Wednesday, November 26, 2014

AMERIKA SYARIKAT : TUNJUK PERASAAN DAN RUSUHAN DI FERGUSON


MICHAEL BROWN

AMERIKA SYARIKAT | Satu lagi kejadian tembakan yang dilakukan oleh pegawai polis di Amerika Syarikat baru - baru ini mengundang kemarahan orang ramai berikutan tiada tindakan undang - undang yang diambil terhadap pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kematian seorang remaja kulit hitam,Michael Brown pada 9 Ogos yang lalu.Pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Michael adalah Darren Wilson.



Berikutan tiada sebarang tindakan undang - undang yang diambil untuk pembelaan terhadap kematian Michael.African - American bertindak menyelar tindakan pembunuhan itu sebagai kejam dan kini orang ramai bertindak pengadakan tentangan protest dengan tunjuk perasaan sekitar  Kawasan Ferguson.Laporan terbaru dari BBC mengatakan tunjuk perasaan merebak menjadi rusuhan apabila banyak kereta dibakar dan rumah - rumah kedai menjadi mangsa terhadap ketidak puasan hati masyarakat terhadap kejadian tembakan terhadap Michael


Laporan daripada Ketua Polis St.Louis menyatakan lebih dari 150 das tembakan dilakukan oleh perusuh sebagai tanda protest.

Pihak berkuasa juga telah menahan seramai 80 orang sepanjang malam.61 daripadanya disabit kesalahan merompak dan menceroboh.

Perusuh juga bertindak melemparkan pelbagai alatan termasuk botol kaca memaksa polis membalas dengan gas pemedih mata bagi meleraikan rusuhan,

 




Laporan setakat ini menyatakan tunjuk perasaan dan protest telah dimulakan oleh komuniti tempatan dari LOS ANGELES sehingga ke sekitar BANDARAYA NEW YORK.

Keluarga Michael Brown berada sangat kecewa dengan apa yang berlaku.Ditambah lagi dengan tiada sebarang pembelaan terhadap Michael Brown.


 

No comments: