Monday, November 30, 2015

YUS JAMBU @ YUSSRY EDOO MENINGGAL DUNIA

 

  YUS JAMBU @ YUSSRY EDOO MENINGGAL DUNIA

Semalam Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang lagi bintang berbakat tanah air.Yussry Edoo,39 tahun atau lebih dikenali sebagai YUS JAMBU @ PAK YUS.Beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira - kira jam 12.15 Tengah malam di Hospital Selayang dipercayai berpunca akibat serangan sakit jantung

 Berita mengenai pemergian Allahyarham mula diketahui setelah rakan baik artis beliau Tauke Jambu dan Afdlin Shauki memuat naik status instagram masing - masing untuk mendoakan roh Allahyarham.
diikuti oleh beberapa orang lagi rakan - rakan artis yang turut memuat naik status di media sosial memaklumkan menegenai berita kematian Allahyarham.

Sejurus menerima berita kematian Allahyarham beberapa rakan artis mula bergegas dan berkumpul di Hospital Selayang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham sebelum di hantar pulang ke Perlis pada malam tadi.

Menurut sumber mengatakan beliau dikerjakan ke Hospital selayang selepas mengalami sesak nafas di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai menjayakan program " Raja Band" di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Rakan - rakan seperjuangan beliau dalam karier seni nya tidak dapat menahan sebak sejurus kematian mengejut Allahyarham.

 

 



Allahyarham memulakan karier seni bermula pada tahun 2001 menerusi program TV3 Sinaran Passport Kegemilangan sebelum beliau mengembangkan karier beliau menerusi penyertaan beliau dalam bidang komedi dengan memenangi Juara dalam rancangan Raja Lawak pada tahun 2007.

Disebalik peemergian Allahyarham apa yang menjadi persoalan netizen apabila beberapa status media sosial beliau yang seolah olah telah mengetahui tanda - tanda permergian beliau yang mana segalanya terjawab dan diterjemahkan dengan kepergian Allahyarham pada malam tadi.

Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Nurul Iman Kg Nesam Bintong di Perlis untuk dikebumikan selepas Zohor pada hari ini.






"Semoga Allah merahmati dan mencucuri roh beliau"
Semoga beliau di tempatkan dalam golongan yang diampuni dan sempurna di akhirat.
 
Amin.



AL-FATIHAH
ALLAHYARHAM YUSSRY EDOO





 

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

No comments: