Showing posts with label Sambutan Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Tahun Baru. Show all posts

01 January 2024

DOA DAN SURAT TAHUN BARU BUAT YANG MAHA MENCIPTAKAN


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪْ

     ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪْ

    ﻭَﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪْ

     ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮْ

    اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

     ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

    لا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ


Allahuma, di tahun 2024, Sempurnakanlah Tauhidku, kuatkanlah iman dan taqwaku, tambahkanlah amal ibadah dan kebajikanku. Jadikan diriku golongan yang berjaya di dunia, sempurna di akhirat. Jayakanlah silatku, sempurnakanlah solatku. Angkatkanlah segala beban dan penyakit. Sesungguhnya hanya padaMu diriku berserah sebulat - bulatnya atas Keagungan, Kebesaran, Kemurahan dan KesempurnaanMu.

Rabbi firli, warhamni, wajbur ni, warafakni, warzukh ni, wah dini, wa afini, wa' fu 'anni.

Amin Ya Rabbal Alamin.

01 January 2018

SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2018 DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.

SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2018 DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.

Tahun ini Kuching Sarawak dipilih sebagai lokasi sambutan ambang tahun baru 20
18 peringkat Negeri Sarawak yang turut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat  Datruk Patinggi Abang Haji Abdul rahman Zohari Bin Haji Abang Openg.

Tahun ini juga turut menyaksikan kemeriahan sambutan Ambang Tahun Baru dengan keindahan warna warni cahaya lampu di sekitar pusat bandar Kuching terutama di Jambatan Darul Hana yang baru dirasmikan dan dibuka kepada orang ramai pada 11 November yang lalu.Selain itu bangunan Dewan Undangan Negeri juga mencuri tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan pada malam ambang tahun 2018 ini.

Tepat jam 12 tengah malam acara Sambutan kedatangan tahun baru dimeriahkan dengan persembahan bunga api selama lebih kurang 10 minit.

Rata rata masyarakat dari seluruh tempat yang berkumpul di Waterfront merasa teruja menyaksikan keindahan acara persembahan bunga api pada dalam itu.

Selain dari itu, pelbagai program lain turun disusun oleh pihak penganjur sementara menunggu detik 12 tengah malam seperti persembahan artis tempatan dan sebagainya.

Kemeriahan dengan kehadiran orang ramai pada malam sambutan ambang tahun 2018 memperlihat kepelbagaian dan keharmonian seluruh warga di Sarawak dan Kuching khasnya yang hidup dalam pelbagai bangsa dan suku kaum.

Turut teruja untuk menyaksikan sambutan pada malam itu adalah pelancong asing yang semestinya menjadikan ini suatu pengalaman yang sangat bermakna buat merek.

Selamat tinggal 2017,
Selamat datang 2018,
Selamat Tahun Baru untuk semua.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my