Tuesday, April 14, 2015

MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA ANAK SULTAN BRUNEI YANG BERLANGSUNG MEWAH.


Semalam berlangsung Majlis Perkahwinan Diraja Putera Sultan Brunei,Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Malik dan Dayangku Raabiatul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah.Majlis Perkahwinan Diraja ini dihiasi dengan kemewahan dan penuh gemilang.Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.


Majlis meraikan Perkahwinan Kedua pasangan Diraja ini berlangsung selama tujuh hari dan tujuh malam dan penuh gemilang.

Perhiasan emas dan permata yang penuh kemewahan menghiasi Majlis Perkahwinan Diraja ini.

Majlis Ijab Kabul Pasangan Diraja Pangiran Muda Abdul Malik yang bersusia 31 tahun dengan pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah yang berusia 22 tahun diadakan di hadapan  tetamu terhormat yang terdiri dari Kerabat dan diraja dan jemputan Khas.

Mernurut laporan dari Maily Post,turut menghadiri Majlis tersebut adalah Sultan - sultan dari Malaysia dan Gabenor dari Arab Saudi.

Putera Abdul Malik merupakan putera yang keenam Baginda Sultan Hasanal Bolkiah dengan Isteri baginda iaitu Pengiran Anak Hajah Saleh.





Kasut jenama mewah Christian Laboutin yang bertatah permata dengan gelang kaki yangdiperbuat dari emas tulen antara aksesori perhiasan yang menghiasi Dayangku Raabi’atul semasa majlis tersebut.



Kedua Pasangan Diraja ini diraikan dengan penuh adat istiadat dan penuh meriah.Kedua Pasangan Diraja ini dihiasi dengan Pakaian yang berwarna emas yang dihiasi dengan permata indah.Dayangku Raabi’atul turut dihiasi dengan kilauan permata dan yang paling menarik apabila Dayangku Raabi’atul membawa sejambak bunga yang digubah daripada Berlian tulen.

Pelamin yang direka secara esklusif dengan menggunakan emas turut menghiasi majlis perkahwinan Diraja  ini yangsemestinya menarik perhatian segenap dimensi terutama ianya adalah merupakan perkahwinan Diraja Putera kepada Sultan Brunei yang merupakan antara Individu yang terkaya di dunia.
 








CREDIT TO :


No comments: