STAND OF UNITY ( SOU ) DI PERLAWANAN KUCHING CITY FC LAWAN KUALA LUMPUR CITY FC ( PENUTUP MUSIM LIGA SUPER 2026 )DI STADIUM NEGERI SARAWAK
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Malam ini Kuching City FC membawa kemenangan yang amat bermakna dan berharga setelah berjaya mengalahkan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 1-0 di Stadium Negeri Sarawak.
Kehadiran saya pada kali ini Curva Stand Of Unity menyaksikan perlawanan di penghujung musim Liga Super tahun 2026 memberikan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan ketiak pasukan yang disayangi kami semua Kuching City FC telah berjaya mengalahkan pasukan KL City FC di hadapan penyokong sendiri.
Kehadiran Ultras Stand Of Unity yang merupakan gabungan penyokong pasukan bola sepak Kuching City FC yang hadir dari pelbagai latar belakang turut menghidupkan suasana malam perlawanan dengan chanting atau sorakan yang berteruskan tanpa henti sepanjang perlawanan berlangsung.
Saya sempat bersama mereka di Curva menyaksikan kemeriahan Ultras yang memberikan kata semangat dan sokongan kepada para pemain serta menjulang semangat " Sarawak Pride " kepada para pemain Kuching City FC yang berjuang mempertahankan kemenangan di atas padang.
Syabas dan tahniah juga harus diberikan kepada Ultras Stand Of Unity atas usaha dan semangat yang ditunjukkan untuk memastikan para pemain Kuching City FC tidak bermain sendirian di atas padang demi memburu kemenangan di setiap kali perlawanan berlangsung.
Kita sama - sama doakan Kuching City akan tetap memberikan perlawanan yang diinginkan oleh para peminat dan penyokong yang hadir di Stadium untuk menyaksikan prestasi Kuching City FC dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi.
Bianco Verde Ale ! Stand Of Unity For Kuching City FC !
































































No comments:
Post a Comment