Thursday, February 08, 2018

BUATMU, AKU MENDOAKAN.

BUATMU, AKU MENDOAKAN.

Ku pertaruhkan rasaku dalam titip dan mohon doa kepadaNya.
Moga damai,sejahtera bersama hari hari kau lalui,
Berteman nafas dan degup jantung.
Rasa ini takkan pernah berakhir,
Kerana aku ingin selalu menjadi seperti mentari yang memancar dan menerangimu seadanya,
Sementara kau yang seperti indah bulan malam yang gemerlap berhias kelip bintang,
Menjadikan bait bait indah dalam sajak cinta.
Kau yang dingin dibalik segunung rasa,
Menggoncang benak jiwa,
Menggetar asmara semalam yang penuh gemilang,
Pesonanya kekal memukauku dalam kerinduan yang tiada pernah untuk berakhir.
Kerana kamu adalah kamu.
Kerana kamu hanya dirimu
sementara aku tetap diriku.
Kadangku memutuskan untuk rela pada rasa dijiwa.
Meleburkan keras egoku selunaknya walau bersimbah bahang dan ona.

Aku hanyalah insan yang biasa,
Tiada apa apa,
Mengejar mulia,
Mencari damai bahagia,
Punya rasa kasih,sayang dan cinta dalam nyata dan rahsia.

Buat kamu, aku berdoa.
Buat dirimu.Selamanya

08022018,Khamis.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: