Friday, November 20, 2015

THE CYBERTROOPER,APA ITU CYBERTROOPER DAN SIAPAKAH MEREKA ?


THE CYBERTROOPER 

Perkataan ini terlintas dalam fikiran saya semenjak saya terbaca tentang satu artikel dan ulasan dalam facebook mengenai wujudnya golongan cybertrooper ini.Puas saya menggali maklumat mengenai cybertrooper ini dengan pelbagai persoalan akhirnya saya dapat juga beberapa infomasi di sebalik golongan cybertrooper ini walaupun tidak banyak ataupun secara lebih jelas atau detail informasi yang saya perolehi.Namun saya merasakan infomasi mengenai cybertrooper ini merupakan suatu topik yang sangat menarik untuk dikongsikan atau dibincangkan bersama.

DEFINISI CYBERTROOPER

Jika kita mencari definisi kepada cybertrooper dalam internet seperti google anda akan menemui definisi

(in Malaysia) An activist who uses cyberspace
(sumber )

dan jika melihat kepada definisi aktivist dengan translation pula merujuk kepada


  • One who is politically active in the role of a citizen; especially, one who campaigns for change.
  • Orang yang aktif dalam politik dalam peranan warga dan masyarakat; terutamanya, orang yang berkempen untuk perubahan.


  • One who is conspicuously active in carrying out any occupational or professional functions.
  •  Orang yang mudah dilihat aktif dalam menjalankan apa-apa fungsi pekerjaan atau profesional.




    APA ITU CYBERTROOPER ? SIAPA CYBERTROOPER
    Jika merujuk kepada definisi yang telah kita perolehi,mungkin kita mempunyai sedikit gambaran mengenai apa yang dinamakan cybertrooper dan siapakah mereka.Mereka mungkin bergiat aktif dalam hal - hal mengenai bidang politik dan juga terlibat dalam bidang professional dan fungsi kerja yang selainnya.
    Selepas melihat definisi cybertrooper ini jika anda membuat carian menggunakan "keyword" cybertrooper ini anda akan banyak melihat website - website yang disenaraikan banyak menyentuh tentang hal - hal politik.Pendapat saya menyatakan kerana politik merupakan suatu topik yang secara jelas membincangkan tentang perubahan dan tidak mengira apa bentuk perubahan dan apa jua sudut fahaman politik yang diamalkan dan dilaksanakan.
    Tidak hairan sekiranya cybertrooper atau aktivist ini banyak berkait rapat dengan faktor politik dan persekitaran politik itu sendiri kerana politik merupakan satu bentuk saluran yang mempunya aliran dan bentuk kuasa yang sangat kuat dalam membentuk,merubah dan mentadbir dan pelbagai lagi istilah yang berkait rapat dengan politik.Namun persoalannya setakat mana dan sejauh mana pernglibatan cybertrooper ini dalam bidang politik ? 

    Ada pihak yang berpendapat dan berpandangan bahawa golongan cybertrooper ini diupah dan diberi gaji oleh golongan ahli - ahli politik berkenaan untuk membuat serangan isu kepada pihak lawan antara satu sama lain dan serangan ini semestinya bermotif untuk menjatuhkan kreaditibiliti pihak lawan dan menguatkan posisi masing - masing dalam politik.Serangan  - serangan yang dibuat dari segi sudut peribadi,jawatan,persekitaran dan pelbagai lagi.
    Secara jelasnya ianya bagi mencari dan mendedahkan keburukan dan kesilapan pihak lawan untuk mempengaruhi persepsi pembaca dan mengguna di apa jua medium penyampaian di dalam internet.Anda mungkin perasan akan perkara sebegini banyak berlaku di laman media sosial dan internet pada masa sekarang.Ini banyak berlaku di dalam post - post dan artikel blog - blog dan website - website dan membincangkan tentang topik politik  dalam masa sekarang.

    Cybertrooper mungkin juga seorang individu dan mungking juga sekumpulan pihak.

    Apa yang menarik dan uniknya bagi saya istilah Cybertrooper itu sendiri dalam kurungan menyatakan ( In Malaysia)  menunjukkan istilah Cybertrooper mungkin wujud hanya di Malaysia.

    Sekiranya anda mempunyai pandangan yang lain dan maklumat mengenai Cybertrooper ini sila kongsikan bersama saya.

    Sekadar pandangan.Maaf berbeza.




    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my







     

    No comments: