INDAHNYA CINTA
adalah sebahagian perjalanannya.
AZLAN RUMADI
RASA DAN KURNIA
Gundah,
Kau menari dijiwa,
Merobek dada ku.
Resah,
Kau hujani,
Kau racuni,
akal fikirku,
Gejolak,
Kau khayalkan ku,
Aku melayang dibalik angan.
Rindu.
Kau berhembus pilu,
Aku menghitung waktu.
Asmara.
Kau yang menggetar diantara rasa kasih dan cinta,
Aku idamkan damai bahagia,
Redha,
Kau tetap mengadap Tuhan semata mata,
Aku berserah dalam daya seorang hamba.
Cinta,
Kau yang unggul dan istimewa,
Aku pertaruhkan rasa dalam nyawa.
Segalanya,Menyatu,
Doa, Menyata,
Rasa,Kurnia
Aku,padamu
Kamu,seadanya.
08022018, Khamis.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
TERSEMBUNYI
Terkadang kuingin menyendiri
Mencari kedamaian dihati
Disatu tempat tersembunyi
Disana tiada siapa
Yang mengetahuiku dimana
Walau hanya seketika
Biarlah kumerasa tenang
Usahlah menjadi pencari
Berikanlah kusedikit ruang
Disini kuterdampar dibelenggu
Bagaikan arang kayu
Akhirnya mereput disitu
Disebalik kaca berhias
Retak berkecai terhempas
Begitulah hatiku kini terguris
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
#GadisDiBalikBulan