Wednesday, November 26, 2014

REVIEW : TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES 2014


TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE | Baru semalam saya berpeluang menonton  filem ni kat rumah.Kerinduan pada karekter kartun lagenda ini mendorong saya untuk menonton cerita ini dari mula sampai ending.Cerita ini sebelum ini banyak diterbitkan dalam pelbagai versi.Namun yang versi 2014 ini adalah yang terbaik setakat ini dengan kesan khas yang sangat menarik sepanjang filem.Dari satu babk ke satu babk tidak membosankan kerana gelagat keempat - empat karekter yang menghidupkan jalan cerita yang penuh aksi dan ragam.

Empat watak ninja remaja yang asalnya daripada seekor penyu di jaga dan dilatih oleh Sensei mereka yang merupakan seekor tikus.Sensei mereka bernama Splinter.Keempat -empat mereka pula dinamakan  DONATELLO,RAPHAEL,LEONARDO dan MICHAELANGELO.Apa yang lebih menarik pada versi 2014 kali ini adalah kewujudan kewujudan pelakon sensasi dan berbakat MEGAN FOX yang turut membintangi watak sebagai April O'Neil yang merupakan seorang wartawan yang kematian bapanya dalam satu kejadian.Dia kemudiannya cuba menumpukan cerita tentang Foot Clan yang akhirnya membawa dia kepada kebenaran disebalik kematian bapanya.Jalan cerita filem ini juga membawa penonton kepada perkaitan yang mana mengaitkan masa kecil April O'Neil dengan keempat - empat watak utama hero dalam filem ini.



Selain itu,watak The Stredder juga adalah antara yang paling menarik bagi saya dengan rekaan yang dimodenkan dengan sangat teliti dan berseni.Watak jahat kali ini juga tidak terlalu kaku.Saya paling menyukai beberapa babak pertempuan antara The Stredder dengan Keempat - empat hero di akhir cerita.Sangat berbeza berbanding dengan babak - babak dalam Teenage Mutant Ninja Turtles yang sebelum ini.

Sepanjang menonton cerita ini,benar - benar membuat saya mengimbau kenangan kanak - kanak saya lebih sepuluh tahun dahulu yang kini di mantapkan dalam filem - filem sebegini.Bagi saya,versi 2014 adalah yang setakat ini.

Apa ada sambungan nya nanti? sama - sama kita nantikan



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




 

No comments: