Wednesday, March 05, 2014

PEMANDANGAN INDAH WAKTU MALAM DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK


Bagi yang Pernah sampai ke Kuching,Sarawak.Semestinya tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan malam hari di sekitar bandaraya Kuching yang sangat tenang. Di sekitar jalan - jalan waterfront anda akan menemui pelbagai hiburan disamping menikmati pelbagai jualan - jualan makanan di sepanjang jalan waterfront.Ditambah pula dengan pemandangan indah bangunan Ahli Dewan Undangan Negeri( DUN ) dan ASTANA NEGERI di sebelah seberang sungai.

Di sepanjang jalan di Waterfront Kuching,anda turut akan dihiburkan oleh persembahan penghibur jalanan yang mempersembahkan bakat - bakat mereka yang tersendiri.Dengan menyanyikan pelbagai lagu - lagu tempatan dan luar Negara dan pelbagai lagi persembahan yang lain.Terdapat juga beberapa pelukis yang mencoretkan bakat mereka dengan mempamerkan hasil lukisan mereka yang cukup mengagumkan.

Pada masa tertentu akan diadakan persembahan kebudayaan seperti persembahan MUKUN,Alat Muzik SAPE dari kaum iban dan banyak lagi.

Tidak Lupa juga kepada Jualan makanan seperti Keropok lekor dan banyak lagi disamping terdapat beberapa warung atau gerai minuman tempat berkumpul bersama keluarga dan kawan - kawan kenalan di beberapa lokasi sepanjang waterfront.

Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di sekitar bandaraya Kuching untuk menikmati pemandangan yang semestinya mempesonakan hati dan pemandangan anda semua. 



LOKASI : WATERFRONT KUCHING



BANGUNAN PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN),NEGERI SARAWAK.





 




PEACE..

KEENAKAN POPIAH BASAH DARI JOHOR BAHRU





Masa masih bekerja kat JOHOR BAHRU tempoh hari,adalah seorang rakan sekerja ini yang bawakkan makanan ni kat tempat kerja.. sekali rasa sedaplah pulak..terus pesan di beli beberapa kali..

Selepas balik Sarawak dah tak da lagi jumpa makanan  ni.Ada sesiapa yang kat SARAWAK tahu mana nak dapatkan POPIA BASAH ni kat Sarawak terutama kawasan sekitar bandaraya Kuching...mohon kongsikan kat saya ekk.

PEACE !

BERKUNJUNG KE PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI,JOHOR DARUL TAKZIM


Meneritakan tentang pengalaman pada tahun lalu,saya dibawa oleh seorang kakak,namanya Tuan Azlin atau Pasu Cina.. tang mana datang nama pasu cina tu ? heheh. juga merupakan salah seorang kawan karib dan rakan sekerja saya di Johor Bahru ke sebuah tempat yang tak di sangka-sangka saya akan sampai.Sekali tengok "Sign Board" bukan sebarang tempat juga kan.Tempat yang unik dan boleh dikatakan istimewa untuk mereka yang belum pernah berkunjung ke sini.

PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI JOHOR DARUL TAKZIM

Pertama kali juga saya sampai ke sini.Inilah Pengalaman yang saya takkan lupakan dan kenangan saya dapat bawa pulang ke Sarawak.

Apa pun terima kasih kepada mereka yang menjayakan saya untuk sampai ke destinasi pilihan ini.Kenangan ini merupakan pengalaman yang amat bernilai dan saya akan ingat sampai bila - bila.

Kepada mereka yang belum sampai ke sini bolehlah mengunjungi tempat - tempat seperti ini untuk mengenali antara tempat yang menarik di dalam Negeri Johor dan Negara kita tercinta.Malaysia.

InshaAllah jika ada masa saya ke Johor Darul Takzim nanti,saya akan ke sini lagi




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


Tuesday, March 04, 2014

GERAMAK APONG / KETAM NIPAH DARI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK


GERAMAK APONG / KETAM NIPAH DARI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Barangkali ramai yang tidak kenal akan masakan lauk klasik yang lama ditinggalkan ini.Geramak atau "GAMAK" dalam sebutan penduduk Kampung Pusa,Betong,Sarawak adalah sejenis ketam kecil yang biasanya boleh didapati disekitar kawasan pokok nipah.

BACA JUGA : CARA - CARA MEMBUAT PENYEGAR UDARA GEL ( HOMEMADE GEL AIR FRESHENER )
Lazimnya,pada zaman zaman nenek datuk dan mak ayah saya dulu,geramak ini dijadikan lauk untuk di makan bersama nasi.Dengan membuang sepit dan kakinya dulu serta bahagian tengah badannya sebelum di makan.Saya secara peribadi suka makan masak kicap.Soo juicy....
Baru - baru ini saya pulang ke kampung dan terjumpa ada seorang kakak yang menjual geramak ini lantas membeli sebungkus untuk mencuba kembali resepi lauk yang lama ditinggalkan ini.... rasanya tidak jauh berubah.tetap sedap seperti dulu..hihih
PEACE !
p/s ; Terima kasih kepada Ibunda Anjang Uteh yang menyediakan masakan " Geramak Masak Kicap " ini buat saya.. Nang Nyaman...


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

#1 THROWBACK : KENANGAN ZAMAN TADIKA YANG TERINDAH


Berdiri dari kiri : Mustarim Jemat ( Arem),Azlan Rumadi ( Saya sendiri ), Ah Hin, Wan Fadarul ( Abit ),Osman Sahari ( Mann), Ahmad Tarmizi ( Miji).
Duduk Dari Kiri : Hafizma Sofian ( Apiz),Norhafrifa Hamsawi(Eiypa),Hellis Alias ( Elis),Rosmi Bolhi ( Linda),Norshariza( Bulat).


THROWBACK : KENANGAN ZAMAN TADIKA YANG TERINDAH

Zaman tadika yang penuh dengan kenangan indah,takkan mudah dilupakan....masa telah berlalu namun ingatan dan kenangan yang telah dilalui telah tersemat dalam hati dan jiwa..kadang kadang senyum seorang tengok gambar masa zaman budak-budak tadika ni.

Masa ni tengah buat persembahan tarian tradisional melayu yang di ajar oleh Cikgu Khadijah(Cikgu Nggo) pada masa tu.

Sekarang jauh masa telah berlalu...salah seorang rakan kami telah menghadap hadrat ilahi,Allahyarhamah Hafizma Sofian lebih 10 tahun yang lalu.


Kini semuanya telah dewasa dan masing masing dengan keluarga masing - masing dengan kerjaya diri yang tersendiri.

Apa - apa pun masa dan kenangan itu tisak boleh dijual beli.Pengalaman dan persahabatan dan ikatan banyak mengajar kita dalam kehidupan.

Kenangan selalu membuat kita tersenyum dan adakala menangis.....

Kenangan cukup berharga.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my