Showing posts with label Internal Design. Show all posts
Showing posts with label Internal Design. Show all posts

26 August 2019

IDEA, REKAAN DAN PERHIASAN RUANGAN DAPUR YANG MENARIK DAN CANTIK


IDEA, REKAAN DAN PERHIASAN RUANGAN DAPUR YANG MENARIK DAN CANTIK

Mungkin ramai yang masih buntu atau kurang idea dalam menghias dan mereka ruangan dapur kan ? Jadi pada posting kali ini saya kongsikan beberapa rekaan ruang dapur yang menarik dan cantik yang mudahan boleh dijadikan inspirasi dan idea untuk anda semua untuk mereka dan menghias ruangan dapur anda.

Tidaklah kira ruangan dapur itu kecil atau besar mahupun lapang atau sempit, sekiranya kita mempunyai idea yang sesuai dalam mengolah dan menngatur serta menyusun ruangan dapur tersebut selain dari pemilihan perabot yang bersesuaian, ianya akan menjadikan ruangan dapur anda sangat tersusun dan menarik dan selesa untuk anda membuat aktiviti menyediakan keperluan harian isi rumah anda.

















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi

16 April 2019

REKAAN DAN HIASAN DALAMAN MENARIK DAN CANTIK UNTUK RUANG RUMAH KEDIAMAN YANG KOMPAK DAN TERHAD


REKAAN DAN HIASAN DALAMAN MENARIK DAN CANTIK UNTUK RUANG RUMAH KEDIAMAN YANG KOMPAK DAN TERHAD

Setiap yang mempunyai rumah kediaman semestinya mengimpikan sebuah rumah kediaman yang terbaik dan cantik bagi keselesaan dalam menjalani aktiviti seharian dalam rumah kediaman dan perkara yang dititik beratkan adalah rekaan dan hiasan dalaman yang cantik dan menarik disamping di isi dengan perabot dan kelengkapan yang diingini.


Tidaklah mengira kecil atau besar dan berapa banyak ruang yang anda punyai di dalam sesebuah rumah kediaman ianya adalah terpulang pada kebijaksaan kita sendiri dalam memilih dan mengolah rekaan agar ianya nampak cantik dan menarik dan perkongsian pada kali ini adalah beberapa rekaan dan hiasan dalam untuk ruang rumah kediaman yang kompak atau kecil lagi terhad. 
























05 July 2018

#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


Setiap pemilik rumah yang baru disiapkan pastinya akan memikirkan pelbagai rekaan dan hiasan yang akan dimasukkan atau disusun di dalam rumah itu nanti supaya ianya nampak menarik dan seperti yang diinginkan serta mengikut citarasa. Selain itu faktor ruang dan saiz rumah juga mempengaruhi hiasan - hiasan dalam yang akan dimasukkan dan ditempatkan di dalam kediaman supaya dalam rumah akan nampak sesuai dan cantik.

Kali ini hiasan dalam rumah yang ringkas namun akan menampakkan ruang dalam rumah yang lebih luas dan ini disesuaikan dengan pemilihan warna - warna yang cerah dan lembut untuk menampakkan suatu kediaman yang amat menenangkan.Selain itu, ianya turut di sesuaikan dengan pemilihan perabot - perabot yang berasaskan kayu.

Pemilihan ruang dalam yang mudah,ringkas dan luas ini dan digabungkan dengan pemilihan unsur perabot kayu akan memberikan suatu suasana semula jadi yang amat selesa dan menenangkan.

semoga menjadi inspirasi untuk semua.












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my