Thursday, February 08, 2018

RASA DAN KURNIA

RASA DAN KURNIA

Gundah,
Kau menari dijiwa,
Merobek dada ku.

Resah,
Kau hujani,
Kau racuni,
akal fikirku,

Gejolak,
Kau khayalkan ku,
Aku melayang dibalik angan.

Rindu.
Kau berhembus pilu,
Aku menghitung waktu.

Asmara.
Kau yang menggetar diantara rasa kasih dan cinta,
Aku idamkan damai bahagia,

Redha,
Kau tetap mengadap Tuhan semata mata,
Aku berserah dalam daya seorang hamba.

Cinta,
Kau yang unggul dan istimewa,
Aku pertaruhkan rasa dalam nyawa.

Segalanya,Menyatu,
Doa, Menyata,
Rasa,Kurnia
Aku,padamu
Kamu,seadanya.

08022018, Khamis.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: