Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

22 April 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H / 2023H

 

Bismillahirrahmanirrahim,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M.

Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillallah, AllahuAkhbar.

Sepuluh jari saya susun memohon ampun maaf atas segala silap dan salah samaada dari tutur lisan dan perbuatan perlakuan.
Ampuni saya,
Doakan saya,
Restui saya,
zahir dan batin 
Dunia dan akhirat.

Semoga Ibadah Puasa dan Aidilfitri menjadikan kita insan manusia yang lebih bersyukur dan tawadduk dalam menjalani amal ibadah, amal kebajikan dan amal kehidupan.
Semoga ianya makin mendekatkan kita pada Allah Swt.
Semoga Allah swt memberikan kita petunjuk dan kemenangan layaknya rasul- rasul dan mereka yang sebelum kita kita.
Semoga Allah swt angkat segala beban dan penyakit serta dosa dosa kita.
Semoga Allah swt menyatukan dan mengukuhkan silaturrahim sesama kita.
Semoga Allah, sempurnakan tauhid, iman taqwa, amal ibadah dan amal kebajikan.

Amin Ya Rabbal Alamin.
WalhamdulillahirobbilAlamin.






AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

16 July 2019

SKETSA BEBAS CUKAI MIX DEPARTMENT SEMEPAK PIPI DAN MAJLIS RAMAH TAMAH GAWAI RAYA 2019 JKDM SARAWAK


SKETSA BEBAS CUKAI MIX DEPARTMENT SEMEPAK PIPI DAN MAJLIS RAMAH TAMAH GAWAI RAYA 2019 JKDM SARAWAK.

14 Julai 2019 Hari Ahad telah berlangsung Majlis Ramah Tamah Gawai Raya 2019 JKDM Kuching Sarawak yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama Kuching Sarawak. Majlis yang berlangsung telah dirasmikan oleh Speaker DUN ( Dewan Undangan Negeri ) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar .

Turut hadir Menteri Muda Perusahaan Kecil, Sederhana dan Usahawan merangkap Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais diiiringi Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha bersama tetamu - tetamu kehormat yang lain.


SKETSA BEBAS CUKAI MIX DEPARTMENT SEMEPAK PIPI 

Paling menarik semestinya persembahan dari kami yang mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Gawai Raya yang. Sketsa yang menceritakan tentang Kisah Sebuah keluarga dari Kampung Semepak Pipi yang terdiri perkahwinan campur Ngumbang Randau Anak Mundaw Noyem atau nama Islamnya Jalil yang merupakan seorang bidayuh inban dengan pasangannya Milah anak Makcik Lina Pompom.

Sketsa pada malam itu dihidupkan dengan penceritaan dari Joyah Spot yang menceritakan jalan jalan penceritaan sepanjang sketsa.Sketsa yang menyelitkan beberapa buah lagu turut diserikan dengan persembahan tarian dari penari - penari yang didatangkan khas dari JKDM Kuching.

Komedi dalam sketsa juga diserikan dengan slot Mak Cik Bawang yang menampilkan pasangan Kak Aji dan Minot selain dari pasangan romantik Santesh dan Amalina.

Syabas dan Tahniah kepada Semua ahli team Sketsa Bebas Cukai  Mix Department yang mana usaha kami bertungkus lumus dengan latihan dan persiapan bagi memastikan persembahan terbaik lagi sebaik mungkin di majlis yang berlangsung.



GERAI ( STALL ) BAHAGIAN CDN SEMPENA MAJLIS RAMAH TAMAH GAWAI RAYA JKDM SARAWAK

Selain itu, tidak lupa kapada mereka yang terlibat dalam Penyediaan Geraui ( Stall ) Bahagian CDN pada Majlis tersembut yang turut menjalinkan usaha sebaik mungkin dalam menghias stall atau gerai Bahagian CDN dan penyediaan makanan pada majlis tersebut.

Seterusnya adalah gambar - gambar yang sempat saya kumpul dan saya kongsikan untuk disimpan di post kali ini.

Semoga menjadi kenangan yang abadi.








 


 









 










 








  






















 








 


 







 



  












  


























  













  



 











































            


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my