Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

09 May 2016

PUISI BATAS KARYA AAN MANSYUR DALAM FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2


PUISI BATAS KARYA AAN MANSYUR DALAM FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2 

Filem Ada Apa Dengan Cinta ? yang sebelum ini mewarnai layar perak dihiasi dengan puisi - puisi yang indah dan mengandungi banyak makna yang tersurat dan tersirat dalm setiap baris dan baitnya.Begitu juga yang ditampilkan dalam Ada Apa Dengan Cinta 2 yang kembali menebarkan rasa cinta kepada peminat filem yang sensasi ini.
Mungkin ramai yang telah atau mula menonton filem Romantik dan cinta ini di pawagam dan memperdengarkan puisi yang dibacakan oleh watak Rangga yang dilakonkan oleh Nicholas Saputra kepada Cinta yang dibawa oleh Dian Sastrowardoyo bukan ? 

Mira Lesmana yang merupakan Produser filem kali ini menggandingkan kerja sama dengan Aan Mansyur yang seorang penyair dari Makasar bagi menyusun baris - baris indah puisi yang dijadikan monolog watak Rangga dalam Ada Apa Dengan Cinta 2 pada kali ini.

 Puisi yang diberi tajuk Batas tersebut juga dimasukkan dalam buku Tiada New York Hari Ini yang dilancarkan dengan filem Ada Apa Dengan Cinta.Buku tersebut menghimpukan 30 rangkaian puisi yang lain hasil karya Aan Mansyur.


B A T A S
Aan Mansyur

Semua perihal diciptakan sebagai batas.
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain.
Hari ini membatasi besok dan kemarin.
Besok batas hari ini dan lusa.
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota, bilik penjara dan kantor walikota, juga rumahmu dan seluruh tempat di mana pernah ada kita.

Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta.
Resah di dadamu dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini dipisah kata-kata.
Begitu pula rindu, hamparan laut dalam antara pulang dan seorang petualang yang hilang. Seperti penjahat dan kebaikan dihalang uang dan undang-undang.

Seorang ayah membelah anak dari ibunya—dan sebaliknya.
Atau senyummu, dinding di antara aku dan ketidakwarasan.
Persis segelas kopi tanpa gula menjauhkan mimpi dari tidur.

Apa kabar hari ini?
Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

15 December 2015

WAJAH - WAJAH TERKINI PELAKON SIRI FILEM HARRY POTTER SELEPAS 14 TAHUN


WAJAH - WAJAH TERKINI PELAKON SIRI FILEM HARRY POTTER SELEPAS 14 TAHUN 
 
Semua orang tahu bahawa Harry Porter merupakan sebuah siri filem dari British yang diadaptasi dari sebuah novel tulisan J.K Rowling.Siri Filem ini diterbitkan oleh Syarikat Warner Bros dengan memulakan Filem pertamanya pada tahun 2001 dengan judul Harry Potter And The Philosopher''s Stone yang berakhir pada tahun 2011 dengan Judul Harry Portter And The Deadly Hallows - Part 2.

Filem yang diterbitkan oleh David Heyman selaku penebit utama ini membariskan pelakon - pelakon muda yang berbakat seperti Daneil Radcliffe,Rupert Grint dan Emma Watson ternyata mampu memberikan impak yang sangat hebat kepada peminat Siri Filem ini apabila berjaya mengutip USD 7.7 Billion ( 7,700,000,000.00 USD ) menduduki tangga kedua kutipan tertinggi . Manakala 7 daripada 8 Siri Filem ini berjaya menduduki tangga teratas kutipan Box Office seluruh dunia.

Antara judul - judul filem dalam siri filem adalah

1. Harry Portter And The Philosopher Stone ( 2001 )
2. Harry Potter And The Chamber Of Secrets ( 2002 )
3. Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban  (2004 )
4. Harry Potter And The Goblet Of Fire ( 2005 )
5. Harry Potter And The Order Of The Phoenix ( 2007 )
6 .Harry Potter And The Half-Blood Prince ( 2009 )
7. Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 1 ( 2010 )
8. Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 2 ( 2011 )

Siri filem ini mengambil masa 10 tahun untuk ditamat dan disiapkan dan sinopsis utama di sebalik filem ini berkisar tentang perjalanan hidup Harry Potter yang merupakan seorang ahli sihir yang istimewa yang menentang musuh dan seteru utamanya Lord Voldemort yang merupakan seorang ahli sihir yang sangat kejam dan jahat.

Pelbagai halangan demi halangan dan perjalanan demi perjalanan yang dihadapi oleh Harry Porter dalam menjalankan misi menentang Lord Voldermort sehingga Harry Potter berjaya merungkai dan menyelesaikan pelbagai Misteri Sepanjang perjalanannya dalam siri Filem Ini.

Tahun 2015,14 tahun telah berlalu semenjak tayangan pertama Harry Porter pada tahun 2001.Saya percaya ramai yang ingin tahu bagaimana wajah - wajah pelakon Harry Potter yang terkini dan mungkin ramai yang tidak menyangka beberapa perubahan yang sangat mengejutkan pada wajah - wajah mereka.

Kelihatan kebanyakkan pelakon - pelakon Harry potter ini sedang bergiat aktif melibatkan diri dalam pengambaran banyak filem semenjak Siri Filem berjaya menaikkan nama - nama mereka yang turut menarik minta penerbit dan pengarah - pengarah filem Hollywood yang lain dalam mencari bakat - bakat besar untuk menjadi peranan utama dalam filem - filem mereka.
 
Berikut merupakan perbandingan wajah-wajah terbaru bintang filem Harry Potter dengan wajah mereka pada taayangan filem pertama harry porter pada 2001,14 tahun yang lalu.


























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my















26 November 2014

REVIEW : TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES 2014


TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE | Baru semalam saya berpeluang menonton  filem ni kat rumah.Kerinduan pada karekter kartun lagenda ini mendorong saya untuk menonton cerita ini dari mula sampai ending.Cerita ini sebelum ini banyak diterbitkan dalam pelbagai versi.Namun yang versi 2014 ini adalah yang terbaik setakat ini dengan kesan khas yang sangat menarik sepanjang filem.Dari satu babk ke satu babk tidak membosankan kerana gelagat keempat - empat karekter yang menghidupkan jalan cerita yang penuh aksi dan ragam.

Empat watak ninja remaja yang asalnya daripada seekor penyu di jaga dan dilatih oleh Sensei mereka yang merupakan seekor tikus.Sensei mereka bernama Splinter.Keempat -empat mereka pula dinamakan  DONATELLO,RAPHAEL,LEONARDO dan MICHAELANGELO.Apa yang lebih menarik pada versi 2014 kali ini adalah kewujudan kewujudan pelakon sensasi dan berbakat MEGAN FOX yang turut membintangi watak sebagai April O'Neil yang merupakan seorang wartawan yang kematian bapanya dalam satu kejadian.Dia kemudiannya cuba menumpukan cerita tentang Foot Clan yang akhirnya membawa dia kepada kebenaran disebalik kematian bapanya.Jalan cerita filem ini juga membawa penonton kepada perkaitan yang mana mengaitkan masa kecil April O'Neil dengan keempat - empat watak utama hero dalam filem ini.



Selain itu,watak The Stredder juga adalah antara yang paling menarik bagi saya dengan rekaan yang dimodenkan dengan sangat teliti dan berseni.Watak jahat kali ini juga tidak terlalu kaku.Saya paling menyukai beberapa babak pertempuan antara The Stredder dengan Keempat - empat hero di akhir cerita.Sangat berbeza berbanding dengan babak - babak dalam Teenage Mutant Ninja Turtles yang sebelum ini.

Sepanjang menonton cerita ini,benar - benar membuat saya mengimbau kenangan kanak - kanak saya lebih sepuluh tahun dahulu yang kini di mantapkan dalam filem - filem sebegini.Bagi saya,versi 2014 adalah yang setakat ini.

Apa ada sambungan nya nanti? sama - sama kita nantikan



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com