Wednesday, April 01, 2015

CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN


CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT AIR DETOX UNTUK KESIHATAN HARIAN

AIR DETOX sekarang menjadi sesuatu yang popular sebagai salah satu cara mencantikkan kulit.Penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan mengamalkan meminum air detox bukan sahaja membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh badan, malah mampu memberikan maanfaat lain seperti mencantikkan kulit dan amat berkesan dalam menurunkan berat badan bagi yang mencari alternatif yang mudah dan senang untuk diikuti.


Air detox ini juga begitu mudah untuk disediakan kerana bahan - bahan untuk membuatnya senang untuk didapati dipasaran dan kos pembuatannya cukup jimat selain memberikan kelebihan yang sangat memuaskan bagi pengamal minuman air detox ini.

Untuk pengenalan ini kami memilih air tembikai sebagai bahan campurannya selain daripada buah lemon sebagai bahan utama yang paling penting dalam pembuatan air detox ini.Kelebihan yang terdapat dalam buah tembikai ini ianya mempunyai serat yang tinggi dan  kaya dengan agen anti penuaan.

BAHAN - BAHAN UNTUK AIR DETOX

Buah tembikai ( secukupnya )
Lemon 
500ml Air sejuk
Daun Pudina
Mason Jar

CARA - CARA MEMBUAT AII DETOX

Untuk membuat air detox ini bolehlah mengikuti langkah langkah berikut.

1. Buah tembikai dan buah limau dipotong - potong mengikut saiz yang sesuai.Yang penting mudah untuk dimasukkan dalam mason jar.


2. Masukkan air sejuk ke dalam mason jar dalam jumlah yang secukupnya.


3. Buah - buahan yang dipotong tadi dimasukkan ke dalam mason jar yang telah berisi air tadi.Terpulang kepada anda sama ada nak masukkan dengan padat atau tidak ramuan buah tersebut.


4.Masukkan daun pudina di atas ramuan buahan yandg telah dimasukkan dalam mason jar itu tadi.


5. Tutup mason jar ketat - ketat.

dah siap..


6.Air detox itu tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman.Untuk kesan yang optimun simpan air detox itu sekurang - kurangnya selama 8 jam sebelum anda menikmati air detox tersebut.


PILIHAN RAMUAN LAIN

Selain dari bahan ramuan seperti di atas anda juga boleh mempelbagaikan air detox dengan menggunakan ramuan buahan yang lain seperti LEMON DENGAN TIMUN.Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan air detox mengikut citarasa masing - masing.
Ramuan yang paling penting dalam air detox ini adalah Air sejuk dan lemon.Manakal ramuan yang lain adalah mengikut pilihan masing masing.

Selain dari menggunakan mason jar ,anda juga menggunakan bekas minuman yang lain.Asalkan dapat dimasukkan potongan buahan yang anda inginkan sebagai ramuan tambahan dalam air detox tersebut dan senang untuk dimuatkan dalam ruang penyimpanan dalam peti sejuk.



Selain dari itu terdapat banyak lagi idea - idea dalam menghasilkan air detox menggunakan pelbagai ramuan yang menyegar dan bermanfaat seperti dalam gambar - gambar yang berikut.






Untuk memudahkan semua saya sediakan video dibawah sebagai rujukan 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: