Monday, November 05, 2018

TEAM YAYASAN SARAWAK PUTERI DANG BALAI DINOBATKAN SEBAGAI RAJA SUNGAI REGATTA SARAWAK 2018


TEAM YAYASAN SARAWAK PUTERI DANG BALAI DINOBATKAN SEBAGAI RAJA AIR REGATTA SARAWAK 2018

Regatta Sarawak merupakan salah satu acara kemuncak kejohanan lumba perahu bidar yang berlangsung di seluruh Sarawak. Ianya merupakan acara kemuncak yang menampilkan pasukan pasukan lumba perahu yang terbaik dari seluruh Sarawak. Acara tahunan ini mula mendapat perhatian di peringkat antara bangsa dengan dengan mengaturkan program - program menarik.

Tahniah kepada Pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai yang dinobatkan sebagai Raja Sungai Bagi Regatta Sarawak tahun 2018 yang mengungguli acara Bidar Pekayuh lelaki akhir yang merupakan antara acara kemuncak yang semestinya dinantikan oleh semua orang pada hari tersebut.

Yayayan Sarawak Puteri Dang Balai yang bermula dengan kayuhan sederhana membuat perubahan rentak kayuhan di pertengahan perlumbaan berjaya memintas beberapa pasukan yang lain untuk meletakkan pasukan mereka mengungguli perlumbaan dengan rentak kayuhan yang mantap dan mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat bagi merampas kejuaraan yang sebelum ini dipegang oleh Pasukan Landas.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Ranger 1966 yang merupakan pesaing yang mengiringi rapat Pasukan Yayayan Sarawak Puteri Dang Balai sepanjang perlumbaan yang memberikan saingan yang amat sengit dengan pelbagai penyusunan strategi dan rentak kayuhan.

Tempat ketiga adalah Yayasan Sarawak Cahaya Putri Ruai yang turut menampilan rentak kayuhan yang mantap dan stabil sehingga ke garisan Penamat. Pasukan yang berasal dari Sebuyau ini merupakan antara muka baru dalam Regatta Sarawak yang mampu memberikan saingan yang sangat hebat dengan pasukan - pasukan berpengalaman yang lain.

Sekali lagi tahniah buat Yayayan Sarawak Puteri Dang Balai selaku Juara Raja Sungai Regatta Sarawak 2018.Selain itu, Syabas juga diucapkan kepada pasukan lain yang terlibat atas semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan sepanjang perlumbaan dan sampai berjumpa lagi di perlumbaan yang akan datang.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
























































































 

 



 


 


No comments: