Monday, February 10, 2020

PELAKON DAN PELAWAK ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA


PELAKON DAN PELAWAK ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini arena seni tanah air telah dikejutkan dengan berita kepergian seorang pelakon dan pelawak yang terkenal Syed Umar Mohktar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Berita kematian tersebut telah tular di laman sosial setelah rakan seperjuang Allahyarham Fad dan Achey memuat naik status dalam instagram memaklumkan tentang kematian Allahyarham.

Sementara ituAdik kepada Allahyarham iaitu Ali memaklumkan kepada pihak media menjelaskan isteri Allahyarham telah menghubungi beliau untuk memaklumkan tentang berita kematian Allahyarham.

" Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri."

" Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, sudah tidak bernafas, " katanya gagal mengawal emosi.

Isteri Abam , Nor Hidayah  turut mengesahkan berita tersebut dan memberitahu bahawa Abam belaiu mula menyedari Abam sudah tiada ketika beliau hendak membangunkan Allahyarham untuk solat Subuh namun Allahyarham tiada respon dan tidak bernafas lagi.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan isterinya semenjak tahun 2017 dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berumur 5 bulan.

Kita doakan semoag Allah mencucuri Rahmat dan berkat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama orang - orang yang beriman.

Alfatihah.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Thursday, February 06, 2020

RESEPI LUTUT POWER



RESEPI LUTUT POWER

Mesti ramai yang tertanya - tanya apa itu resepi lutut power ni ? Bukan nak buat segmen masak ke apa. Kali ini  nak share resepi untuk kesihatan yang dikongsikan oleh saudari Habibah Badar Bajrai yang mana boleh membantu mengurang atau mengatasi masalah mereka yang sellau menghidap sakit lutut.


RESEPI LUTUT POWER


BAHAN - BAHAN

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air


CARA MEMBUATNYA

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. 

**Minum time suam, 2 kali sehari. 
**Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
**Apple tu boleh kunyah jek. 
**Sapa rajin, nak blend pun boleh. 
Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. 



CATATAN

** Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation.
 ** Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. 
** Kulit epal tidak perlu dikupas atau buang Hanya perlu cuci bersih dan rebus terus sekali ngan kulit kerana khasiat kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. 
**Pesakit yang ada masalah darah rendah tidak disarankan meminum air ini. 
Bimbang nanti darah jadi terlalu rendah lak



Kredit : 
Habibah Badar Bajrai