Showing posts with label Teknologi Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Maklumat. Show all posts

09 May 2016

11 JENIS FORMAT FAIL YANG BIASA TEMUI DAN DIGUNAKAN SERTA MAKSUDNYA


 11 JENIS FORMAT FAIL YANG BIASA TEMUI DAN  DIGUNAKAN SERTA MAKSUDNYA

Penggunaan komputer yang semakin meluas di tempat kerja akan menemukan kita dengan pelbagai perkara dalam penggunaan teknologi perisian komputer.Terdapat banyak penggunaan aplikasi atau perisian yang digunakan kita dalam menjalankan kerja dan tugasan harian kita.Kepelbagaian perisian atau aplikasi juga sesetengahnya melibatkan format - format fail yang tertentu untuk pelbagai kegunaan dan fungsi dalam tugasan kita.
Namun begitu,bukanlah semua daripada kita sebagai pengguna komputer mengentahui apakah maksud dalam singkatan - singkatan dalam format fail  - fail yang kita gunakan dalam komputer.Sama ada kita tidak pernah terfikir atau terlintas untuk mengetahui ataupun kita menganggap ianya perkara yang tidak penting untuk diambil tahu?

Berikut saya kongsikan 11 jenis yang merupakan sebahagian dari for,at - format fail yang banyak digunakan kita dalam menjalankan tugasan di pejabat ataupuntempat kerja kita.

 













AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my








20 November 2015

THE CYBERTROOPER,APA ITU CYBERTROOPER DAN SIAPAKAH MEREKA ?


THE CYBERTROOPER 

Perkataan ini terlintas dalam fikiran saya semenjak saya terbaca tentang satu artikel dan ulasan dalam facebook mengenai wujudnya golongan cybertrooper ini.Puas saya menggali maklumat mengenai cybertrooper ini dengan pelbagai persoalan akhirnya saya dapat juga beberapa infomasi di sebalik golongan cybertrooper ini walaupun tidak banyak ataupun secara lebih jelas atau detail informasi yang saya perolehi.Namun saya merasakan infomasi mengenai cybertrooper ini merupakan suatu topik yang sangat menarik untuk dikongsikan atau dibincangkan bersama.

DEFINISI CYBERTROOPER

Jika kita mencari definisi kepada cybertrooper dalam internet seperti google anda akan menemui definisi

(in Malaysia) An activist who uses cyberspace
(sumber )

dan jika melihat kepada definisi aktivist dengan translation pula merujuk kepada


  • One who is politically active in the role of a citizen; especially, one who campaigns for change.
  • Orang yang aktif dalam politik dalam peranan warga dan masyarakat; terutamanya, orang yang berkempen untuk perubahan.


  • One who is conspicuously active in carrying out any occupational or professional functions.
  •  Orang yang mudah dilihat aktif dalam menjalankan apa-apa fungsi pekerjaan atau profesional.




    APA ITU CYBERTROOPER ? SIAPA CYBERTROOPER
    Jika merujuk kepada definisi yang telah kita perolehi,mungkin kita mempunyai sedikit gambaran mengenai apa yang dinamakan cybertrooper dan siapakah mereka.Mereka mungkin bergiat aktif dalam hal - hal mengenai bidang politik dan juga terlibat dalam bidang professional dan fungsi kerja yang selainnya.
    Selepas melihat definisi cybertrooper ini jika anda membuat carian menggunakan "keyword" cybertrooper ini anda akan banyak melihat website - website yang disenaraikan banyak menyentuh tentang hal - hal politik.Pendapat saya menyatakan kerana politik merupakan suatu topik yang secara jelas membincangkan tentang perubahan dan tidak mengira apa bentuk perubahan dan apa jua sudut fahaman politik yang diamalkan dan dilaksanakan.
    Tidak hairan sekiranya cybertrooper atau aktivist ini banyak berkait rapat dengan faktor politik dan persekitaran politik itu sendiri kerana politik merupakan satu bentuk saluran yang mempunya aliran dan bentuk kuasa yang sangat kuat dalam membentuk,merubah dan mentadbir dan pelbagai lagi istilah yang berkait rapat dengan politik.Namun persoalannya setakat mana dan sejauh mana pernglibatan cybertrooper ini dalam bidang politik ? 

    Ada pihak yang berpendapat dan berpandangan bahawa golongan cybertrooper ini diupah dan diberi gaji oleh golongan ahli - ahli politik berkenaan untuk membuat serangan isu kepada pihak lawan antara satu sama lain dan serangan ini semestinya bermotif untuk menjatuhkan kreaditibiliti pihak lawan dan menguatkan posisi masing - masing dalam politik.Serangan  - serangan yang dibuat dari segi sudut peribadi,jawatan,persekitaran dan pelbagai lagi.
    Secara jelasnya ianya bagi mencari dan mendedahkan keburukan dan kesilapan pihak lawan untuk mempengaruhi persepsi pembaca dan mengguna di apa jua medium penyampaian di dalam internet.Anda mungkin perasan akan perkara sebegini banyak berlaku di laman media sosial dan internet pada masa sekarang.Ini banyak berlaku di dalam post - post dan artikel blog - blog dan website - website dan membincangkan tentang topik politik  dalam masa sekarang.

    Cybertrooper mungkin juga seorang individu dan mungking juga sekumpulan pihak.

    Apa yang menarik dan uniknya bagi saya istilah Cybertrooper itu sendiri dalam kurungan menyatakan ( In Malaysia)  menunjukkan istilah Cybertrooper mungkin wujud hanya di Malaysia.

    Sekiranya anda mempunyai pandangan yang lain dan maklumat mengenai Cybertrooper ini sila kongsikan bersama saya.

    Sekadar pandangan.Maaf berbeza.




    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my







     

    03 September 2015

    TIPS - TIPS KESELAMATAN SEMASA ONLINE DARI CIMB BANK






    TIPS - TIPS KESELAMATAN SEMASA ONLINE DARI CIMB BANK . Sekiranya kita meneliti berita semasa dari mana - mana media massa sering kita mendengar tentang kejadian - kejadian yang tidak diingini secara online.Contohnya,sistem yang digodam,akaun - kaun bank yang digodam dan rompakan secara atas talian.

    CIMB BANK baru - baru ini berkongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa jenayah cyber.





    SEMOGA BERMANFAAT

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.com


    02 July 2015

    WAJIB BACA ! KITA MENGGUNAKAN 20 SINGKATAN INI SETIAP HARI TANPA MENGETAHUI MAKSUDNYA.


    Selain daripada singkatan seperti LOL,FYI dan sebagainya terdapat banyak lagi singkatan lain yang kita selalu gunakan tanpa mengetahui maknanya.

    Sebagai contohnya kata OK adalah singkatan bagi apa ?

    Kali ni saya nak kongsikan kepada anda antara 20 singkatan yang selalu kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui maksudnya.



    WiFi
    Wireless Fidelity
     
    OK
    Oll Korrect (Serius ni.... memang bertul k)
     
    DNA
    Deoxyribonucleic Acid
     
    P.S.
    Post Scriptum
     
    AM / PM (Time)
    Ante Meridian / Post Meridian
     
    RADAR
    Radio Detection on Ranging
     
    SCUBA
    Self-Contained Underwater Breathing Apparatus
     
    ATM
    Automated Teller Machine
     
    NASA
    National Aeronautics and Space Administration
     
    DSLR
    Digital Single Lens Reflex
     
    AM / FM (Radio)
    Amplitude Modulated / Frequency Modulated
     
    i.e / e.g
    Id eat (in effect) / Exempli Gratia (example given)
    *Latin
     
    PDF
    Portable Document Format
     
    USB
    Universal Serial Bus
     
    JPEG or JPG
    Joint Photograph Experts Group
     
    GIF
    Graphics Interchange Format
     
    BMW
    Bavarian Motor Works
     
    SIM 
    Subscriber Identity Module
     
    Cc / Bcc
    Carbon copy / Blind Carbon Copy
     
    PVR
    Priya Village Roadshow (This one, don’t ask us why)




    Selain itu terdapat banyak lagi singkatan - singkatan yang lain yang belum kita ketahui maksudnya.Sudahan perkongsian ini memberi manfaat bagi anda.
     




    TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL INI

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.com





     


    29 October 2014

    NOTEPAD TRICKS : World Trade Centre Attack Trick



    Adakah anda tahu bahawa nombor penerbangan pesawat yang melanda Pusat Dagangan Dunia pada 9/11 adalah Q33NY ? Dalam trik ini anda akan membiasakan diri anda dengan nombor ini.

    1. Buka Notepad anda
    2. Taipkan penerbangan  Q33N dalam Huruf Besar
    3. Meningkatkan Saiz Font kepada 72 
    4. Tukar Font kepada Wingdings

    Kamu akan mendapati Tulisan itu seolah membentuk formasi sebuah kapal terbang melanggar dua buah bangunan dan dihujungnya lambing tengkorak sebagai symbol kematian seperti dalam gambar di bawah.


    Kamu mesti terkejut bukan? macam mana ini boleh berlaku ?

    Selain dari aplikasi notepad,anda juga boleh mencuba pada aplikasi lain seperti MS WORD.