Showing posts with label Kampung Kolong 2. Show all posts
Showing posts with label Kampung Kolong 2. Show all posts

24 June 2016

PERSEMBAHAN SILAT CHIMANDE JAWA DI KAMPUNG KOLONG 2, MATANG, KUCHING, SARAWAK


PERSEMBAHAN SILAT CHIMANDE JAWA DI KAMPUNG KOLONG 2, MATANG, KUCHING, SARAWAK


Sebelum ini saya pernah berkongsikan pengalaman pertama kali saya menghadiri Majlis Perkahwinan Saudara Andriano dan Nurul Fitri di Kampung Kolong 2 Matang , Kuching, Sarawak yang dilangsungkan dengan penuh adat istiadat Jawa dari keluarga pihak lelaki yang berketurunan Jawa.Sememangnya Majlis perkahwinan ini begitu menarik perhatian saya kerana ini pertama kali saya dapat melihat lebih dekat adat Masyarakat Jawa yang penuh dengan keunikan warisannya yang tersendiri.

BACA JUGA : MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.

Selain dari keindahan adat perkahwinan nya yang menampilkan adat - adat Jawa dan juga permainan gending gamelan Jawa.Pencak Silat Chimande Jawa merupakan salahs atu warisan seni yang sangat mengagumkan.Majlis Perkahwinan di Kampung Kolong 2 pada hari itu dirancakkan lagi dengan Persembahan Silat Chimande Jawa yang menyambut kedatangan Raja sehari yang disandingkan di atas pentas yang sangat indah.

Langkah,gerak,jurus dan lenggok tari silat pengantin Chimande Jawa pada hari itu mengangkat seri Majlis yang merupakan sebahagian dari adat dan warisan Jawa.

Sememangnya Masyarakat kita terutama di Nusantara khasnya kaya dengan pelbagai warisan dari nenek moyang kita yang sangat kita banggakan dan junjung agar masih terpelihara sehingga ke anak cucu kita sehingga berkurun lamanya.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my








07 June 2016

GAMELAN GENDING JAWA DI MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 , MATANG , KUCHING SARAWAK.


GAMELAN GENDING JAWA DI MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 , MATANG , KUCHING SARAWAK.



Masyarakat Jawa yang masih berpegang teguh pada adat jawa yang diwarisi sekian zaman.Salah satu ciri - ciri atau identiti Jawa adalah dari permaianan Gamelan Jawa selain dari pemakaian pakaian dan sebagainya.

Semasa jemputan ke Majlis perkahwinan Encik Andriano dan Nurul Fitri seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini salah satu yang sangat menarik bagi saya adalah permainan instrumental gamelan yang dimainkan oleh Kumpulan Sri Warisan yang terdiri dari anak - anak jati Kampung Kolong 2 yang menghidupkan suasana dan adat Jawa yang dijalankan sepanjang berlangsungnya majlis perkahwianan pada hari itu.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



30 May 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.


 MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.

Bismillahirrahmanirrahim...Subhanallah,Walhamdulillah,Laillahailalallah,Allahuakhbar.

Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih atas aluan dan jemputan dari Tuan Misno Sana serta Isteri ke Majlis Perkahwinan dan persandingan anakandanya Saudara Andriano dengan pasangannya Nurul Fitri yang berlangsung dengan meriahnya di Kampung Kolong 2 di Matang Kuching Sarawak semalam pada 29 Mei 2016,Hari Ahad.

Perkahwinan yang dilangsungkan dengan adat istiadat Jawa berlangsung tertib dan diserikan dengan persembahan silat dan paluan gending gamelan jawa yang dimainkan oleh kumpulan Sri Warisan yang terdiri dari anak - anak jati dari Kolong 2.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayanda pengantin lelaki Tuan Misno kerana saya berpeluan untuk menyaksikan dengan lebih dekat adat Masyarakat Jawa di Sarawak.Mungkin ini adalah kerana secara jujur saya juga merupakan keturunan separa Indonesia kerana ayah saya berasal dari Indonesia.Maka, sedikit sebanyak terdapat sedikit persamaan dengan adat perkahwinan yang saya pernah saksikan di kampung halaman ayahs aya pada tahun lepas contohnya perhiasan Janur ( hiasaan anyaman daun muda ) bagi menghiasi segenap ruang kawasan berlangsungnya perkahwinan.

BACA JUGA : MENUNGGU SENJA DAMAI MEI 2016 DI PANTAI PUTERI,SANTUBONG SARAWAK

Saya berasa amat senang sekali menghadiri majlis ini kerana ianya membuatkan saya sedikit merasa pulang ke kampung halaman ayah saya di Pulau Serasan.

Majlis Persandingan yang berlangsung dalam cuaca terang dan cerah ini turut dihadiri oleh barisan Tetamu Jemputan dari pelbagai Jabatan dan Organisasi.Selain itu kehadiran sanak saudara dan rakan sahabat handai samaada dari  pihak kedua pengantin dan juga selaku Tuan Rumah, Tuan Misno turut meramai dan memeriahkan Majlis persandingan pada hari yang sungguh indah itu.


Namun atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa meninggalkan majlis lebih awal padahal kalau diikutkan saya teringin sangat menyaksikan adat perkahwinan sehingga selesai.

Walaubagaimana pun saya mendoakan

Semoga Allah memberkati dan merahmati kedua pasangan pengantin dan seluruh ahli keluarga kedua mempelai.
Semoga rumah tangga yang dipayungi Allah swt berkekalan sampai kiamat.
Semoga Allah melimpahkan seluruh rezeki .
Semoga Allah mengurnikan zuriat - zuriat yang mursyid.
Semoga Allah menjadikan keturunan yang berjaya di Dunia dan sempurna di Akhirat.
" Jaya - jaya sempurna jaya"

Lillahirobbilal alamin.

Tahniah kepada Tuan Misno Sana..Selamat menerima menantu..
Tahniah kepada kedua pasangan.Andriano dan Nurul Fitri.selamat pengantin baru...

Sembah hormat,kemurnian adat,kemesraan Sillaturrahim dan Limpah Rahmat Berkat Gusti Allah.


ACARA PENYAMBUT TETAMU KE MAJLIS PERSANDINGAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI





































KETIBAAN PASANGAN PENGANTIN KE MAJLIS PERSANDINGAN






















































UPACARA MENEPUNG TAWAR DAN MERENJIS MAWAR BAGI MENDOAKAN KEDUA PASANGAN PENGANTIN







































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my