaik gambar beliau dalam Weibo, platform yang menyerupai Twitter di China menjadi antara topik perkongsian yang paling banyak di Laman media sosial tersebut.

Beliau yang berasal dari Sichuan meniru emojis dari  iPhone menjadi viral selepas beliau gambar yang dimuat naik beliau dalam kaun Weibo @Mulayan dikongsikan sebanyak 11,000 Repost dalam masa 2 hari menjadikan beliau tersenarai dalam carta trending di Weibo.

Dikalangan ramai mereka menyokong kreativiti beliau dalam menghasilkan aksi yang menarik tersebut , ada juga kalangan mereka yang sempat bergurau dengan berpendapat bahawa dia perlu melakukan sedikit penambahan baik untuk menyempurnakan aksi tersebut memandangkan semua emojis tersebut tidak mempunyai bulu kening.Anda tahu apa yang dimaksudkan bukan ?


Apa - apa pun sememangnya kita tidak menyangkakan bahawa apa - apa perkara dan perkongsian yang tertentu di laman media melalui apa sahaja platform yang sedia ada pada masa kini mampu menjadikan anda tumpuan orang ramai dalam masa yang amat singkat dalam dunia maya tanpa sempadan pada masa sekarang.


 
 












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



04 August 2015

SIAPA DIANA ? FENOMENA BERJANGKIT YANG SEMAKIN MENJADI VIRAL


Siapa Diana ? Siapa dia ? semua orang sedang bertanya dan menyebut nama dia di mana mana. ramai yang tertanya - tanya siapakah sebenarnya si Diana ini ? di sana  sini orang banyak berceritakan tentang siapa Diana ? Heboh dan viral sekarang orang bercerita tentang siapa Diana ?

SIAPA DIANA ?

Baru - baru ini saya mendapati ramai yang mula bercerita tentang siapa Diana ini.Malah ramai yang berjangkit menggunakan nama ini untuk mengenakan pasangan masing masing.Kebanyakannya lelaki.Mereka banyak bercerita tentang Diana yang selalu menolong balutkan luka mereka.
Uihhh.. sungguh baik hati si Diana ni...Diana ni Nurse ke ?

Lelaki tidak mengira kekasih orang,tunang orang dan suami orang semua menggunakan nama Diana untuk mengenakan pasangan masing masing dan wujudlah pelbagai reaksi dan tidak balas dari pasangan mereka.Tidak kurang yang bergaduh kerana cemburu.Mana tidak nya tiba - tiba muncul nama si Diana dalam perhubungan mereka? hehehe...
Siapa Diana? Yang perempuan pula bila dengar nama Diana mulalah menyoal siasat pasangan masing masing kerana sayang dan cemburu demi mempertahankan hubungan CINTA SEJATI yang terjalin sekian lama.Bermula dialog babak cinta filem dan drama melayu..

Tak percaya ? tengok ni....sehingga kamu mengetahui siapa Diana ? Siapa Diana ? Siapa ?
 

















Nak tahu siapa  Diana ? Ini wajah dan rupa sebenar si Diana yang diheboh - hebohkan tu...hahaha...
ingatkan perempuan atau manusia la kan ? sekali pembalut luka rupanya.

Yang perempuan pula dah fikir yang macam - macam bila pasangan sebut nama Diana yang balut luka.Saya faham mereka cemburulah tu takut - takut kalau pasangan ada simpan perempuan lain.Kes tidak mahu diMADUkan ini.

Pesanan kepada lelaki.nak prank pasangan dengan nama Diana ni nak kena hati - hati.. jangan sampai ada kemalangan jiwa ok...






TERIMA KASIH DIANA...HEHEHE....

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



 

16 July 2015

DI SEBALIK KENIKMATAN DAN KELAZATAN YANG AKAN ANDA LIHAT DALAM GAMBAR - GAMBAR INI.


HAHAHA......Tajuk bukan main kan? ok kali ni saya share tentang gambar - gambar yang saya nak dapat dari satu laman web ni yang saya rasa menarik untuk dikongsikan dengan anda semua.Apa yang menarik nya adalah juru edit gambar ini menggunakan makanan yang akan membuatkan anda terliur je..

Apa yang lebih menarik juru edit gambar tersebut seolah - olah cuba menwujudkan satu cerita disebalik kejadian gambar dengan memasukkan karektor - karektor tertentu yang seolah - olah menjadi faktor disebalik makanan tersebut.

Tak caye... cer tengok !




















TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com





21 May 2015

DENDA - DENDA DI ZAMAN PERSEKOLAHAN YANG PALING RARE


Zaman persekolahan semestinya mesti tidak lari daripada denda - denda yang akan dikenang sampai bila - bila.Zaman persekolahan dan denda - denda dari guru memang tidak dapat dipisahkan seperti aur dan tebing.Terutama kepada murid atau pelajar yang sangat nakal dan sering menimbulkan masalah.Saat didenda oleh guru kerana pelbagai kesalahan merupakan salah satu perkara yang akan kita ingat sehinggalah sampai ke hari ini.

Saya percaya ramai dari anda masih bercerita tentang kisah - kisah lucu dan memalukan semasa di denda bersama rakan anda setiap kali anda berjumpa dengan bekas rakan sekelas anda.Bercerita dan berkongsikan saat - saat itu membuatkan anda tersenyum dan teringat balik.Namun secera tidak langsung akan membuatkan anda teringat kembali akan guru - guru yang garang yang sering memberikan denda - denda kepada murid atau pelajar yang membuat masalah dalam kelas.Hakikatnya,guru memberikan hukuman bukanlah bermaksud untuk menganiaya pelajarnya.Semua denda dan hukuman yang diberikan adalah untuk mendisiplinkan pelajar dengan berharap pelajar dan muridnya mengingati kesalahan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Anda mesti pernah didenda oleh guru semasa di zaman persekolahan? betul ? Apakah denda - denda yang anda pernah terima daripada guru anda ? bila anda membayang dan mengenang kembali mesti ramai yang tersenyum seorang dan menganggap ianya sebagai suatu memori yang sangat indah dan lucu.Walaupun sebenarnya perasaan anda ketika menerima denda pada masa itu penuh dengan marah dan malu dihadapan rakan sekelas.Ditambah lagi dengan rakan sekelas yang kaki ejek.

Antara denda - denda yang paling anda takkan lupakan mungkin salah satu dari yang ini. 



























SUMBER : FACEBOOK