Showing posts with label Weight Loss. Show all posts
Showing posts with label Weight Loss. Show all posts

15 January 2016

KHLOE KARDASHIAN BERKONGSIKAN 5 TIPS MUDAH YANG MEMBANTU BELIAU MENGURANGKAN BERAT BADAN SEHINGGA 40 POUND


KHLOE KARDASHIAN BERKONGSIKAN 5 TIPS MUDAH YANG MEMBANTU BELIAU MENGURANGKAN BERAT BADAN SEHINGGA 40 POUND

Khloe Kardashian atau nama penuh beliau Kloe Alexandra Kardashian merupakan bintang rancangan reality yang tidak asing lagi semenjak muncul pada pertama kali menerusi rancangan realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians.

Beliau lahir di Los Angeles,California pada 27 Jun 1984.Beliau mempunyai dua orang kak iaitu Kortney dan Kim.Beliau telah berkahwin dengan bintang sukan Bola keranjang Lamar Odom pada September 2009 sebulan selepas pertemuan mereka.

baru - baru ini Khloe Kardishian membuat penampilan yang mengejutkan dengan penampilan baru yang agak langsing menjadikan beliau melonjak ke carta teratas dalam caian internet seluruh dunia.

Penurunan dan perubahan bentuk badan beliau menjadi inspirasi dan motivasi kepada ramai pihak seterusnya menjadikan beliau buruan para wartawan yang ingin mengetahui rahsia penurunan berat badan beliau.

Semasa temu ramah bersama Khloe oleh beberapa wartawan dan media,beliau sempat memberikan tips - tips yang berguna yang menjadi asas dalam usaha beliau mencapai antara bentuk tubuh yang menjadi idaman dan igauan para lelaki di seluruh dunia.

terdapat 5 tips penting yang beliau kongsikan seperti berikut.

1. SNEK SIHAT,BERKHASIAT DAN MUDAH.

Ketika lapar beliau sentiasa menyediakan snek yang berkhasiat ketika lapar.Jika sebelum ini beliau sering dan gemar memilih snek seperti cookies berbanding potongan sayuran namun sekarang tiada lagi alasan untuk beliau mengubah kepada snek yang lebih sihat malah lebih baik untuk kesihatan dan tubuh badan.

2. MEMINUM BANYAK AIR

Beliau menjelaskan air banyak membantu membersih dan menyingkirkan apa - apa yang tidak diperlukan dalam badan.Selain itu,ianya amat baik untuk kesihatan dan menjadikan hari - hari anda bertambah baik.Sambil bergurau beliau menjelaskan sepanjang di Hospital pada masa yang lalu, beliau hanya meminum air seperti ikan.hehe..

3.  MENGEHADKAN PENGMBILAN MAKANAN SEMASA KELUAR

Kehidupan beliau yang melibatkan pertemuan dengan ramai orang adalah tidak dapat dielakkan.malah beliau mengakui beliau ada kalanya akan mengambil makanan seperti pizza atau kek termasuk juga M & M malah beliau sekali sekala akan minum namun jumlah nya dikurangkan kepada hanya segelas dua dan amatlah perlu untuk mengenalpasti batas pengambilannya mengikut keperluan badan.

4. KELANGSUNGAN USAHA DENGAN PENGAMBILAN MAKANA POST - WORKOUT

Beliau banyak mengamalkan pengambilan pelbagai buah - buahan dalam membantu diet beliau.Selain itu beliau sentiasa memastikan Protein Shake sentiasa dalam kereta nya setiap kali beliau hendak ke gym untuk melakukan senaman.Beliau membiasakan diri dengannya sebagai sebahagian rutin dalam membantu beliau menjayakan diet beliau sehinggakan beliau tidak dapat menjauhkannya dan akan merasa sesuatu yang kurang sekiranya ianya tertinggal atau terlupa.Hmmmmm..

5. FOKUS KEPADA PEMIKIRAN GAYA HIDUP YANG LEBIH BAIK.

Beliau menjelaskan beliau mempunyai masa panjang yang lebih baik ketika di Gym berbanding dengan masa panjang beliau berada di kedai Pizza.Maksudnya,beliau menjelaskan supaya kita memilih secara bijak dengan mempertimbangkan di mana anda merasa lebih baik dan sihat dalam kehidupan anda dengan mengambil kira tempat - tempat yang mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri anda.

  sumber



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



07 October 2015

10 RESEPI SMOOTHIES BERKHASIAT DAN 10 HARI PELAN DETOX BERKESAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA


 10 RESEPI SMOOTHIES BERKHASIAT DAN 10 HARI HARI PELAN DETOX BERKESAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA

Terdapat pelbagai idea pelan pengambilan makanan bagi mereka yang dalam usaha untuk menurnkan berat badan anda untuk mencapat tahap kesihatan serta mendapatkan bentuk saiz dan bentuk badan yang diingini.Pelan pengambilan pemakanan yang diambil mengambil kira pelbagai nutrisi yang mengikut keperluan pelan pengambilan makanan bagi memastikan keberkesanan pelan penurunan berat badan yang sedang dijalankan.

Pengambilan makanan yang betul dan tepat akan menentukan tahap keberkesanan pelan penurunan pemakanan yang kamu sedang jalani kemudian disokong oleh sikap dan disiplin dalam pengambilan makanan yang lain.Sebagai contoh mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak dan memperbanyakkan makanan yang mengandungi zat vitamin dan serat seperti sayuran dan buah - buahan untuk menjalankan fungsi sampingan membantu dalam proses membakar lemak dalam badan.

Selain itu,aktiviti - aktiviti senaman dan fizikal perlu dipergiat dan dipertingkatkan untuk menyingkirkan lebihan lemak dalam badan bagi mendapatkan bentuk badan yang mantap serta mencapai berat badan yang ideal untuk kesihatan anda.

Berikut saya kongsikan beberapa idea resepi Smoothies yang sangat berkhasiat untuk dimasukkan dalam pelan 10 hari untuk menurunkan berat badan.Dicadangkan anda mengambil Smoothies ini pada waktu pagi untuk meningkatkan pelan penurunan berat badan anda disamping memberikan anda diet sihat yang menyegarkan anda sepanjang hari.

HARI PERTAMA


HARI KEDUA


 HARI KETIGA


 HARI KEEMPAT


 HARI KELIMA


HARI KEENAM


 HARI KETUJUH


 HARI KELAPAN


 HARI KESEMBILAN


 HARI KESEPULUH


 RESEPI BONUS DETOX BERKHASIAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN

Seterusnya saya kongsikan juga resepi bonus detox yang sangat berkhasiat untuk menurunkan berat badan anda.Selain itu,anda juga boleh menggunakan kreativiti anda untuk mempelbagaikan ramuan dan bahan - bahan yang boleh dimasukkan dalam resepi anda mengikut citarasa masing - masing.

Apa yang penting? ramuan dan bahan yang digunakan adalah susuatu yang menyihatkan.









MULAKAN HARI INI UNTUK HARI ESOK

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


30 June 2015

8 RESEPI MUDAH UNTUK DETOKS



Anda mungkin juga meminati : CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX 

8 RESEPI MUDAH UNTUK DETOKS

1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.






SUMBER DI SINI

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
SELAMAT MENCUBA

AZLANRUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com






23 April 2015

61 CARA - CARA YANG BERKESAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN





 

"Suatu Perubahan kecil boleh membawa kepada keputusan yang benar-benar hebat "

Saya Percaya ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk menurunkan berat badan dengan matlamat mendapatkan bentuk tubuh badan yang diiginkan disamping mencapai tahap kesihatan yang memuaskan.Selain itu, ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menjalani kehidupan seharian disamping memudahkan kita melakukan aktiviti seharian.Maakala bagi sesetengah mereka diluar sana menetapkan objektif untuk mengekalkan tahap fitness atau kecergasan untuk kepuasan diri sehingga ramai yang melanjutkan penjagaan badan keperingkat bina badan sehingga ke tahap professional.

Jika difikirkan bukanlah terlalu sukar untuk kita menurunkan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan setiap orang.Apa yang penting adalah daya disiplin yang tinggi dalam penjagaan diet dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul.

Berikut adalah 61 cara bagaimana anda boleh menurunkan berat badan anda.

1. MATLAMAT YANG JELAS.  

Setiap orang perlu tahu matlamat masing masing dan beregang teguh pada prinsip disiplin untuk mencapai matlamat yang diinginkan.Sebelum memulakan sesuatu tetapkan matlamat (GOAL ) anda dan tanya diri anda,apa sasaran dan matlamat diri kita.Semsti untuk menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.

2. AMALKAN MINUM TEH

.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum teh hitam, hijau, atau putih, selagi ianya dari teh yang sebenar berbanding herba teh mempunyai tahap BMIs lebih rendah dan mempunyai lemak badan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak atau jarang mengamalkan minuman teh.

3. MENGAMALKAN MAKAN CILI MERAH.

 Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa berbanding dengan plasebo, capsaicin iaitu sejenis bahan aktif  dalam cili merah mampu meningkatkan pembakaran lemak dalam badan.

4. MENGURANG ATAU MENGHAPUSKAN PENGGUNAAN KARBOHIDRAT DIPROSES.

Elakkan pengambilan karbohidrat yang diproses seperti dalam makanan ringan dan sejenis dengannya.Sebolehnya Amalkan pengambilan makan organik yang belum diproses.Ianya jauh lebih baik untuk kesihatan anda

5.MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR - SAYURAN.

Warna hari anda dengan pengambilan sayur - sayuran yang segar dan hijau.Ianya makanan yang rendah kalori.Elakkan pengambilan "dressing" yang mempunyai kalori yang tinggi.Memakan sayur - sayuran mampu mempercepatkan penurunan berat badan kerana ianya mempunyai kandungan serat yang tinggi.

6. MAKAN LEBIH BUAH - BUAHAN.  

Tak pernah lagi kita mendengar pengambilan buah - buahan boleh meningkatkan berat badan.walaupun pengambilan makanan yang mempunyai tahap gula yang tinggi seperti Pisang dan tembikai.Seperti sayuran buah - buahan mampu memberikan makanan yan tinggi serat untuk meningkatkan penurunan badan.

7. ANGKAT BERAT

 Pada masa sekarang gimnasium mudah untuk didapati dimana - mana tempat untuk kita membuat aktiviti angkat berat.Dengan membina otot yang kental pada tubuh badan ianya membantu membakar lebih kalori dalam badan. 
 
8. KURANGKAN WAKTU REHAT . Bunyinya mungkin agak pelik tapi inilah kenyataannya.Waktu rehat yang lazimnya didefinisikan dengan tidur menjadikan kita seorang yang malas dan kurang aktif.Dengan mengurangkan waktu rehat,Ini akan mengekalkan denyutan jantung anda tinggi menyebabkan peningkatan dalam kalori yang dibakar.


9. BUAT SELANG.

Kajian demi kajian yang dibuat menunjukkan dengan aktiviti yang di buat berselang seli berbanding dengan aktiviti yang di buat berterusan menunjukkan lebih keberkesanan dan mengurusan masa yang lebih cekap.

10. MAKAN LEBIH BANYAK PROTEIN

Menggantikan karbohidrat  dengan protein tanpa lemak bukan sahaja akan membantu anda mencapai kesan yang memuaskan, tetapi turut membantu meningkatkan metabolisme anda.Malah pengambilan protein untuk menggantikan karbohidrat secara faktanya adalah jauh lebih baik

11. MAKAN PROTEIN LEBIH KERAP

Adalah lebih baik untuk mengambil lebih banyak protein dalam zat makan yang kita ambil dalam seharian.Tetapkan dalam setiap menu harian anda untuk meletakkan makanan yang berprotein untuk memastikan anda mengambil protein yang lebih untuk tubuh badan.Ini termasuk mengamalkan pengambilan zat ini dalam majlis majlis makan malam dan sebagainya.

12. KELEBIHAN MINYAK IKAN

.Satu kajian yang diterbitkan dalam Lipids meunjukkan dengan meningkatkan pengambilan EPA dan DHA - atau minyak ikan,Para penyelidik mendapati kandungan OMEGA-3 dalam minyak ikan mengurangkan kadar lemak dalam tubuh badan.

13. LAKUKAN SENAMAN BADAN YANG MENYELURUH.

 Fikirkan: squats, deadlifts, chinups, dan pushups. Anda akan mendapat lebih manfaat dalam setiap bentuk senaman yang anda lakukan.

14.PENGAMBILAN KARBOHIDRAT MENGIKUT KESESUAIAN AKTIVITI ANDA

Karbohidrat adalah antara zat yang penting. Namun pengambilan karbohidrat haruslah mengikut kesesuaian aktiviti seharian anda.Anda boleh mengurangkan pengambilan karbohidrat semasa hari anda kurang melakukan senaman.Seterusnya, anda boleh meningkatkan pengambilan karbohidrat semasa hari anda melakukan senaman bagi mengekalkan bekalan tenaga kepada fikizal anda.


15. MEMULAKAN HARI DENGAN SALAD.
 Salad akan membantu anda mengurangkan tahap kalori dalam pengambilan makan anda.Terdapat kajian mengatakan pengambilan salad juga mampu meningkatkan tahap kesihatan dengan membekalkan lebih vitamin.

16.AMBIL LEBIH SERAT/FIBER.


Bayangkan pengambilan serat adalah umpama span yang akan menyerap air dalam tubuh badan anda serta membuatkan anda kekenyangan sepanjang hari.

17. MINUM LEBIH AIR.
 Profesor Dr Brenda Davy dan Pasukan beliau dari Virginia Tech University mendapati bahawa pengambilan 2 cawan air sebelum setiap waktu makan menyebabkan mampu membantu pengurangan berat badan yang lebih berkesan selepas 12 minggu.
 
18. TAMBAHKAN KEKACANG DALAM SALAD.

 Ia adalah cara yang baik untuk menambah beberapa tambahan serat, protein, dan karbohidrat yang sihat.

19. LEBIHKAN PENGAMBILAN SALAD DAN PROTEIN TANPA LEMAK DALAM HIDANGAN.

Ini adalah cara yang mudah untuk segera memperbaiki diet anda.

20. BUAT JURNAL MAKANAN.

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan perkara ini.Tapi percayalah,tidak ada cara yang lebih baik untuk mengesan apa yang anda makan dan suapkan kemulut anda setiap hari.

21. IKUT SAIZ HIDANGAN YANG DITETAPKAN.

Amalkan membaca label nutrisi yang dipaparkan dibungkusan makan yang kita ambil. Ini akan memastikan anda mengetahui kandungan nutrisi makanan tersebut dan mengethui saiz hidangan yang disyorkan.

22.TUKAR KEPADA MINUMAN BEBAS KALORI.

Seeloknya,kira semua pengambilan kalori dalam sehari anda, sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal.Berbanding susu rendah lemak, hidangan teh atau air ataupun  lemon dan air panas adalah lebih baik.

23. TIMBANG BERAT

Ini banyak membantu anda dalam mengukur tahap keberkesanan program penurunan berat badan anda.Bentuk pengawasan berat badan membantu anda membuat perancangan dan strategi yang seterusnya untuk usaha menurunkan berat badan anda.

24. PENGAMBILAN TELUR.

Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan telur berbanding bagel untuk sarapan pagi mengurangkan makan pada waktu makan seterusnya. Satu kajian yang sama menunjukkan makan telur meningkatkan HDL (baik) kolesterol.

25.PENGAMBILAN SARAPAN.

 Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa mereka yangmengambil sarapan pagi lebih berjaya mengekalkan beratbadan ideal dalam jangka panjang Penyelidikan yang lain telah menunjukkan yang sama untuk penurunan berat badan. Rebutlah telur rebus, telur, yogurt , sekeping buah-buahan dan segenggam kacang, atau membuat smoothie. 

26. MENGAMBIL SEBAHAGIAN MAKANAN ANDA DI WAKTU PAGI

Kemudian anda boleh mengurangkan pengambilan makan sepanjang hari. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan bahawa makan sebahagian besar kalori anda pada awal hari ini secara positif mempengaruhi perubahan berat badan.

27. BERDIRI TEGAK UNTUK MEMBAKAR LEBIH BANYAK KALORI

Ini bermakna tidak duduk di depan komputer, TV, telefon, dan lain-lain sepanjang hari. Berdiri tegak dan anda akan membakar lebih banyak dan menjadi lebih produktif.

28. AMALKAN PENGGUNAAN TANGGA.

Elakkan menggunakan eskalator dan lif. Ini akan sedikit sebanyak membantu anda mencapai sasaran penurunan berat badan.

29.MAKANAN BERAT YANG KURANG KARBOHIDRAT.

Makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan lebih rendah kalori seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sup, dan salad. Kajian di Penn State University telah menunjukkan bahawa kemasukan makanan ini membantu individu makan kurang jumlah kalori secara keseluruhannya.

30. ELAKKAN MAKANAN RINGAN MURAHAN.

 Jika anda lakukan ini, anda akan membeli segala-galanya yang semestinya nampak menyelerakan dan ini membuatkan anda lari daripada  senarai diet anda. Selain itu,pengambilan makanan seperti ini akan mencacatkan atau memusnahkan sama sekali program penurunan berat badan anda.

31. GANTIKAN HIDANGAN SAMPINGAN DENGAN SAYUR KUKUS

. Restoran sering akan membolehkan anda untuk menggantikan kentang goreng atau kerepek dengan sayur-sayuran kukus. Apa yang anda perlu lakukan adalah bertanya.

32. BAKAR,JANGAN GORENG

Menggantikan cara memasak secara goreng dengan bakar mampu mengurangkan pengambilan makanan berlemak.

33. GUNAKAN GRILL SEBAGAI PEMBAKAR LEMAK.


34. ASINGKAN "DRESSING" DENGAN SALAD.

Pengambilan dressing dalam salad selalu dikaitkan dengan pengambilan kalori yang tinggi.Bagaimana cara yang sebetulnya ? celupkan garpu anda ke dalam dressing dan baru anda mengambil salad anda.Dengan ini anda mampu mengurangkan pengambilan kalori secara berkesan.

35.DI LAPANGAN TERBANG

Sebagai komitmen anda dalam penurunkan berat badan bimbit beg bagasi anda.Bukannya menyeretkan beg anda walaupun adanya kemudahan roda pada beg bagasi anda.Ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencapai matlamat penurunan berat badan anda.

 36. ELAKKAN KOPI DALAM BENTUK "Venti latte" DAN PILIH KOPI YANG SEBENAR. (Atau lebih baik lagi, teh.)
Kopi mampu memberikan 500 atau lebih kalori dalam setiap hidangan.

37. PENGAMBILAN OAT

Pengambilan oat bukan sahaja membantu mengurangkan mengambilan kalori anda malah kaya dengan serat yang membantu menurunkan berat anda jika diamalkan berterusan.

38. AMALKAN GAYA HIDUP AKTIF


Jangan biarkan dalam sehari hidup anda tanpa sebarang aktiviti.Buat perancangan aktiviti untuk sehari anda untuk memasktikan fizikal anda sentiasa bergerak dan aktif.


39. KERAP KETAWA.

 Satu kajian yang dibentangkan pada Kongres Eropah berkenaan Obesiti mendapati mereka yang ketawa kuat selama kira-kira 10 minit sehingga 15 setiap hari membakar lebih 10 hingga 40 kalori setiap hari. Jika di darab dengan 365 kalori bayangkan berapa kalori yang anda boleh bakar dalam masa setahun.

40. TINGGALKAN SEDIKIT MAKANAN SELESAI ANDA MENIKMATI HIDANGAN ANDA.


41. APABILA ANDA KELUAR MAKAN,BAHAGIKAN MAKANAN ANDA MENGIKUT KEPERLUAN BADAN.


Boleh dikatakan kebanyakan saiz hidangan di luar sana adalah lebih besar daripada yang sepatutnya.Jadi ambil sedikit masa untuk membahagikan hidangan tersebut dalam skala yang lebih kecil bagi mengelakkan pengambilan yang melebihi keperluan badan.

42.ELAKKAN PENCUCI MULUT.


43.ELAKKAN ATAU KURANGKAN BERSOSIAL DI MEJA MAKAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS.

 Anda akan lebih mudah untuk mengunyah tanpa berfikir, walaupun anda mungkin tidak lapar.

44.JANGAN MAKAN LEBIHAN MAKANAN ORANG LAIN.

Setiap kali keluar makan diluar sana, semestinya akan ada antara rakan anda dari jenis yangkurang makan menawarkan anda untuk menghabiskan makanan mereka yang kebiasaannya memberi alasan makan tersebut terlalu banyak atau sudah kenyang.Jadi anda perlu mengelak daripada menghancurkan program anda.

45. JADIKAN RUMAH SEBAGAI KAWASAN LARANGAN CIP DAN MAKAN RINGAN .

 Ini bukan soal tekad ataupun situasi yang nampak terlalu terdesak.ia mengenai realistik bahawa kebanyakan makanan tersebut langsung tidak memberikan kebaikan kepada kesihatan dan tubuh badan anda.

46. ​​BERJALAN - JALAN BERSAMA HAIWAN PELIHARAAN.

 Luangkan masa anda untuk berjalan - jalan bersama haiwan peliharaan anda.Ini boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua - dua pihak.Ini juga boleh mengeratkan hubungan tuan dengan haiwan peliharaan dengan melakukan aktiviti bersama.

47. SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI HAIWAN PELIHARAAN,LUANGKAN MASA UNTUK BERMAIN DENGAN HAIWAN PELIHARAAN JIRAN - JIRAN.Jalinkan persahabatan,eratkan kejiranan dan turunkan berat badan.



48. GUNAKAN PINGGAN DAN MANGKUK YANG LEBIH KECIL

Dengan ini anda mampu mengawal kuantiti makanan yang anda ambil bagi mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.Antara Strategi kawalan yang sangat berkesan.

49.ELLAKAN BUFFET

Ellakan membazirkan sebahagian wang untuk mendapatkan makanan secara berlebihan.Dengan mengelakkan buffet anda mampu menjimatkan sebahagian wang yang mana anda boleh gunakan sesuatu yang lebih perlu

50. MAKAN SECARA PERLAHAN.

Secara amnya perut mengambil masa 15-20 minit untuk menghadam makanan yang anda makan.Makanlah secara perlahan dan tenang.

51. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN KEPADA 100 KALORI SEHARI.

Secara teorinya pengurunan 1 pound  adalah bersamaan 3500 kalori ( 1 Pound = 3500 kalori ) dengan
Dengan kerja keras anda.

52. BELI ALAT MENGUKUR LANGKAHAN KAKI.PASTIKAN MEMBUAT 10,000 LANGKAHAN SETIAP HARI.


53. JIKA BOLEH,LAKUKAN TUGASAN DAN AKTIVITI ANDA DENGAN BERBASIKAL ATAU BERJALAN KAKI.


54. JANGAN MEMBELI SECARA PUKAL,SEMAKIN BANYAK YANG ANDA BELI, SEMAKIN BANYAK YANG ANDA AKAN MAKAN.

 
55.BUAT PERANCANGAN RAPI.SEKIRANYA ANDA GAGAL MERANCANG,ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL.


56. BANYAKKAN KEKACANG SEBAGAI SNEK SIHAT  ANDA


57. AMBIL GAMBAR "SEBELUM" bagi membandingkan tahap penurunan berat badan semasa anda.


58. DAPATKAN KAWAN BARU.

 Jika sebelum ini anda banyak berkawan dengan mereka yang selalu mengambil makanan yang kurang berfaedah,Jadi sekarang adalah masanya untuk anda bergaul dengan mereka yang berminat dalam menjaga kesihatan dan pemakanan mereka.
 
59. UTAMAKAN DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.


Ramai yang mengutamakan orang lain sehingga mengetepikan soal diri terutama dari segi kesihatan dan kehidupan.

60. USAHA YANG KONSISTEN DAN BERTERUSAN.


Seandainya anda pernah mengalami kegagalan berkali - kali,jadikanlah kegagalan itu sebagai pembakar semangat anda untuk bangun dan mebuat lebih baik dari itu dan bukannya membiarkan kegagalan itu mengahncurkan kita sampai mati.

61.BANGUN AWAL MELAKUKAN SENAMAN

Biasakan diri kita untuk bangun diawal pagi untuk memulakan hari dengan senaman.Ianya bukan sahaja membuatkan kehidupan anda adalah hari yang menyegarkan malah merupakam hari yang penuh semangat dan sihat untuk anda.
 
Oleh Christopher Mohr, Ph.D, R.D


Sumber : YAHOO.COM 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



 

01 April 2015

CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN


CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN

AIR DETOX sekarang menjadi sesuatu yang popular sebagai salah satu cara mencantikkan kulit.Penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan mengamalkan meminum air detox bukan sahaja membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh badan, malah mampu memberikan maanfaat lain seperti mencantikkan kulit dan amat berkesan dalam menurunkan berat badan bagi yang mencari alternatif yang mudah dan senang untuk diikuti.


Air detox ini juga begitu mudah untuk disediakan kerana bahan - bahan untuk membuatnya senang untuk didapati dipasaran dan kos pembuatannya cukup jimat selain memberikan kelebihan yang sangat memuaskan bagi pengamal minuman air detox ini.

Untuk pengenalan ini kami memilih air tembikai sebagai bahan campurannya selain daripada buah lemon sebagai bahan utama yang paling penting dalam pembuatan air detox ini.Kelebihan yang terdapat dalam buah tembikai ini ianya mempunyai serat yang tinggi dan  kaya dengan agen anti penuaan.

BAHAN - BAHAN UNTUK AIR DETOX

Buah tembikai ( secukupnya )
Lemon 
500ml Air sejuk
Daun Pudina
Mason Jar

CARA - CARA MEMBUAT AII DETOX

Untuk membuat air detox ini bolehlah mengikuti langkah langkah berikut.

1. Buah tembikai dan buah limau dipotong - potong mengikut saiz yang sesuai.Yang penting mudah untuk dimasukkan dalam mason jar.


2. Masukkan air sejuk ke dalam mason jar dalam jumlah yang secukupnya.


3. Buah - buahan yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam mason jar yang telah berisi air tadi.Terpulang kepada anda sama ada nak masukkan dengan padat atau tidak ramuan buah tersebut.


4.Masukkan daun pudina di atas ramuan buahan yandg telah dimasukkan dalam mason jar itu tadi.


5. Tutup mason jar ketat - ketat.

dah siap..


6.Air detox itu tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman.Untuk kesan yang optimun simpan air detox itu sekurang - kurangnya selama 8 jam sebelum anda menikmati air detox tersebut.


PILIHAN RAMUAN LAIN

Selain dari bahan ramuan seperti di atas anda juga boleh mempelbagaikan air detox dengan menggunakan ramuan buahan yang lain seperti LEMON DENGAN TIMUN.Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan air detox mengikut citarasa masing - masing.
Ramuan yang paling penting dalam air detox ini adalah Air sejuk dan lemon.Manakal ramuan yang lain adalah mengikut pilihan masing masing.

Selain dari menggunakan mason jar ,anda juga menggunakan bekas minuman yang lain.Asalkan dapat dimasukkan potongan buahan yang anda inginkan sebagai ramuan tambahan dalam air detox tersebut dan senang untuk dimuatkan dalam ruang penyimpanan dalam peti sejuk.



Selain dari itu terdapat banyak lagi idea - idea dalam menghasilkan air detox menggunakan pelbagai ramuan yang menyegar dan bermanfaat seperti dalam gambar - gambar yang berikut.






Untuk memudahkan semua saya sediakan video dibawah sebagai rujukan 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



14 November 2014

MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN 5 SARAPAN YANG BERKHASIAT.


SELAMAT PAGI | Sarapan pagi memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi kesihatan kita dalam seharian kehidupan kita.Ini termasuk mengambil pemakanan yang sihat dan betul untuk memastikan badan kita mendapat nutrient yang secukupnya.Namun setakat mana kita mengambil berat tentang sarapan pagi yang kita ambil.Penyelidikan tentang kesihatan menunjukkan mereka yang sedang dalam mengamalkan diet dengan mengambil sarapan pagi yang terancang adalah LEBIH BERJAYA dalam menurunkan beratkan badan.Terancang disini merujuk kepada sihat,betul dan teratur dengan menguasai pengetahuan pemakanan yang sesuai mengikut perancangan masing masing.Apa yang lebih menarik,mereka yang mengamalkan sarapan pagi yang sihat mendapat lebih zat serat,kalsium,vitamin A dan C,riboflavin,Zinc dan zat besi serta mendapat faedah tahap kolestrol yang terkawal dan kurang lemak.Ini disokong oleh mengambilan makanan seperti bijirin yang kaya dengan mineral dan vitamin serta buah - buahan yang kaya dengan nutrien yang menyihatkan.

Memetik kenyataan  Brierley Wright, M.S., R.D., Nutrition Editor

 " But that doesn't mean you have to eat cereal to stay or get trim. Instead, mix-up your morning meal and try one or a few of these 5 healthy breakfast foods that help you lose weight "

Di sini saya ingin kongsikan LIMA jenis makanan sarapan pagi yang menyihatkan terutamanya kepada mereka yang MERANCANG untuk menurunkan berat badan,SEDANG dalam proses menurunkan berat badan serta bagi mereka yang ingin MENGEKALKAN berat badan mereka.


1. RASPBERI


Pengambilan satu cawan raspberi membekalkan sekurangnya 8 gram serat ( melebihi setengah dari secawan strawberi dan menyamai secawan kekacang dan sejenisnya).Penyelidikan terbaru yang dibuat oleh pakar pemakanan menyarankan supaya mengamalkan pemakanan berserat tinggi untuk mengelakkan kenaikan berat badan serta menggalakkan penurunan berat badan dalam masa yang sama.Mengambil sekurangnya 8 gram yang mana boleh membakar 1000 kalori mampu menurunkan sehingga 4.5 paun  berat badan.

2.OATMEAL


Oatmeal boleh mambantu kamu menurunkan berat badan dalam dua cara.

               i. Ianya padat dengan serat serta kelebihan mampu mengekalkan tenaga untuk aktiviti  
                   sepanjang hari.

               ii. Laporan  Journal Of  Nutrien menyatakan pemakanan sarapan yang diperbuat dari "slow-                   release" karbohidrat seperti bijiran dan oatmeal 3 jam sebelum  SENAMAN 
                   mampu membantu membakar lebih lemak dalam tubuh badan.


3.YOGURT

Merujuk kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh New England Journal Of Medicine, terdapat 5 Jenis makanan yang berkaitan penurunan berat badan.Salah satunya adalah YOGURT.Kenapa Yogurt ? Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt memberikan kelebihan sekiranya kamu berhasrat untuk perketerampilan lebih ramping.Kajian terhadap orang ramai tentang pengambilan yogurt juga mendapati mereka yang mengambil yogurt selama 11 minggu mampu menurunkan sehingga 42 % daripada berat badan mereka bersamaan satu pertiga kandungan lemak dalam badan mereka.Selain itu,mereka yang mengambil yogurt secara kerap adalah 7 peratus lebih ramping.


4. PEANUT BUTTER ( MENTEGA KACANG )


Penyelidik Harvard menyatakan peanut butter adalah antara 5 makanan terbaik dalam menurunkan berat badan.Pengambilan mentega kacang yang diambil bersama roti di pagi hari membekalkan tubuh badan dengan "Slow-release" karbohidrat.Selain itu cara lain memanfaatkan kekacang adalah menambahnya di dalam hidangan oatmeal.

5. TELUR



Telur baik untuk diet harian kerana kandungan Protein dan OMEGA nya.Perbandingan dengan karbohidrat dan lemak ,Protein adalah lebih baik untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan untuk aktiviti harian.Tambahan pula,Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan diet dengan pengambilan telur merasa lebih segar dan bertenaga dan mampu dua kali ganda menurunkan berat badan bersamaan dengan kalori yang sama dalam bagel untuk sarapan pagi


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com