Showing posts with label Spaoh. Show all posts
Showing posts with label Spaoh. Show all posts

09 December 2015

SEKITAR PESTA MINI REGATTA KAMPUNG SPAOH,SARAWAK 2015



SEKITAR PESTA MINI REGATTA KAMPUNG SPAOH,SARAWAK 2015

Hujung minggu yang lepas telah berlangsung Pesta Mini Regatta di Kampung Spaoh yang terletak di Bahagian Betong,Sarawak.Pesta ini berlangsung dengan meriah dengan beberapa program dan aturcara yang dirancang dan dilaksanakan oleh penganjur.

Pesta ini juga dimeriahkan dengan jualan - jualan di sepanjang kawasan yang telah ditetapkan oleh penganjur di sekitar kawasan tapak berlangsungnya pesta tersebut.

Selain itu, program utama di Pesta itu adalah Acara Lumba Perahu yang melibatkan pesert - peserta yang datang dari kampung - kampung sekitar dan juga kelab - kelab Perahu Lumba dari pelbagai tempat untuk datang menyertai perlumbaan untuk merebut hadiah - hadiah lumayan yang disediakan untuk pemenang.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kampung halaman saya iaitu Kampung Pusa saya sempat singgah di tapak Pesta ini untuk melihat acara - acara yang sedang dijalankan.

Hasilnya adalah gambar - gambar berikut yang saya ingin kongsikan kepada anda.Tak banyak gambar namun cukup untuk menggamit rasa untuk memgujungi pesta yang seterusnya.. hehehe..



 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



10 September 2015

THREE SIXTY SAMBIL JALAN - JALAN SANTAI DI SPAOH,BETONG,SARAWAK


THREE SIXTY SAMBIL JALAN - JALAN SANTAI DI SPAOH,BETONG,SARAWAK
Spaoh merupakan salah satu daerah yang terdapat di Bahagian Betong,Negeri Sarawak.Pada hujung minggu yang lepas,pada masa itu kebetulan saya pulang kampung ke halaman saya di Kampung Pusa,tapi di Kampung Pusa menghadapi gangguan eletrik sehingga petang atas sebab pihak SESCO sedang membuat penyelenggaraan di kawasan berdekatan.Oleh itu,kesempatan ini saya ambil untuk mengajak ibu saya untuk bersiar siar sambil mendinginkan badan dengan penghawa dingin dalam kereta..Alkisahnya......
Jalan punya jalan.. sampailah di Pasar Spaoh.

Seingat saya agak lama sudah tidak berkunjung ke sini....semenjak kali terakhir berkunjung ke sini saya saya melihat banyak perubahan dan pembangunan yang dijalankan di sini.

Alang - alang dah terbawa diri ke sini,saya dan ibu saya singgah di Pasar Spaoh nak meninjau dan melihat apa yang terdapat dijual di satu deretan Stall - stall di tepi jalan berdekatan dengan pasar Spaoh ni..






Beginilah stall yang saya maksudkan...
antara yang di jual di sini terdapat kuih muih,cucur-cucur dan juga sayur - sayuran dan terdapat panggang - panggang ayam.Macam macam ada...

Jom kita lihat....







Terdapat kuih muih yang dijual untuk mereka yang mencari juadah minum petang.Kuih melaka ada,Karipap ada...cucur ada... dan macam macam lagi... cupcake pun ada......












Sayur - sayuran yang dijual di sini








Memandangkan cuaca pun agak panas ketika itu... saya ternampaklah sebuah warung yang berdekatan.
Maaflah saya tak tahu nama warung ini..penduduk tempatan mungkin tahu nama warung ni....hehehe



Dalam warung ini terdapat sebuah stall yang turut menjual pelbagai juadah makanan untuk minum minum petang...juga terdapat... ABC =  Air Batu Campur.. macam best je...




Cucur merupakan antara juadah minum petang yang menjadi kegemaran orang negeri Sarawak oi... di mana mana kita akan dapat melihat Cucur - cucur dan goreng - goreng menjadi pilihan untuk minum petang di sini.


SIAP ! cucur keladi menjadi pilihan saya dan ibu saya pada petang itu.. enak lagi sedap kalau di makan panas panas.. saya lebih suka kalau cecah dengan sos cili atau dengan gula apong...atau... susu krim.... heheheh.....

BISMILLAH


Juga,terdapat...goreng tulang ayam... hahhaha...bukan pelik tapi inilah antara yang palling saya sukai....di mana  - mana saya akan beli......memang sedap... cuba dulu baru tahu.....


 AIR BATU CAMPUR ( A B C ) VERSI SPAOH

ABC ini yang menjadi penarik tekak saya ditengah - tengah cuaca panas ini.Apa pun selepas menikmati.. tak rugi menuba..memang sedap.. saya bagi markah 8/10....memang sedap.. mak saya pun puji....tak rugi mencuba... dan kalau ada masa ke Spaoh.. akan cuba lagi..... heheheh....


  
 

  
 SEKALI SEKALA THREESIXTY KAWASAN SEKITAR RUPANYA BANYAJ TEMPAT YANG TAK PERGI LAGI....

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my