Monday, April 06, 2015

VIP TERKORBAN DALAM NAHAS HELIKOPTER TERHEMBAS DAN GAMBAR SEPANJANG KEJADIAN



APRIL 2015 menyaksikan satu lagi tragedi menyayat hati melibatkan helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah  pada 4.55 petang di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.57 petang merujuk kepada Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang.Beliau menyatakan tiga pasukan dari Bomba dan Penyelamat dari Kajang,Bangi dan Semenyih di arah ke tempata kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian.

Menurut sumber dari kejadian,Mengatakan bahawa helikopter tersebut dalam perjalan dari Kuantan ke Subang.

Saksi ditempat kejadian mengatakan bahawa semasa nahas berlaku helikopter tersebut telah meletup diudara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

Berikutan kejadian nahas helikopter ini satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.
"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut,"

Semua enam mayat mangsa nahas itu sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu

semua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti

Seterusnya kami kongsikan beberapa gambar sepanjang kejadian nahas dan semasa menunggu ketibaan jenazah mangsa nahas

Kita sedekahkan ALfatihah kepada mangsa - mangsa nahas bagi yang beragama Islam dan bertafakur kepada yang bukan beragama Islam.







Perdana Menteri,Dato Seri Najib sedang mendengar taklimat dan mengadakan sidang Akhbar ringkas berkenaan dengan nahas.






















No comments: