Friday, April 24, 2015

LETUSAN GANAS GUNUNG BERAPI CALBUCO DI SELATAN CHILE YANG SANGAT MENGEJUTKAN PENDUDUK SEKITARNYA.



SELATAN CHILE | Letusan gunung berapi,Calbuco telahpun meletus dengan ganas pada 22 April yang lalu di ,Selatan Negara Chile .Letusan yang berlaku secara mengejut dan tidak dijangkakan oleh penduduk sekitar menyebabkan kawasan sekitar nay diselubungi asap tebal dan menyebarkan debu dan abu yang tebal.Letusan pertama memperlihatkan kepulan asap yang menerjah ke udara sejauh 12 Kilometer ( KM ) ke udara.Ini cukup menjelaskan betapa kuatnya letusan gunung tersebut.

Pada awalnya tiada siapa yang perasan dan menyedari kejadian ini.Gunung berapi yang telah tenang selama 42 tahun ini telah meletus dua kali dalam beberapa jam yang diawali dengan amaran serta tanda awal letusan dalam tempoh 15 minit sebelum ianya mula meletus.Kira-kira 4,000 penduduk di bandar berhampiran Puerto Montt dan kawasan sekitar telah dipindahkan.Setakat ini tiada orang awam yang cedera dilaporkan.

Berikut adalah beberapa video yang sempat dirakamkan oleh orang awam semasa kejadian.



Berikut pula adalah beberapa gambar yang sempat dirakam oleh beberapa orang juru gambar yang menunjukkan kepulan asap dan debu tebal yang menjulang ke udara sejurus selepas letusan bermula.

Apa yang nampak menarik adalah pemandangan malam letusan yang di susuli oleh kilat yang sabung menyabung.namun kejadian ini tetap mewujudkan kebimbangan kepada penduduk sekitar yang bersiap sedia untukmenghadapai sebarang kemungkinan terutama kedatangan aliran lava panas yang dimuntahkan dari gunung berapi tersebut.




Bagaimanapun laporan mengatakan letusan tersebut mula perlahan dan surut setelah menjelang malam.Namun ianya tetap menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kepada penduduk yang beranggapan bahawa gunung tersebut boleh meletup pada bila - bila masa pada masa yang akan datang.

Kali terakhir gunung berapi Cambuco ini meletus adalah pada sekitar tahun 1893-1894 yang menyebarkan asap dan asab sejauh 8 KM ke kawasan bandar yang berdekatan diikuti muntahan lava panas yang bergerak pantas serta memusnahkan kawasan yang berdekatan.

Chile dikatakan mempunyai kira - kira 500 Gunung berapai yang aktif dan berpotensi untuk meletus pada bila - bila masa.


No comments: