Wednesday, March 22, 2023

SYUKUR DAN SALING BERBAGI DI BULAN PUASA BULAN RAMADHAN YANG DIMULIAKAN

 


SYUKUR DAN SALING BERBAGI DI BULAN PUASA BULAN RAMADHAN YANG DIMULIAKAN

Di bulan Ramadhan bulan Berpuasa, Orang - orang yang beriman dan bertakwa serta ahli ibadah ramai yang menangis ketika turut merasakan lapar dan dahaganya saudara- saudaranya yang tidak punya apa dan kurang berkemampuan. Oleh itu senantiasalah syukuri dan redhailah apa nikmat yang Allah swt kurniakan. 

Perbanyakan bersedekah dan berbahagi kepada mereka mereka yang memerlukan dan tidak punya apa. 
Sucikanlah diri dari bersifat serakah dengan mengamalkan sikap bersederhana dan tawadduk dalam berbuka puasa kerana ketik kita dikurniakan lazatnya juadah yang melimpah ruah untuk dinikmati, ada kalangan saudara kita sedang mengikat perutnya mencari sesuap makanan untuk meneruskan hidupnya dan keluarganya. 

Jangan sesekali kufur nikmat dengan membazirkan rezeki dan kurnia yang Allah swt berikan sedang sebahagian dari yang kita bazirkan itu bandingnya mampu mengenyangkan saudara kita yang sedang diuji dengan kesempitan dan kekurangan serta kemiskinan. 

Kuatkan iman dan takwa kita dalam menghayati fitrah kemanusiaan dengan selalu mengenang saudara saudara kita yang lebih susah dan memerlukan ketika Allah swt yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih mengurniakan kecukupan dan melebihkan nikmatNya kepada sebahagian dari kita berbanding sebahagian dari yang lain . Perbanyakanlah mendoakan sesama kita.

Semoga kita semua dijauhi dari sifat merajai hawa nafsu dan menganiayai diri sendiri.

Allahuma, 
Rahmati dan berkatilah kami dengan kesempurnaan Tauhid, Iman dan takwa, amal ibadah serta amal kebajikan seperti yang Kau sempurnakan ke atas Rasul - Rasul kami serta mereka yang sebelum kami.

Lahaulawala quwata illah billah.

Amin Ya Allah.


#MusafirDunia



AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: