Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

17 May 2016

MAKANAN - MAKANAN ENAK YANG WAJIB ANDA CUBA JIKA BERKUNJUNG KE NEGERI SARAWAK

 

MAKANAN - MAKANAN ENAK YANG WAJIB ANDA CUBA JIKA BERKUNJUNG KE NEGERI SARAWAK

 Negeri Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan menempatkan lebih kurang 30 etnik yang terdiri dari pelbagai suku kaum termasuk Melayu,Dayak ( yang terdiri dari Iban,bidayuh dsb ) cina, india dan banyak lagi. Baca selanjutnya di sini

Kepelbagaian etnik ini mempunyai keplbagaian budaya masyarakat majmuk yang mendiami Negeri Sarawak.Namun begitu masyarakat di Sarawak merupakan masyarakat berbilang yang sangat mementing perpaduan dan tidak mengira apa pun perbezaan.Kepelbagaian etnik ini mampu hidup bersama - sama di bawah payung satu negeri,negeri Sarawak.

Kepelbagaian budaya ini juga terdiri dari kepelbagaian makanannya sama ada secara tradisi,moden atau komersil.Mungkin ramai yang belum mengenali negeri Sarawak terutama makanan - makanan yang popular di negeri Sarawak.


Perkongsian saya pada kali ini memperkenalkan kepada anda makanan - makanan enak yang wajib anda cuba sekiranya anda berkunjung ke Bumi Kenyalang Negeri Sarawak.

Keunikan makanannya di negeri Sarawak semestinya memebrikan satu kelaianan dalam citarasa dan selera bagi yang belum pernah mengujungi negeri Sarawak ataupun yang pertama kali menjejak kaki di negeri Sarawak.Ini kerana pengaruh kepelbagaian etnik yang disatukan dalam elemen - elemen masakan di negeri Sarawak.

Selain itu terdapat penyesuaian dalam beberapa ciri dalam masakan terutama masakan yang asalnya menggunakakan bahan yang tidak halal di ubah menggunakan ramuan makanan yang halal supaya makanan tersebut boleh dinikmati oleh semua masyarakat tidak mengira agama dan ini menjelaskan bahawa nilai menghormati dan kebersamaan dalam memahami agama juga turut diambil berat di Sarawak supaya semua orang dapat merasai keunikan makanan - makanan yang terdapat di Sarawak.

Malah semakin ramai penjual makanan yang non muslim memohon pemantautan atau pengesahan sijil halal dalam makanan mereka bagi menarik pelanggan yang beragama Islam untuk sama - sama menikmati makanan yang dijual di premis mereka.Ini bermaksud isu kebersihan dari segi hukum halal agama tidak menjadi masaalah di Sarawak dan pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang boleh menikmati semua makanan yang terdapat di kedai - kedai yang menjual makanan di Sarawak.

Berikut adalah makanan - makanan yang enak dan sering menjadi pilihan yang wajib untuk dicuba setiap kali anda berkunjung ke Sarawak.Saya merasakan tidak lengkap kunjungan anda sekiranya anda tidak mencuba merasai makanan - makanan yang terdapat di Sarawak ini.Nilai Kemesrasaan yang diamalkan di Sarawak turut menjemput anda merasai keunikandan keenakan rasa kepelbagaian makanan - makanan di Sarawak.

Selamat mencuba.
 
KEK LAPIS SARAWAK


SAYUR MIDIN 



BUAH DABAI 


AYAM @MANOK PANSOH
 


PINDANG IKAN MASAK TERUNG DAYAK @TERUNG ASAM
 


MEE KAMPUA 

MEE BIHUN GORENG CANGKUK MANIS 

MEE JAWA 



UMAI 



MEE BIHUN BELACAN 



3 LAYER TEA @ TEH C SPECIAL


 LAKSA SARAWAK



TERUBOK MASIN GORENG


BUBUR PEDAS 


 AYAM MASAK KACANG MA


AMBUYAT / LINUT



 CHAI KUE



 TUMPIK


CHEIN @ FRIED OSYTER PANCAKE


KOMPIA 


KUEH CHAP 



MEE POK ( PUKUL )



MEE KOLOK 



SIO BEE 



KUIH TEBALOI 


MEE KUEH TIAW TOMATO



Selain itu terdapat bermacam - macam lagi makanan yang anda boleh temui di Sarawak.Adalah lebih baik sekiranya anda mengunjungi Negeri Sarawak sambil anda menikmati masa - masa yang terbaik dan kenangan yang tidak akan anda lupakan.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



18 September 2015

ANNUAR BBQ STEAMBOAT DI KUCHING,SARAWAK

 

ANNUAR BBQ STEAMBOAT DI KUCHING,SARAWAK

Annuar BBQ Steamboat terletak di Jalan Persiaran Ban Hock,Kuching merupakan antara tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana menyediakan  pelbagai jenis makanan secara buffet.Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri dari makanan laut,pelbagai menu ayam dan daging serta mee dan terdapat banyak lagi jenis makanan yang lain yang anda boleh pilih dan nikmati dengan harga yang sangat berpatutan.

Anuuar BBQ Steamboat merupakan sebuah venue yang sangat sesuai untuk menikmati makanan untuk sekeluarga,rakan - rakan,sahabat - sahabat  serta rakan sekerja termasuk mereka yang memerlukan tempat untuk meraikan pelbagai sambutan seperti hari jadi dan program - program jamuan pejabat dan sebagainya.

Anuuar BBQ Steamboat  menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm22.00 untuk seorang bagi dewasa dan Rm12.00 untuk kanak - kanak setiap orang.Anda boleh menikmati makanan sepuas - puasnya di Annuar BBQ steamboat.

Tapi ingat, restauran ini mempunyai polisi supaya pelanggan tidak membazirkan makanan.Dengan itu,sekiranya terdapat makanan yang tidak dihabiskan tanpa dimakan maka akan dikenakan sedikit bayaran.Namun setakat ini,kebiasaannya pelanggan yang berkunjung menghabiskan makanan.. ye tak ? =)

Sepanjang kunjungan saya ke restaurant Annuar BBQ Steamboat ini,restaurant ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang dari pelbagai tempat , kadang - kadang terdapat mereka yang datang secara rombongan dengan menaiki bas untuk makan di restaurant ini.Hampir setiap hari restauran ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggan yang ingin menikmati selera steamboat dan bbq terutama di hujung minggu.

Annuar BBQ steamboat juga menyediakan dapur dan peralatan yang cukup untuk anda memasak sendiri sama ada merebus,tom yam dan bbq atau jenis yang lain mengikut selera dan kehendak masing - masing.

Waktu operasi bagi Annuar Steamboat ini adalah pada pukul 7.00 malam sehingga 11.00 Malam.

Untuk Keterangan dan maklumat lanjut mengenai Annuar BBQ steamboat anda bolehlah melayari laman facebook mereka di SINI

































Berikut adalah masterpeace saya semasa di restaurant Annuar Steamboat...layankan ajelah..apa - apa pun memang berbaloi untuk berkunjung ke sini kerana terapat banyak jenis makanan yang anda boleh pilih..

Lagipun persekitaran memang happening giler.....yang paling best kepada mereka.. terutama yang perempuan yang tak puas main masak - masak masa kecil dan muda.. inilah masanya anda merasai pengalaman tersebut.. cuma yang ini memang betul  betul punya ek..

JOM BBQ STEAMBOAT !







Untuk sebarang tempahan anda bolehlah menghubungi Annuar BBQ Steamboat seperti dalam gambar di bawah.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my