Sunday, December 13, 2015

PERASMIAN DAN PEMBUKAAN VIVACITY MEGAMALL DI KUCHING,SARAWAK


 PERASMIAN DAN PEMBUKAAN VIVACITY MEGAMALL DI KUCHING,SARAWAK

Semalam telah pun berlangsung Perasmian dan Pembukaan Vivacity Megamall yang merupakan antara pusat membeli belah yang terbesar di Kuching setakat ini.Pembukaan dan perasmian  Vivacity Megamall ini menyaksikan orang ramai menyerbu dan berpusu - pusu untuk tidak melepaskan peluang mengunjungi Megamall tersebut.Orang ramai mula beratur untuk memasuki Megamall tersebut seawal pagi untuk melihat dan merasai susasana dan pengalaman di Megamall yang baru itu.

Vivacity Megamall ini direka oleh Syarikat Arkitek tempatan yang merupakan Syarikat yang sama mereka Setia CityMall di Shah Alam,Kuala Lumpur


Vivacity terletak di lokasi strategik di mana lokasi tersebut berada ditengah - tengah lokasi Bandaraya Kuching dan Lapangan Terbang Kuching hanya mengambilk masa 20 Minit perjalanan dari kedua - dua tempat tersebut.

Vivacity Megamall juga mampu menempatkan lebih kurang 350 Outlet dengan keluasan tapak binaannya secara keseluruhannya yang berkeluasan 1,200,0000 kaki persegi dan manakala keluasan tapak bangunan nya adalah 800,000 kaki persegi.Vivacity Megamall juga menyediakan kemudahan 3,800 ruang parking yang bagi menampung kemasukan kenderaan pengunjung pada satu - satu masa.

Selain dari tempat membeli belah Vivacity Megamall juga menempatkan The Jazz Suites @ Vivacity yang meyediakan 672 unit kondominium dan Suites untuk penginapan dan pengalaman pemandangan bandar yang menakjubkan.Ianya mampu menampung sebanyak 2,000 orang pada satu - satu masa.The Jazz Suite merupakan rekaan Syarikat tempatan Negeri Sarawak,Akimedia.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang VIVACITY MEGAMAL ini anda bolehlah melayari website rasmi nya di Sini  facebook VIVACITY Megamall atau anda juga boleh membaca Brochure yang disediakan esklusif untuk anda di SINI.

Rasailah pengalaman yang akan mempesonakan anda dengan pemandangan menakjubkan bandaraya Kuching di VIVACITY MEGAMALL
 
 






 Bersempena dengan pembukaan dan perasmian Vivacity Megamall pada 12 November 2015 pada hari Sabtu semalam saya sempat membuat tinjauan ke Vivacity Megamall.

Apa yang saya dapati di Vivacity semalam,keadaan struktur belum siap sepenuhnya yang mungkin mencecah 90 % dengan beberapa kemudahan lain belum siap sepenuhnya seperti Parking kereta dengan keadaan nya yang agak masih berdebu.

Namun jika ditinjau di dalam Vivacity Megamall ruangan yang menempatkan Outlet siap sepenuhnya dan sudah mulai dapat beroperasi sepenuhnya dengan ramai retaier atau pun outlet mula membuka urusan mereka kepada pelanggan mereka atau orang ramai.Kebanyakkan Outlet yang menjual barangan pelbagai jenama- jenama yang terkenal dari seluruh dunia.

kebanyakkan pengusaha barangan tersebut menawarkan pelbagai promosi dan tawaran kepada pelanggan bersempenan dengan hari pertama pembukaan Vivacity Megamall .

Saya sempat mengambil beberapa gambar suasana dan keadaan di sekitar Vivacity Megamall semasa hari pertama perasmian dan pembukaan Megamaall tersebut.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama jenama yang terdapat dan terjual di Vivacity Megamall anda boleh melayari laman Web rasmi Vivacity di Sini.

Berikut saya kongsikan kepada anda gambar yang sempat saya ambik di Vivacity Megamall semalam.






































































































































Akhir sekali,saya kongsikan kepada anda pemandangan bandaraya dari VIVACITY MEGAMALL.











Untuk informasi yang lebih detail anda bolehlah menghubungi
 
 Coramax Sdn. Bhd. / Coramax Mall Sdn. Bhd
1st & 2nd Floor, Lots 9710 & 9711, Section 64,
Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak,
Malaysia.

Tel: +6082 482800
Fax: +6082 480410
Web: www.coramax.com.my
Web: www.vivacity.com.my

Promosi dan Event
Iris Chan - irischan@coramax.com.my
Clara Kana - clara.kana@coramax.com.my
 
Ruang Pengiklanan
Coramax Media Services Sdn Bhd
Jean Lai - jeanlai@coramax.com.








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: