Showing posts with label Restaurant. Show all posts
Showing posts with label Restaurant. Show all posts

19 January 2016

10 RESTORAN TERBAIK SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE


10 RESTORAN TERBAIK  SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE

PENGENALAN MENGENAI LA LISTE

La Liste Merupakan sebuah laman web yang mengandungi database tentang restoran - restoran seluruh dunia dengan mengambil kira penilaian tertentu dengan cara yang tertentu untuk menyenaraikan restoran - restoran tersebut mengikut skor yang telah ditetapkan mengikut cara yang tersendiri.

Database ini juga mengambil kira penilaian berdasarkan rujukan dari lebih 200 buah buku panduan dan sumber - sumber terbitan dari pelbagai sumber media dan majalah.Selain itu,penilaian ini turut mengambil kira pendapat - pendapat beribu chef - chef restaurant mengenai buku - buku panduan dan sumber - sumbernya.

La Liste merupakan satu website yang sangat berpengaruh dan sering dijadikan rujukan bagi mereka yang mempunyai citarasa yang terbaik dan tersendiri terhadap pemilihan restoran yang terbaik dari seluruh dunia dan semestinya mereka yang menginginkan persembahan hidangan yang terbaik dari seluruh dunia pastinya akan mencari senarai restoran terbaik untuk mendapatkan kepuasan dalam setiap hidangan.

Untuk mengetahui senarai -senarai restoran tersebut anda boleh melayari www.laliste.com untuk mengetahui senarai terbaru restoran - restoran terbaik dalam penilaian mereka.

Berikut merupakan 10 restoran yang terbaik dari seluruh dunia yang disenaraikan dalam La Liste dari 1000 buah restoran yang disenaraikan mengikut penyenaraian sehingga Januari 2016.

10 RESTORAN TERBAIK SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE
 
1 Restaurant de l'Hotel de Ville, Crissier, Switzerland


2 Per Se, New York


3 Kyo Aji, Tokyo


4 Guy Savoy, Paris


5 Schloss Schauenstein, Furstenau, Switzerland


6 El Celler de Can Roca, Girona, Spain

7 Kyubei, Tokyo

8 Maison Troisgros, Roanne, France

9 Auberge du Vieux Puits, Fontjoncouse, France

10 Joel Robuchon, Tokyo


Untuk mengetahui senarai penuh yang terkini 1000 buah restoran yang disenaraikan oleh La Liste mengikut penilaian yang terkini anda boleh melihatnya di sini


HASIL YANG TERBAIK HANYA DATANG DARI YANG TERBAIK

AZLAN RUMADI 
www.azlanrumadi.blogspot.my


19 September 2015

LAWATAN SAMBIL MAKAN KE SUSHI KING THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK







LAWATAN SAMBIL MAKAN KE SUSHI KING , SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK .

Ceritanya memang nak pergi makan pun.....memandangkan dah lama tak berkunjung ke Sushi King.Kali ini bersempena dengan cuti pada Hari Malaysia 2015 saya berpeluang untuk mengunjungi Sushi King.Sushi King di The Spring Shopping Mall Kuching Sarawak merupakan lokasi saya pada kali ini.Sudah agak lama tidak mengunjungi Sushi King,kali ini badai mengidam kembali mendebur.
Sushi King menawarkan beberapa sushi dan pelbagai jenis menu - menu dari negara matahari terbit,negara Jepun dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.Kepada mereka yang sedang dalam merancang menu mereka dengan mempertimbangkan diet makanan yang kurang  berlemak dan menyihatkan bolehlah mencuba menu di Sushi King.

Setiap makanan dan menu di Sushi King di kategorikan menggunakan warna piring atau pinggan yang digunakan dengan harga yang berbeza beza.Setiap warna pada pinggan mempunyai harganya yang masing - masing.


Pinggan Biru RM2.00
Pinggan Kelabu RM3.00
Pinggan Pink RM4.00
Pinggan Merah RM5.00
Pinggan Purple RM6.00


Pada waktu - waktu terrtentu Sushi King akan mengadakan extravaganza dengan menawarkan semua pinggan pada harga RM3.00 .

Selain itu terdapat menu lain dalam bentuk set atau ala carte untuk anda pilih.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sushi King dan produk serta Promosi dan update terbaru dari Sushi King anda boleh melayari http://www.sushi-king.com/ .Segala jenis maklumat mengenai sushi King anda boleh dapat.






Dan ini merupakan beberapa menu yang menjadi pilihan saya untuk kunjungan pada kali ini.... memang macam penagih dadah melepaskan gian.. ngeeeeee...jangan marah ah... lagi pun perut sagak lapar setelah berjalan - jalan sekitar bandar Kuching pada cuti kali ini.


Kalau saya saya lebih suka menikmati sushi dengan teh hijau panas ...... hait !




Menunggu Cik Wasabi lalu jap pada treadmill yang akan memperagakan fesyen show dari pelbagai jenisnya... cuma fesyen shownya boleh dimakan... heheheh/....
















Inilah hasilnya....hehehe.





Sebelum saya meninggalkan Sushi King saya nak share satu informasi.. Sushi King The SPring Shopping Mall juga menawarkan potongan harga pada HAPPY HOUR.

Sekali lagi layari http://www.sushi-king.com untuk mengetahui informasi terkini dari Sushi King.



ARIGATO GOZAIMASU.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




18 September 2015

ANNUAR BBQ STEAMBOAT DI KUCHING,SARAWAK

 

ANNUAR BBQ STEAMBOAT DI KUCHING,SARAWAK

Annuar BBQ Steamboat terletak di Jalan Persiaran Ban Hock,Kuching merupakan antara tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana menyediakan  pelbagai jenis makanan secara buffet.Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri dari makanan laut,pelbagai menu ayam dan daging serta mee dan terdapat banyak lagi jenis makanan yang lain yang anda boleh pilih dan nikmati dengan harga yang sangat berpatutan.

Anuuar BBQ Steamboat merupakan sebuah venue yang sangat sesuai untuk menikmati makanan untuk sekeluarga,rakan - rakan,sahabat - sahabat  serta rakan sekerja termasuk mereka yang memerlukan tempat untuk meraikan pelbagai sambutan seperti hari jadi dan program - program jamuan pejabat dan sebagainya.

Anuuar BBQ Steamboat  menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm22.00 untuk seorang bagi dewasa dan Rm12.00 untuk kanak - kanak setiap orang.Anda boleh menikmati makanan sepuas - puasnya di Annuar BBQ steamboat.

Tapi ingat, restauran ini mempunyai polisi supaya pelanggan tidak membazirkan makanan.Dengan itu,sekiranya terdapat makanan yang tidak dihabiskan tanpa dimakan maka akan dikenakan sedikit bayaran.Namun setakat ini,kebiasaannya pelanggan yang berkunjung menghabiskan makanan.. ye tak ? =)

Sepanjang kunjungan saya ke restaurant Annuar BBQ Steamboat ini,restaurant ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang dari pelbagai tempat , kadang - kadang terdapat mereka yang datang secara rombongan dengan menaiki bas untuk makan di restaurant ini.Hampir setiap hari restauran ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggan yang ingin menikmati selera steamboat dan bbq terutama di hujung minggu.

Annuar BBQ steamboat juga menyediakan dapur dan peralatan yang cukup untuk anda memasak sendiri sama ada merebus,tom yam dan bbq atau jenis yang lain mengikut selera dan kehendak masing - masing.

Waktu operasi bagi Annuar Steamboat ini adalah pada pukul 7.00 malam sehingga 11.00 Malam.

Untuk Keterangan dan maklumat lanjut mengenai Annuar BBQ steamboat anda bolehlah melayari laman facebook mereka di SINI

































Berikut adalah masterpeace saya semasa di restaurant Annuar Steamboat...layankan ajelah..apa - apa pun memang berbaloi untuk berkunjung ke sini kerana terapat banyak jenis makanan yang anda boleh pilih..

Lagipun persekitaran memang happening giler.....yang paling best kepada mereka.. terutama yang perempuan yang tak puas main masak - masak masa kecil dan muda.. inilah masanya anda merasai pengalaman tersebut.. cuma yang ini memang betul  betul punya ek..

JOM BBQ STEAMBOAT !







Untuk sebarang tempahan anda bolehlah menghubungi Annuar BBQ Steamboat seperti dalam gambar di bawah.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my